Kita mendidik anak kecil kita dengan pelbagai ilmu dan cara tersendiri. Namun mengawal anak yang sedang marah samada ketika gajetnya dirampas atau mainan kegemarannya diambil rakannya memerlukan cara yang lebih berkhemah.

Elakkan berkata ‘NO’ sama sekali kepada anak kerana ia seolah-olah umpama mencabar anak untuk mahukan atau berkata ‘YES’ dalam semua perkata. Bila anak tengah marah, apa mak ayah nak kena buat?

Tip mudah yang dikongsikan oleh Teacher Nizam ini sebenarnya amat membantu!

Mak Ayah Kata No, Dia Anggap Yes. Cikgu Ini Kongsi Trik Kawal Kemarahan Anak


TIPS KAWAL KEMARAHAN ANAK

Bila sebut NAK SESUATU bermaksud anak nak akses (dalam kes ni, gajet/smartphone).

IKLAN

1️. Jangan terus sebut NO. sebab akan triggered anak untuk lebih marah. Lebih banyak NO, lebih banyak anak nak kata YES!

Mak Ayah Kata No, Dia Anggap Yes. Cikgu Ini Kongsi Trik Kawal Kemarahan Anak

2️. Adjust antara FIRM & EMPATHY sebab setting dekat rumah berbeza. Walaupun dah ikut rutin, ada masa kita bagi tapi hadkan. Cth 5 minit je main, lepas tu simpan.

Wajib simpan! Anak tantrum, ignore je tapi pastikan anak selamat (tak baling barang, cakar adik dan sebagainya)

IKLAN

Mak Ayah Kata No, Dia Anggap Yes. Cikgu Ini Kongsi Trik Kawal Kemarahan Anak

3️. Bagi CHOICES. Samaada sebelum anak nak gajet, atau masa anak tengah main gajet, tunjuk mainan/aktiviti apa yang anak boleh buat. Penting supaya anak occupied dan regulate emosi dia instead of mengamuk pasal gajet tu tadi.

4️. Sediakan mainan FIDGET TOY & OPEN ENDED..cth squisy toys/spinner. lego, train set.

Moga bermanfaat amin.

IKLAN

Menarik: Ada 7 Kesalahan Ajar Anak Bercakap, Yang Ini Biasa Kita Buat, Elakkan Kesilapan Ini

Mak Ayah Kata No, Dia Anggap Yes. Cikgu Ini Kongsi Trik Kawal Kemarahan Anak

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI