
Kasih seorang ibu bapa tiada pernah putus. Walau anak kita istimewa, keinginan untuk memberikan yang terbaik tetap menjadi keutamaan. Dari makanan, perhatian, hingga pendidikan, setiap ibu bapa mahu anak mereka berkembang dalam persekitaran yang selamat, menyokong, dan mampu membangunkan potensi mereka sepenuhnya.
Namun, tidak semua ibu bapa sedar bahawa memilih tempat pendidikan awal atau Early Intervention Program (EIP) untuk anak istimewa memerlukan penelitian yang serius. Salah pilih tempat untuk anak, boleh memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan anak serta emosi ibu bapa.
Anak istimewa merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dari segi fizikal, emosi, sosial, atau pembelajaran. Ini termasuk kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme, ADHD, cerebral palsy, masalah pertuturan, atau kelewatan perkembangan.
Mereka memerlukan pendekatan pendidikan yang berbeza, lebih tersusun dan berfokus secara individu. Dengan sokongan yang tepat, anak istimewa sebenarnya mampu berkembang dan berdikari mengikut keupayaan masing-masing.
Early Intervention Program (EIP) ialah program pendidikan awal yang direka khusus untuk membantu anak istimewa sejak usia kecil. Program ini bukan hanya tertumpu kepada akademik, tetapi juga melibatkan perkembangan sosial, pertuturan, emosi dan kemahiran motor.
Intervensi awal sangat penting kerana tempoh kanak-kanak adalah fasa paling kritikal untuk pembentukan perkembangan otak dan tingkah laku.
Menurut perkongsian Maryam Jamadi, seorang Pediatric Occupational Therapist, terdapat beberapa perkara asas yang perlu ibu bapa teliti sebelum mendaftarkan anak ke pusat EIP.
Pastikan pusat tersebut mempunyai Occupational Therapist (OT) atau Speech Therapist (ST) sendiri. Elakkan pusat yang menggunakan terapis sambilan atau tidak bertauliah kerana anak istimewa memerlukan intervensi konsisten dan profesional.
Pusat yang bertanggungjawab akan menyediakan CCTV di kawasan pembelajaran serta membenarkan ibu bapa berkomunikasi dengan guru. Ini bukan soal curiga, tetapi soal keselamatan dan ketelusan.
Guru perlu mempunyai latar belakang pendidikan khas, psikologi, atau sijil berkaitan. Pusat yang baik juga akan menyediakan latihan dalaman secara berkala bagi memastikan kualiti pengajaran sentiasa terjaga.
Ratio ideal adalah kurang daripada seorang guru bagi lima orang pelajar. Jika terlalu ramai anak di bawah satu guru, fokus dan kualiti pembelajaran akan terjejas.
Pusat EIP yang diuruskan oleh individu berlatar belakang Occupational Therapy atau Speech Therapy lebih diyakini kerana bidang ini memerlukan pengajian profesional dan kepakaran khusus.
Bagi meringankan beban kewangan, ibu bapa di Selangor boleh memanfaatkan beberapa skim bantuan yang disediakan.
Menyediakan subsidi EIP, OT atau ST antara RM300 hingga RM1000 sebulan bergantung kepada kelayakan pendapatan.
Bantuan one-off RM1000, tertakluk kepada tarikh permohonan.
Kebiasaannya diberikan secara one-off sekitar RM500 dalam dua fasa tertentu.
Ibu bapa digalakkan berbincang terus dengan pusat terapi bertauliah yang menjadi panel rasmi bantuan ini bagi memudahkan urusan.
Memilih pusat EIP yang betul adalah satu keputusan besar dalam kehidupan anak istimewa. Ia bukan sekadar soal pembelajaran, tetapi melibatkan masa depan, emosi dan kualiti hidup anak.
Kasih sayang ibu bapa bukan hanya ditunjukkan melalui perhatian harian, tetapi juga melalui pilihan pendidikan yang bijak, berilmu dan bertanggungjawab. Anak istimewa layak mendapat permulaan hidup yang terbaik.
Sumber: Maryam Jamadi