Wanita hamil memang mempunyai selera mengidam yang berbeza-beza dan sedikit pelik. Ramai suami yang sanggup menghadapi situasi yang pelik demi mendapatkan sesuatu yang diidamkan oleh isteri hamil.
Namun kali ini berbeza apabila mentua sanggup mengejar lori air Milo yang kebetulan terserempak di jalan semata-mata untuk menantunya yang mengidam sejak usia kandungan 2 bulan lagi.
Ads
Bini aku mengandung mengidam nk minum air milo lori , mak ayah aku terserempak dngn lori milo dorang kejar weh ! ??? pic.twitter.com/LQd4FjxqyB
Video ini telah viral dan mendapat tontonan sebanyak 566 ribu dan retweet sebanyak 40 ribu di Twitter
“Isteri saya mengidam sejak usia kandungan dia dua bulan, Alhamdulillah sekarang dah nak masuk lapan bulan.
Ads
“Setiap hari dia minum Milo. Semua Milo dah minum kecuali Milo lori. Dan dia tak pernah mendesak untuk dapatkan Milo lori ini,” cerita Azmer sambil memaklumkan bayinya nanti merupakan cucu sulung dalam keluarga.
Bagaimanapun, kata Azmer, biarpun van Milo itu berhenti, petugas terbabit tidak dapat memberi minuman seperti yang diminta, sebaliknya mereka diminta untuk hadir ke acara yang akan dikunjungi van terbabit pada 1 Mei.
Pemergian arwah Abam pastinya bukan perkara yang mudah untuk diterima oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Tapi walaupun pahit, mereka perlu reda akan ujian yang telah diberikan. Pasti akan ada hikmah yang lebih besar menanti mereka di hadapan.
Paling terkesan sudah pasti isteri arwah, Nor Hidayah yang kini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah kepada anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia lapan bulan.
Bagi kanak-kanak seusia Hamzah, apalah yang dia tahu tentang kehilangan dan kematian. Melalui perkongsian dalam temuramah sebelum ini, Hidayah menceritakan bahawa, pada malam pertama pemergian arw4a, Hamzah sudah mula mencari kelibat ayahnya.
Menerusi perkongsian salah seorang sahabat yang rapat dengan arwah, Mohd Fauzi Amiden dia sering memuat naik situasi terkini berkenaan keluarga arwah. Menurutnya, kesihatan Hamzah mula terganggu dan demam. Tapi bagaimanapun, Hamzah telah pun di bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Dia meminta agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan anak kecil ini. Mungkin Hamzah tidak mampu untuk berkata-kata meluahkan perasaan rindu terhadap arwah ayahnya.
Malah ramai yang sentiasa mendoakan Hidayah dan Hamzah sentiasa dalam keadaan yang baik.
Kucing jadi peneman Hamzah
Menerusi foto yang dimuat naik oleh Hidayah, kucing misteri yang datang ke rumah mereka pada hari pemergian arwah sentiasa ada menemani Hamzah. Malah kucing tersebut turut tidur di atas katil tempat kebiasaan arwah selalu tidur.
Rezeki anak yatim! Siapa sangka si kembar yang dilahirkan pada 31 Mac lalu tanpa sempat merasa kasih sayang seorang ibu kini menjadi perhatian pihak Istana Kelantan selepas tular kisah Medina Safiya dan Medina Sofiya sebelum ini.
Kisah Safiya dan Sofiya menjadi perhatian kerana ramai yang bersimpati dengan nasib kembar ini yang kini hanya menumpang kasih dengan ayah dan ahli keluarga sebelah ibu dan ayahnya selepas kehilangan ibu akibat komplikasi ketika bersalin.
Betullah orang kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kita tak tahu sejauh mana rezeki yang lain pula Allah janjikan.
Namun apa yang membuatkan Safiya dan Sofiya menjadi perhatian kerana ayahnya sentiasa memuat naik perkembangan terbaru si kembar ini.
Syazwan Najmi Zulkarni, 23, tanpa rasa kekok boleh menjaga dengan baik amanah isterinya walaupun tiada pengalaman. Lagi buatkan ramai kagum kerana dua-dua cukup rapat.
Dalam perkongsian terbaru Syazwan Najmi, dia cukup terharu kerana Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson sudi turun padang melawat dan bermesra dengan anak kembarnya.
Daulat Tuanku
Kami hamba rakyat tuanku pacar yang hina ini menjunjung ampun mengucapkan ribuan terima kasih kepada ; Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson di atas kunjungan kasih hamba rakyat,bertemu anak hamba iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya
Safiya dan Sofiya disayangi ramai
Menerusi ruangan komen pada posting yang dikongsikan oleh Syazwan Najmi, ramai yang gembira melihat rezeki anak kembarnya. Di sebalik ujian mereka kehilangan seorang ibu, Allah gantikan mereka dengan kasih sayang dari orang ramai.
Walaupun tanpa ikatan persaudaraan, semua yang mengikuti kisah si kembar ini sayang pada mereka.
Mengimbau kembali kisah si kembar yang mirip arwah ibunya, Siti Nur Nasuha Shafie, selepas dilahirkan mereka tak sempat merasa pelukan seorang ibu kerana waktu itu ibunya mengalami komplikasi dalaman dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Setelah dua minggu bertarung nyawa, pada 14 April akhirnya Allah ambil selama-lamanya ibu muda ini. Ketika dilahirkan Safiya dan Sofiya dikategorikan bayi pra matang dan terpaksa diletakkan dalam jagaan pihak hospital.
Kini perkembangan mereka cukup membuatkan sesiapa sahaja terhibur kerana dah semakin montel dan banyak akal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Adik sayang sangat papa”. Itu ucapan terakhir Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, yang sukar dilupakan Mohd Taquddin Ramli, 33, selepas dimaklumkan anaknya itu ditikam.
Taquddin berkata, dia sangat terkejut selepas mendapat panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan anaknya ditikam jam 1.30 petang kelmarin.
Dia yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Johor berkata, dia bergegas pulang ke Kemaman selepas mendapat berita itu.
“Ketika itu saya sedang bekerja, dalam keadaan terkejut saya tidak putus-putus berdoa supaya kecederaan dialami Nur Hafiya tidak serius.
“Kira-kira 10 minit selepas itu, saya mendapat maklumat dia (Nur Hafiya) gagal diselamatkan, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya,” katanya.
Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya Ahad lalu ketika Nur Hafiya datang melawatnya di Johor.
“Nur Hafiya beritahu datuknya yang dia rindu saya, sebelum dibawa berjumpa saya.
“Selama dua hari bersama, perangainya agak pelik. Dia amat manja dan sering bergurau dengan saya, kasih sayangnya nampak lain sangat,” katanya.
Katanya, pada malam terakhir bersama Nur Hafiya, arwah mengusap kepala dan janggutnya, serta beberapa kali memberitahu sangat menyayanginya.
“Dia juga kerap bercerita mamanya kini berada di syurga.
“Saya tidak menyangka itu petanda Nur Hafiya akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.
Taquddin berkata, kesedihannya yang kematian isteri akibat kemalangan tahun lalu masih belum terubat, kini dia kehilangan anak kesayangan pula.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.