Meskipun tidak lagi bersama bekas suami, Engku Emran, namun pelakon dan penyanyi, Erra Fazira tidak mahu anak tunggalnya Aleesya kurang kasih sayang ibu dan bapa.

Disebabkan itulah kata Erra, dia tidak pernah berniat untuk merebut hak penjagaan anaknya malah dia dan Emran sanggup bertolak ansur demi kebahagiaan anak mereka.

Tambah Erra lagi, dia tidak mahu anaknya

merasai nasib sama sepertinya tidak merasa kasih sayang bapa.

“Mahu Anak Dapat Kasih Sayang Sama Rata” Erra Fazira Tak Mahu Berebut Anak Dengan Bekas Suami!

IKLAN

“Macam saya, saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak pernah dapat kasih sayang seorang bapa, sekali gus membuatkan saya faham sangat perasaan perit itu.

“Jadi saya nekad mahu anak saya dapat kasih sayang kedua-dua kami walaupun antara saya dan bapanya tiada apa-apa lagi ikatan.

“Saya sebagai ibu enggan mengganggu proses pembesarannya, selain mahu Aleesya mendapat hak untuk hidup bahagia,” katanya.

IKLAN

Bahkan kata Erra, setiap ibu bapa perlu merendahkan ego dan mengutamakan kebahagiaan anak selepas bercerai tanpa mementingkan diri sendiri.

“Mahu Anak Dapat Kasih Sayang Sama Rata” Erra Fazira Tak Mahu Berebut Anak Dengan Bekas Suami!

“Ibu bapa perlu merendahkan ego masing-masing dengan memberi keutamaan kepada kebahagiaan zuriat mereka selepas bercerai.

IKLAN

“Apabila bercerai, keadaan memang tegang terutama membabitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi,” katanya.

Terdahulu, Erra berkahwin dengan Engku Emran dan dikurniakan cahaya mata perempuan Engku Aleesya kini berusia 15 tahun.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!“Mahu Anak Dapat Kasih Sayang Sama Rata” Erra Fazira Tak Mahu Berebut Anak Dengan Bekas Suami!Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAGhttps://www.youtube.com/watch?v=DnhPZpRuBx4

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI