Diam tak diam, anak kesayangan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya kini sudah pun genap berusia dua tahun.
Bagi meraikan anak kecil yang cukup petah berkata-kata itu, Fazura dan suami telah meraikan Fatima dalam satu majlis ringkas buat Fatima dan kawan-kawan.
Lain dari kebiasaan anak perempuan yang lebih sukakan figura kartun Barbie, Frozen dan sebagainya, rupanya si cilik Fatima memilih sendiri tema jungle party atau Safari di hari lahirnya itu.
Menurut kata Fazura menerusi Instagramnya, ketika ditanya pada Fatima, anak kecil itu terus memberitahu mahukan zirafah, harimau dan kudang belang untuk majlisnya. Memang anak bijak!
“Bila ditanya apa yang dia mahu untuk hari lahir dia, dia specifically cakap “saya mahu zirafah, harimau, kuda belang..”
“Jadi barulah kami tahu ia mesti pesta bertema safari,” tulis Fazura di Instagramnya.
Ads
Paling menarik, tema dan konsep Safari yang dipilih Fazura dan Fattah juga anak kecil mereka itu sememangnya cukup cantik malah menarik perhatian ramai.
Fazura sendiri tampil dengan dress berona alam kehijauan ditambah dengan Fattah yang segak dengan kemeja T dari corak kulit ular. Manakala Fatima pula tampil dengan gaun hijau dengan campuran warna ungu yang cukup comel.
Ads
Hiasan bertemakan ala Safari itu turut dilengkapi dengan haiwan-haiwan yang disekelilingnya yang dihias cukup cantik dan tersusun.
Malah kanak-kanak dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan silap mata serta beberapa aktiviti menarik sepanjang majlis. Memang meriah.
Ads
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut pasangan ini turut teruja dengan tema dan sambutan hari lahir Fatima yang penuh sarat dengan aktiviti.
Malah tidak ketinggalan juga yang turut memuji serta menitipkan ucapan hari lahir disertakan dengan doa buat Fatima.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Macam-macam ragam ketika nak tidurkan anak. Paling best, bila dah tidurkan anak tiba-tiba dia terbangun pula. Siap pakej disertai tangisan! Kalau seorang pun dah pening nak handle, apa lagi kalau anak kembar kan?
Begitulah kisahnya dengan akmasyafira, yang berkongsi video anak-anak kembarnya yang sedang tidur. Katanya, kesemua mereka sudah tidur apabila pada tengah malam salah seorangnya bangun dan menangis.
Bayi kembar yang merupakan anak kedua itu dinamakan sebagai Nelda, biasanya akan bangun setiap malam dan menangis dahulu. Tambah ibu ini, Nelda yang akan trigger adik-beradik kembarnya yang lain untuk ikut menangis.
“Ini Nelda, dia akan mula-mula menangis. Yang lain dah start terjaga. Naida dah start follow Nelda menangis. Lepas semua menangis, dia akan pura-pura tidur.”
Tambah ibu ini, suara tangisan bayi kembar mereka inilah yang menjadi punca dia dan suami menangis malam-malam.
Yang lucunya, video viral ini mendapat perhatian kerana pada hujung video dapat dilihat wajah Nelda yang seolah-olah berpuas hati dapat mengejutkan yang lain.
Apabila adik-beradik kembarnya menangis, Nelda kelihatan seperti mengantuk dan mahu menyambung tidur ditemani suara merdu mereka! Inilah yang dipanggil white noise asli.
Personaliti media sosial, Farah Lee dilihat mempunyai cara tersendiri mendidik dan mengajar anaknya walaupun tanggungkjawab itu digalasnya bersendirian tanpa kehadiran seorang suami.
Apa yang boleh dipuji, Farah berjaya membuktikan ibu tunggal tetap kuat dan mampu mendidik anak dengan baik dan caranya itu boleh jadi contoh kepada ibu bapa lain.
Melalui Facebooknya, Farah berkongsi mengenai aktiviti anak perempuan tunggalnya hasil perkahwinan dengan Ally Iskandar, Maream Esabel.
Farah memberitahu setakat ini Maream masih lagi bebas dengan gajet dan sebab itulah kalau ke mana-mana dia seperti ‘ulat buku.’
“Maream masih bebas gajet jadi tu pasal dia sentiasa bawa beg walau ke mana sahaja dia pergi. Sebab dalam tu ada buku nota, buku cerita, alat tulis dan sebagainya.
“Bagaimanapun, sesekali Maream ada juga pinjam telefon saya dan saya okay je untuk beri dia guna sebab saya tahu dia tak selalu dapat dan sekarang pun tetap juga kena pelajari teknologi semasa,” kongsinya.
Tambah Farah lagi, dia bukan tak mahu dedahkan Maream dengan gajet tetapi ia masih terlalu awal untuk Maream.
“Saya hanya fikir masih terlalu awal untuk membiarkan dia mempunyai gajet sendiri sehingga dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk (mumayyiz) dan tahu bagaimana untuk menghormati orang sekeliling,”ujarnya.
Oleh itu, Farah menasihatkan sebagai ibu jika kita bergelut untuk meminimumkan masa skrin anak-anak, bersabarlah. Cuba perlahan-lahan meminimakan dan lama-lama anak akan faham
Ingat saya seorang ibu tunggal yang bekerjaya namun saya berjaya melakukannya, jadi saya pasti anda juga boleh 💪🏼
Tempias populariti ibunya, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, apa sahaja yang dilakukan si comel, Aafiyah pastinya menjadi perhatian.
Menerusi Instagram ibunya, Aafiyah tampil bergaya comel persis ibunya. Walau baru berusia empat tahun, Aafiyah yang menjadi kesayangan ramai ini sudah semakin pandai bergaya.
Lihat sahaja aksi lentok manjanya ketika diminta untuk bergambar. Malah kata Dato’ Siti, Aafiyah bijak meniru posing ibunya. Bijak!
“Amboi amboii.. tiru ‘posing’ ibu nampak,” tulis Siti di kapsyennya.
Menerusi entri yang sama, Dato’ Siti memuat naik tiga keping gambar Aafiyah yang ber posing pelbagai gaya persis model terlatih.
Tambah cantik manis bila mana Aafiyah melepaskan rambutnya yang kini semakin panjang malah sudah pandai bergaya bak puteri.
Ramai puji muka macam ibu
Dalam pada itu, perkongsian gambar Dato’ Siti sudah semestinya mendapat perhatian wargamaya. Malah ramai yang mengatakan Aafiyah seakan wajah ibunya di awal kemunculannya sebagai artis. Comel sekali.
Terdahulu, anak sulung Dato’ Siti Nurhaliza, Siti Afiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018. Aafiyah kini sudah pun berusia empat tahun pada 19 Mac lalu.
Zaman sekarang, fasih Bahasa Inggeris bukan lagi sekadar kelebihan – ia satu keperluan. Tapi tak semua anak dapat kelebihan belajar English dengan mudah. Jangan...