
Makan sambil bermain mungkin kelihatan seperti perkara biasa bagi anak-anak. Namun bagi ibu ayah, aspek keselamatan ketika anak sedang makan tidak seharusnya dipandang ringan, terutama apabila si kecil gemar makan sambil berjalan atau melakukan aktiviti lain.
Biarpun kejadian ini berlaku di luar negara ia harus jadi peringatan buat semua ibu ayah. Satu kejadian menyayat hati yang berlaku di Desa Wonobodro, Kecamatan Blado, Kabupaten Batang, Jawa Tengah, Indonesia menjadi peringatan buat ibu bapa agar sentiasa memantau anak ketika mereka sedang makan.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikenali sebagai GC dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai tercekik ketika sedang makan bakso sambil bermain bersama rakannya. Kejadian berlaku pada Khamis, 17 September 2026 sekitar jam 5.30 petang waktu tempatan.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polresta Batang, Kompol Bintoro Tio Pratama berkata, ketika kejadian mangsa sedang bermain bersama rakannya, Kayla, di halaman sebuah rumah di kawasan Gang Jamban Kidul, RT 03/RW 02, Desa Wonobodro.
Ketika bermain, mangsa dipercayai sedang menikmati bakso yang dibungkus menggunakan plastik. Namun suasana yang pada awalnya biasa bertukar cemas apabila kedengaran jeritan memaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan mengalami masalah tercekik.
Individu yang berada di dalam rumah segera keluar untuk melihat keadaan mangsa. Ketika ditemui, GC dilaporkan sudah berada dalam keadaan lemah dan bersandar pada seorang individu dikenali sebagai Nilna.
Ahli keluarganya kemudian cuba memberikan bantuan awal dengan menepuk-nepuk belakang mangsa sebelum memanggil ibu mangsa, Muindahwati.
Melihat keadaan GC yang semakin lemah, mangsa kemudiannya dibawa ke rumah bidan desa untuk mendapatkan pertolongan. Bagaimanapun selepas memeriksa keadaannya, bidan berkenaan menyarankan agar kanak-kanak itu segera dibawa ke sebuah klinik kesihatan kerajaan untuk rawatan lanjut.
Malangnya, setibanya di pusat kesihatan berkenaan, GC disahkan telah meninggal dunia.
Menurut keterangan doktor yang juga Ketua klinik kesihatan kerajaan (Puskesmas) Blado I berkenaan di sana , Dr Dian Permaisuri bahawa terdapat darah keluar daripada hidung dan mulut mangsa.
Berdasarkan penjelasan perubatan yang diberikan kepada pihak polis, keadaan tersebut dipercayai berkaitan dengan kekurangan oksigen sehingga menyebabkan saluran darah pecah. Pihak keluarga menerima kejadian berkenaan sebagai satu musibah.
Namun kejadian ini turut membuka mata mengenai pentingnya pengawasan terhadap anak-anak, termasuk ketika mereka melakukan perkara yang kelihatan sederhana seperti makan.
Anak-anak sememangnya aktif dan ada kalanya sukar duduk diam. Mereka mungkin mahu makan sambil bermain
, berjalan, berlari, bercakap, ketawa atau bermain bersama rakan.Namun ketika makan, ibu ayah sebaik-baiknya membiasakan anak duduk dengan tenang dan memberikan perhatian kepada makanan yang sedang dikunyah.
Risiko tercekik boleh berlaku apabila makanan atau objek memasuki saluran pernafasan dan menghalang aliran udara. Sebab itulah tabiat makan sambil bermain perlu diberikan perhatian, khususnya apabila anak masih memerlukan pengawasan orang dewasa.
Sebab itulah pengawasan orang dewasa masih penting walaupun anak sudah memasuki usia sekolah rendah.
Bukan sahaja bayi dan kanak-kanak kecil, anak yang lebih besar juga perlu diingatkan supaya tidak bermain, berlari atau bergurau ketika makanan masih berada di dalam mulut.
Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”
Pihak polis di daerah Batang, Indonesia turut mencadangkan supaya pendidikan dan kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak diperluaskan kepada masyarakat serta pihak sekolah.
Menurut Bintoro, ibu bapa dan masyarakat perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap aktiviti anak-anak bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
Hakikatnya, pengawasan terhadap anak bukan hanya diperlukan ketika mereka bermain di luar rumah, berada berhampiran jalan raya atau melakukan aktiviti berisiko.
Perkara kecil seperti memastikan anak duduk ketika makan, mengunyah makanan dengan baik dan tidak makan sambil bermain juga merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan yang penting.
Tiada ibu ayah yang mahu perkara buruk berlaku kepada anak. Namun kejadian seperti ini mengingatkan kita bahawa kemalangan boleh berlaku dalam tempoh yang sangat singkat.
Antara perkara yang boleh dibiasakan di rumah adalah meminta anak duduk ketika makan, tidak berlari atau bermain sambil mengunyah, memastikan saiz makanan sesuai serta mengajar anak supaya tidak bercakap atau ketawa ketika mulut penuh.
Membiasakan anak supaya tidak makan sambil bermain juga boleh menjadi sebahagian daripada rutin keselamatan ketika waktu makan.
Pada masa sama, ibu bapa dan penjaga juga digalakkan mempelajari asas pertolongan cemas bagi kes tercekik supaya tahu tindakan yang betul sekiranya berdepan situasi kecemasan.
GC merupakan anak kepada pasangan Amad Sodikin, 44, dan Muindahwati, 37. Mangsa merupakan murid Tahun Satu. Semoga kejadian ini menjadi peringatan buat kita semua bahawa keselamatan anak perlu diberi perhatian walaupun dalam rutin harian yang kelihatan biasa. Tabiat makan sambil bermain yang nampak sederhana juga wajar diberi perhatian oleh ibu bapa dan penjaga.
Sumber: pojokbaca