Maizatul buktikan ada anak kecil bukan halangan minat mendaki. Maizatul Hazra Yahaya, 39 tahun, bukan mahu dilihat sebagai ibu yang cuai atau mengambil ringan soal keselamatan, sebaliknya beliau hanya ingin menyemai minat terhadap aktiviti mendaki bersama anak tersayang, Nur Nayla Ardani Muhamad Arham.
Maizatul Buktikan Ada Anak Kecil Bukan Halangan Minat Mendaki
Menurut Maizatul, yang juga seorang suri rumah sambilan serta pengusaha makanan sejuk beku di Gombak, Selangor, semua langkah keselamatan telah diteliti sebelum membawa Nayla, yang kini berusia tiga tahun, menyertai aktiviti mendaki.
“SEBELUM MEMBAWA NAYLA, SAYA PASTIKAN SEMUA ASPEK KESELAMATAN DIPERIKSA. SAYA TIDAK BERTINDAK SEMBARANGAN ATAU AMBIL MUDAH,” KATANYA YANG MERUPAKAN PEMINAT TEGAR AKTIVITI MENDAKI SEJAK DAHULU LAGI.
Sebelum kehadiran anak sulungnya itu, Maizatul sudah giat mendaki pelbagai gunung dalam dan luar negara. Bahkan semasa hamil, beliau masih aktif mendaki sehingga kandungannya mencecah tujuh bulan.
“Saya sering berbual dengan Nayla dalam kandungan, niat untuk mendaki bersamanya setelah dia lahir,” ujarnya.
Hasrat tersebut menjadi kenyataan apabila Nayla berusia tiga bulan. Ketika itu, Maizatul membawa bayi kecil itu mendaki Bukit Batu Puteh di Port Dickson. Sepanjang pendakian tersebut, Nayla tidur lena dalam ‘carrier’ tanpa sebarang masalah.
Maizatul, isteri kepada Muhamad Arham Mohd Anuar, menegaskan setiap pendakian bersama anak dilakukan dengan persiapan rapi. Ubat-ubatan dan keperluan anak diutamakan, malah beg dibawa hampir penuh hanya dengan barang-barang milik Nayla.
“SETAKAT INI, NAYLA TIDAK PERNAH MERAGAM. DIA MALAH KELIHATAN SERONOK, TENANG DAN SELESA DALAM KENDONGAN, SEOLAH-OLAH MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN,” JELASNYA.
Kini apabila Nayla sudah boleh bercakap, pendakian menjadi lebih meriah kerana dia suka bertanya dan memberi reaksi terhadap persekitaran.
Ads
Suaminya turut menyokong minat ini, meskipun atas kekangan kerja, tidak semua pendakian dapat dilakukan bersama. Ada kalanya, Maizatul mendaki bersendirian atau bersama rakan-rakan.
“Sekarang saya lebih bersemangat kerana ada teman kecil mendaki. Nayla kelihatan lasak dan sesuai dengan persekitaran hutan,” katanya, mengakui tetap ada rasa risau terutama mengenai kesihatan dan keselamatan anak.
Namun segala persiapan dilakukan dengan penuh teliti, dan Maizatul sentiasa bertawakal kepada Allah serta berdoa semasa setiap pendakian.
Sehingga kini, pelbagai puncak telah ditawan mereka berdua termasuk Gunung Kinabalu (Sabah), Gunung Kerinchi (Indonesia), Gunung Angsi (Negeri Sembilan), Gunung Karunai (Perak) dan Gunung Ulu Semangkok (Selangor).
Ads
Dalam memastikan dirinya sentiasa cergas, Maizatul turut mengamalkan rutin senaman harian selama dua jam yang merangkumi regangan dan latihan fizikal.
“MENGENDONG ANAK SEMASA AKTIVITI LUAR MEMBANTU MENGUATKAN OTOT. INI PENTING BAGI MENDAKI KERANA MEMERLUKAN KEKUATAN FIZIKAL YANG TINGGI,” KATANYA, SAMBIL MENAMBAH BAHAWA BELIAU TURUT MENJAGA PEMAKANAN DAN MENGAMALKAN DIET TINGGI PROTEIN.
Apa yang dilakukan Maizatul membuktikan bahawa ibu yang mempunyai anak kecil juga mampu meneruskan minat dan hobi, asalkan dilakukan dengan tanggungjawab dan persediaan yang teliti.
Namun, beliau mengingatkan bahawa setiap anak itu berbeza dari segi ketahanan dan kesesuaian. Oleh itu, ibu bapa perlu menilai kemampuan diri dan anak terlebih dahulu sebelum membawa mereka menyertai aktiviti seperti mendaki.
Ads
“Hobi ini memang menyeronokkan, tapi perlu dilakukan dengan penuh hati-hati seperti mana-mana aktiviti lasak lain,” katanya.
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Menurut laporan, Khairul, atau nama penuhnya Khairul Amin Kamaruzaman, telah menerima rawatan di sebuah klinik swasta sebelum ini. Namun, disebabkan simptom yang tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan, beliau terpaksa dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber terdekat, Khairul mula mengalami simptom tersebut sejurus kembali dari misi kemanusiaan di mana beliau terlibat secara aktif membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan terjejas.
“Menurut sumber, beliau kelihatan sangat letih selepas selesai misi tersebut, tetapi tetap mengutamakan bantuan kepada orang lain meskipun keadaannya semakin terjejas. Kini, doktor sedang memantau keadaan beliau dan melakukan ujian lanjut,” kata sumber itu.
Khairul Aming, yang terkenal dengan video masakan kreatif dan produk Sambal Nyet yang kini popular, menerima sokongan dan doa yang melimpah daripada peminat di media sosial selepas berita mengenai kesihatannya tersebar.
“Semoga Khairul Aming cepat sembuh dan dapat kembali aktif seperti biasa. Kami tahu beliau seorang yang sangat berdedikasi dalam membantu masyarakat,” tulis seorang pengguna di ruangan komen Instagramnya.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Khairul atau pasukannya, namun para peminat terus mendoakan agar beliau segera sembuh dan pulih sepenuhnya.
Stretch mark tu bukan dosa besar pun tapi kalau boleh elak, siapa tak nak kan? Garis halus yang tiba-tiba muncul kat perut, peha, atau punggung masa bayi tengah membesar tu kadang buat kita rasa down. No worries mama! Jom try 5 tip mudah ni, confirm kulit kekal anjal dan glowing sepanjang 9 bulan yang penuh magik ni!
1. Pelembap Tu Kena Jadi BFF!
Mula amalkan dari trimester pertama lagi, jangan tunggu perut dah besar baru nak cari losen. Pilih yang kaya dengan vitamin E, shea butter, atau cocoa butter. Lepas mandi, sapu terus kat kawasan ‘hotspot’ macam perut, dada, peha & punggung. Antara bahan semula jadi yang boleh mama gunakan untuk dioleskan pada selulit adalah seperti:
MINYAK ZAITUN
Gunakan minyak zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E di dalamnya. Lumurkan sedikit pada tangan dan urutkan pada kawasan bermasalah, amalkan sebelum tidur kerana vitamin dan khasiatnya dapat diserap pada waktu malam.
MINYAK KELAPA DARA
Selain minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa dara atau minyak vitamin E yang bersesuaian dengan anda. Kalau nak guna minyak aromaterapi dengan haruman lavender, sitrus dan eucalyptus yang mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu memulihkan kulit.
ALOE VERA
Aloe vera mempunyai ciri khusus untuk merawat dan memperbaiki kulit kita. Sebab itulah apabila seseorang mengalami luka atau kegatalan, penggunaan aloe vera amat disyorkan.
Sapukan aloe vera pada bahagian yang terdapat stretch mark. Biarkan seketika lebih kurang 15-20 minit sebelum dibilas bersih.
SKRUB KOPI
Buat skrub kopi dengan mencampurkan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula, dan 3 sudu minyak kelapa atau minyak zaitun sehingga menjadi pes. Lumurkan dan urut pada tempat bermasalah kemudian balut dengan plastik jernih. Bau kopi memberi ketenangan dan dapat mengurut dapat melancarkan peredaran darah pada kulit.
2. Minum Air Cukup!
Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kulit yang cukup air membantu untuk kulit lebih sihat dan tak mudah ‘koyak’ bila perut mula membulat. Bonus: Kurang sembelit dan badan pun rasa ringan je!
Kalau mama tak berapa pasti cara betul untuk kira waktu subur, tonton video ini:
3. Makan Macam Nak Kulit Flawless!
Nak kulit cantik, kena makan banyak buah-buahan dan sayur. Fokus pada makanan kaya antioksidan, vitamin C & kolagen seperti:
Buah sitrus (oren, lemon)
Avokado
Kekacang (badam, walnut)
Ikan salmon
4. Gatal? Jangan Garu, Sis!
Bila kulit makin tegang, memang rasa nak garu tu tinggi. Tahan okay! Bila menggaru boleh rosakkan kulit. Guna gel aloe vera atau minyak kelapa untuk lega dan tenangkan rasa gatal tu.
5. Berat Badan, Jangan Naik Ikut Nafsu!
Bukan tak boleh makan, tapi kena berpada-pada. Bila berat naik terlalu cepat menyebabkan risiko berlakunya stretch mark lebih tinggi.
Kesimpulan
Stretch mark tu tanda pengorbanan seorang ibu, tapi tak salah kalau kita usaha untuk jaga kulit dari awal. Bila kulit sihat, kita pun rasa lebih yakin, glowing, dan gembira! Semua wanita hamil cantik, biarpun berlaku banyak perubahan fizikal.
Masak ni bukan sekadar ikut resepi, tapi lebih kepada memahami teknik dan bahan yang betul.
Bagi mak-mak yang dah biasa, mereka tahu cara masak tu bukan hanya tentang mencampur bahan-bahan, tapi juga cara mengimbangi rasa, tekstur, dan warna hidangan. Setiap hidangan ada rahsia tersendiri yang menjadikannya istimewa.
Ada yang guna bahan rahsia, ada yang pakai teknik yang diwarisi turun-temurun.
Tapi tahukah anda? Ada rahsia masakan yang tak ramai tahu, rahsia yang digunakan oleh mak-mak kita dulu. Rahsia ni bukan hanya dalam resepi, tapi dalam cara mereka mengatur dan mengira bahan untuk memasak. Nak tahu lebih lanjut?
Sini ada perkongsian yang boleh bantu korang masak dengan lebih sempurna dan rasa macam masakan mak-mak dulu.
Kawan saya pernah ajar cara senang nak agak berapa nak masak kalau ada ramai orang nak makan. Dia kata, start with this basic ratio 3:2:1:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia (lebih kurang sebesar ibu jari – kalau halia tak ada, bayangkan saja saiznya)
Ratio ni sesuai untuk 1 portion makan atau cukup untuk 1-2 orang. Nak masak untuk lebih ramai? So you cuma perlu multiply je ikut berapa orang nak makan. Bila dah terrer sikit boleh ‘agak-agak’
Some people use genggam tapi segenggam saya tak sama dengan segenggam awak.
This basic skills aren’t taught but observed from mother to daughter.
Ilmu asas ni mungkin nampak simple, tapi sebenarnya diwariskan turun-temurun. Dari mak kita, ke anak-anak perempuan, dan seterusnya. Tak diajar secara formal, tapi kita perhati dan tiru cara mak kita masak.
So, lepas ni tak ada alasan masakan tak cukup kalau ada tetamu ramai, okey? Mulakan dengan ratio ni, dan korang confirm lepas tu boleh jadi chef keluarga!
Sumber: mencarisakiinah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang kala, sebagai ibu ayah yang bekerjaya, kita memang perlukan ruang untuk berehat dan lari seketika daripada rutin yang memenatkan. Menguruskan anak-anak, kerja, rumah...