Tentu ramai yang teruja untuk memberi bayi makan. Seronok! Tapi pertimbangkan kesediaan bayi sehingga usianya 6 bulan kerana 5 sebab ini kalau benar sayangkan anak. Jangan sengaja awalkan atau lewatkannya!
Menyuap bayi makan memang meyeronokkan. Lebih-lebih lagi bila dia berselera ketika disuap, mama papa yang melihat pun rasa puas bila apa yang dimasak licin dimakan. Tapi sebelum menyuapkan bayi makan, tolong ambil kira 5 faktor ini dahulu untuk mengelakkan pelbagai masalah.
Ingatkah mama dan papa kepada kes bayi kecil yang baru berusia beberapa hari diberi makan bubur pisang dan meninggal dunia akibat pendarahan? Kita pasti tidak mahu kes yang sama berulang kepada generasi kita. Justeru, mama dan papa perlu sentiasa mengingatkan pengasuh dan penjaga agar tidak memberikan makanan dan air kosong kepada bayi sehingga usia bayi enam bulan ke atas.
KENAPA PERLU TUNGGU BAYI BERUSIA ENAM BULAN?
KESIHATAN JANGKA PANJANG
Memberikan makanan pelengkap semasa bayi berusia 6 bulan boleh meningkatkan kesihatan jangka panjang anak anda. Ini kerana bayi yang mula makan hanya memerlukan kurang kalori dari susu ibu yang seterusnya menyebabkan bayi tidak mendapat manfaat sepenuhnya daripada penyusuan susu ibu.
Ads
Ini termasuk risiko yang lebih rendah untuk mengalami obesiti, kencing manis, jangkitan pernafasan dan telinga, kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
ANTIBODI YANG KUAT
Salah satu keistimewaan susu ibu ialah setiap ibu menyediakan susu yang direka khas untuk melindungi bayi mereka. Apabila bayi terdedah kepada kuman baru, tubuh ibu mengeluarkan antibodi untuk kuman itu.
CEGAH ALERGI
Menyusu secara eksklusif sehingga usia bayi enam bulan pertama telah menunjukkan kesan ketara dalam mengurangkan risiko dan keterukan alergi makanan yang ada dalam keluarga dengan sejarah. Ia juga mengurangkan risiko sensitiviti kulit seperti ekzema.
IQ TINGGI
Satu kajian mendapati penyusuan eksklusif selama 6 bulan dikaitkan dengan IQ yang lebih tinggi. Pada tempoh tujuh tahun, IQ bayi yang secara eksklusif selama enam bulan pertama kehidupannya secara purata 3.8 mata lebih tinggi daripada mereka yang tidak mendapat susu ibu secara eksklusif dalam tempoh itu. Penyelidik berpendapat ini adalah kerana susu ibu kaya dengan asid lemak dan komponen bioaktif lain yang penting untuk perkembangan otak.
Ads
BEKALAN SUSU MAMA
Cara terbaik untuk mengekalkan bekalan susu anda ialah memastikan permintaan bekalan susu sentiasa ada. Ini kerana apabila mama papa mula memperkenalkan makanan, bayi hanya perlukan susu ibu kurang daripada kebiasaannya kerana dia mendapat kalori dari sumber yang lain iaitu makanan. Pemberian makanan pelengkap terlalu awal hanya mengganggu permintaan dan penghasilan susu ibu yang boleh menjadikannya berkurangan.
DAPATKAN PENDAPAT PAKAR PEDIATRIK JIKA RAGU-RAGU
Jika anda ragu-ragu dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kesediaan bayi kepada makanan pelengkap, anda bolehlah mendapatkan saranan dan pendapat daripada pakar pediatrik.
Pakar pediatrik boleh mencadangkan permulaan makanan pelengkap jika bayi memerlukan kalori tambahan atau pemakanan. Bayi apabila bersedia untuk mengambil makanan pelengkap sepatutnya mereka sudah mampu menyokong kepalanya dengan baik dan duduk sendiri. Bayi mungkin mula menunjukkan minat, dengan menjangkau makanan mama dan papa.
Ads
WHO mengesyorkan bahawa, sebagai tambahan kepada susu ibu iaitu makanan pelengkap diberikan kepada bayi 2-3 kali sehari antara 6-8 bulan, 3-4 kali sehari antara 9-11 bulan, 3-4 kali hari dengan snek tambahan 1-2 kali sehari antara 12-24 bulan.
BAYI PERLUKAN MAKANAN PELENGKAP SEMASA USIA ENAM BULAN
Malah jika bayi sudah mencapai 6 bulan dan masih kelihatan tidak bersedia untuk makanan pelengkap, berbincanglah dengan pakar pediatrik tentang bagaimana untuk meneruskannya. Bagi kebanyakan bayi, keperluan zat besi meningkat masa ini dan tidak boleh diperolehi daripada susu ibu semata-mata. Ia perlu ditampung dengan makanan pelengkap.
Menunggu terlalu lama untuk memperkenalkan makanan pelengkap boleh menyebabkan perkembangan lambat, sensitiviti kepada tekstur makanan dan alergi. Apabila bayi sudah bersedia untuk memulakan pepejal, mama dan papa mulakan dengan beransur sedikit demi sedikit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman bayi tumbuh gigi pertama adalah berbeza-beza. Ada yang meragam seminggu sebelum gigi tumbuh dan ada juga yang berbulan-bulan meragam kerana gigi hendak tumbuh.
Walau bagaimanapun, ada juga bayi yang menunjukkan tanda-tanda lain semasa gigi pertama hendak tumbuh. Apakah simptom-simptomnya?
Air liur meleleh.
Jika tengok bayi yang selalu meleleh air liur, mesti orang kaitkan dengan ‘ibu mengidam, tapi tak dapat’ semasa hamil dulu. Yang sebenarnya, boleh dikatakan kebanyakan bayi akan mengalami tempoh air liur meleleh kerana hendak tumbuh gigi. Proses pertumbuhan gigi merangsang pengeluaran air liur yang lebih banyak pada si manja sehingga menyebabkannya meleleh.
Tak selera makan.
Normal untuk bayi hilang selera makan disebabkan ketidakselesaan akibat gigi hendak tumbuh. Jika bayi anda berusia lebih 6 bulan, berikannya makan makanan lembut yang selama ini menjadi kegemarannya. Jika bayi anda sudah boleh makan makanan pejal, tawarkannya sehiris kecil buah-buahan seperti pisang dan buah plum. Potong buah dalam potongan kecil sesuai dengan mulut bayi. Sentiasa pantau bayi anda semasa dia mengunyah makanan tersebut.
Meragam.
Kebanyakan bayi yang mula tumbuh gigi akan menunjukkan emosi yang berubah-ubah disebabkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi pertama. Berjumpalah dengan doktor kanak-kanak bagi mendapatkan nasihat tentang cara mengurangkan sakitnya itu.
Gemar menggigit.
Si manja yang hendak tumbuh gigi kini mendapat hobi baharu. Dia akan menggigit jarinya atau apa sahaja barang yang ada di tangannya. Bagi mengelakkan gusi bayi anda luka, berikannya teether. Teether membantu anak anda mengurangkan ketidakselesaan akibat hendak tumbuh gigi dan merangsang pertumbuhan gigi si manja.
Tumbuh ruam.
Lelehan air liur bayi boleh menyebabkan bahagian mulut, dagu dan lehernya ditumbuhi bintik-bintik merah dan ruam. Lapkan mulutnya dengan kain bersih untuk mengelakkan iritasi atau ruam.
Sukar tidur.
Ketidakselesaan dan kesakitan hendak tumbuh gigi akan menyebabkan bayi sukar untuk tidur. Pasangkan lagu dodoi atau lullaby bagi merangsangnya tidur dengan lena sepanjang malam.
Geram tengok Siti Aafiyah rapat dengan ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Nampak sangat ada chemistry. Bak kata orang daddy’s little girls sangat kan. Sejak dah makin besar ni, Aafiyah pun nampak ada iras dengan ayahnya.
Malah banyak perkongsian di instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menunjukkan momen Aafiyah dan Datuk Seri Khalid.
Melalui kapsyen dan gambar yang dikongsikan Siti, dia selalu menunjukkan kemesraan dua beranak ni bila bersama. Boleh dikatakan Aafiyah asyik nak melekat je dengan ayahnya.
Bukan setakat itu sahaja, Datuk K juga dilihat seorang ayah yang rajin melayan Aafiyah. Lagi-lagi dia suka mengagah dan bercakap dengan cinta hatinya itu.
Menurut kajian, anak yang rapat dengan ayah boleh memiliki IQ lebih tinggi dan mempunyai tahap keyakinan diri serta mempunyai sifat berani.
Jika dari kecil dah di layan macam ni, tak mustahil la bila Aafiyah makin besar akan jadi geng ayahnya. Lagi-lagi ayahnya pun memang dah lama menantikan anak perempuan.
Bak kata Siti, Aafiyah ibarat bunga dalam rumah tangga kerana kehadirannya penyeri buat semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Dengan kelahiran Aafiyah Mac lalu, penantian Datuk K selama 18 tahun untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya telah dimakbulkan Allah.
Sebelum ini Datuk K hanya mempunyai empat anak lelaki melalui perkahwinan terdahulu.
Sumber: instagram ctdk & Siti Aafiyah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Minum air masak memang baik untuk orang dewasa dan kanak-kanak tetapi bukan pada bayi di bawah usia enam bulan. Mengapa?
Selain tidak memiliki sebarang jenis kalori dan khasiat untuk bayi, air masak juga meninggalkan pelbagai kesan serius termasuk masalah sawan kepada bayi itu sendiri.
Ikuti perkongsian Dr Redza Zainol mengenai bahaya dan kandungan air masak untuk bayi.
Selalu ibu muda tanya soalan ni. “Boleh ke saya bagi anak saya air masak” Katanya cuaca panas, nanti anak jadi dahaga.
Saya pun terangkan yang kita cuma galakkan susu ibu dan susu formula untuk bayi umur bawah 6 bulan.
Air masak atau apa-apa jenis minuman lain dikira tidak memberi khasiat pada bayi umur di Bawah 6 bulan.
Bayi Bawah 6 bulan yang minum air masak secara kerap boleh mengalami:
* Muka bengkak
* Suhu badan yang rendah (Bawah 36.6 C)
* Letih tidak bermaya
* Tidak mahu menyusu
* Paling serius hingga boleh menyebabkan sawan. Keadaan ini dinamakan Water Intoxication.
Jika beri air masak: * Tak beri sebarang kalori untuk mengisi perut bayi.
Secara purata berat bayi bertambah 25 gram setiap hari. Kalau asyik bagi air masak yang tiada kalori boleh jadi berat bayi menurun.
* Buah pinggang bayi tu masih belum matang sepenuhnya dan tak mampu nak process cecair dan garam yang terlalu banyak dalam badan.
* Bayi kita tu jadi tak berminat nak minum susu sebab perutnya dah penuh.
Bila waktu sesuai beri bayi minum air masak? Selepas anak mula diberi makanan pejal, barulah beri air masak pada bayi.
Jumlah air masak yang boleh diberikan pada bayi:
* Umur 6- 12 bulan = 1/2 cawan sehari * Umur 12 – 24 bulan = 1-4 cawan sehari * Umur 2-5 tahun = 1-5 cawan air masak sehari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.