
Dalam dunia hari ini, kesibukan dengan rutin harian membuatkan ramai memilih jalan paling cepat dan praktikal. Microwave kini bukan lagi sekadar pilihan, tetapi sudah jadi “perkakas wajib” di dapur.
Dengan anak ramai, anak kecil yang perlu diurus, ditambah pula komitmen kerja, ramai yang bergantung kepada microwave untuk memudahkan penyediaan makanan. Panaskan makanan jadi lebih cepat, mudah dan menjimatkan masa semuanya hanya dengan satu butang.
Namun, di sebalik kemudahan itu, ramai yang tidak sedar bahawa tidak semua makanan sesuai dipanaskan menggunakan microwave. Menurut perkongsian oleh Reader’s Digest, cara ini sebenarnya boleh mendatangkan risiko kesihatan, malah ada makanan jangan panaskan dalam microwave yang boleh menjadi berbahaya jika dipanaskan dengan cara ini.
Microwave tidak memanaskan makanan secara sekata. Ini bermaksud:
Telur rebus boleh “meletup”! Haba dalam microwave menghasilkan wap yang terperangkap di dalam telur, seolah-olah bom kecil. Lebih bahaya, ia boleh pecah selepas dikeluarkan melecurkan tangan atau mulut.
Tip: Potong kecil sebelum panaskan, atau elakkan terus microwave.
Cara selamat: Rendam dalam air suam atau panaskan secara double boiler.
Daging proses mengandungi bahan pengawet. Bila dipanaskan dalam microwave, ia boleh menyebabkan perubahan kimia seperti oxidized cholesterol yang dikaitkan dengan penyakit jantung.
Nampak biasa, tapi sebenarnya berisiko. Nasi boleh mengandungi bakteria Bacillus cereus yang menghasilkan toksin. Walaupun dipanaskan, toksin ini boleh kekal dan menyebabkan keracunan makanan.
Risiko meningkat jika nasi dibiarkan lama pada suhu bilik.
Microwave tak masak ayam secara sekata. Ini boleh menyebabkan bakteria seperti Salmonella masih hidup walaupun nampak sudah panas. Oleh itu, makanan jangan panaskan dalam microwave seperti ayam perlu diberi perhatian.
Pilih panaskan guna dapur (stovetop) untuk lebih selamat.
Sama seperti sayur hijau, kandungan nitrat boleh bertukar menjadi bahan berbahaya bila dipanaskan semula.
Lebih selamat makan sejuk atau panaskan guna oven.
Bila dipanaskan, bahan capsaicin akan tersebar ke udara. Kesannya? Mata pedih, tekak perit, malah boleh menyebabkan sesak nafas.
Buah boleh “meletup” dalam microwave kerana wap terperangkap di dalam. Terutama buah anggur yang dipanaskan dalam microwave tidak akan menjadi kismis, sebaliknya boleh menghasilkan plasma, iaitu satu bentuk jirim yang terbentuk apabila gas diionkan dan membolehkan arus elektrik mengalir.
Dalam satu video, Stephen Bosi, PhD, pensyarah fizik di University of New England, menunjukkan bahawa memanaskan dua potong anggur biasa dalam microwave boleh menghasilkan plasma yang cukup kuat sehingga mampu mencairkan dan melubangkan bekas plastik.
Walaupun buah lain mungkin tidak menghasilkan plasma seperti itu, ia tetap boleh menyebabkan keadaan kotor dan bersepah. Ini kerana buah yang dipanaskan secara keseluruhan akan memerangkap wap di dalamnya, dan boleh meletup ketika dipanaskan
Jika kentang dimasak dalam foil dan dibiarkan lama, bakteria Clostridium botulinum boleh terbentuk. Microwave tidak mampu membunuh bakteria ini sepenuhnya boleh menyebabkan botulisme (keracunan serius).
Microwave memang memudahkan hidup, tapi jangan sampai kita ambil mudah soal keselamatan makanan. Apa yang nampak cepat dan mudah, belum tentu selamat untuk kesihatan keluarga terutamanya anak-anak.
Sebagai ibu bapa, penting untuk lebih peka dan tahu cara yang betul dalam mengendalikan makanan. Kadang-kadang, sedikit usaha tambahan seperti panaskan di dapur atau oven boleh mengelakkan risiko yang lebih besar. Elakkan makanan jangan panaskan dalam microwave demi kesihatan jangka panjang keluarga anda.
Sumber: Reader’s Digest