Setiap kali nak suapkan bubur atau jenis makanan lembik dan lembut, anak pasti akan menolak mentah-mentah. Rasa geli dengan teksur dan sebagainya.

Menurut Dietitian Fizah Sobri, menolak makanan jenis lembik dan lembut merupakan sebahagian daripada masalah sensori.


ANAK GELI DENGAN MAKANAN KE?
Kalau makanan bergoreng, keras ok je tapi bila bagi makanan macam jelly, nasi lembik, buah lembut lembut atau lauk berkuah terus tarik muka dan tolak makanan. Nak jugak sekadar nasi dan ayam goreng.

Ini salah satu keadaan yang dipanggil masalah sensori anak. Benda keras ok tapi lembut, squisy, berair taknak. Kenapa boleh jadi macam ni?

Selalu disebabkan anak tidak / kurang pendedahan kepada tekstur selain benda keras.

Makanan Tekstur Lembut, Anak Tolak Tepi, Ini Cara Nak Biasakan Anak Makan Jenis Makanan Ni!

Adakah mainan anak sekadar mainan yang keras/ pepejal?
Ada tak main dengan mainan seperti slime, playdoh, kinetic sand?
Ada tak anak dibenarkan makan sendiri?
Ada tak anak dibenarkan pegang pelbagai jenis tekstur makanan semasa 6-12 bulan?

IKLAN

Jika tidak atau kurang peluang ini yang menyebabkan anak nak makan goreng atau keras sahaja sebab tekstur ini yang biasa mereka pegang dan nampak. Jadi apa nak buat?

Kita akan buat desenstitization supaya anak biasa dengan tekstur lain sebelum beri makanan lain.

Makanan Tekstur Lembut, Anak Tolak Tepi, Ini Cara Nak Biasakan Anak Makan Jenis Makanan Ni!

1. Bagi mereka mainan dari pelbagai tekstur tadi
– mainlah dengan pasir atau kinetic sand dekat luar atau dalam baldi
– bagi mereka serlahkan kreativiti dengan main playdoh
– boleh main atau buat slime di rumah
– bagi buat finger paint dekat kertas besar

2. Selepas didedahkan dengan mainan pelbagai tekstur baru kita bagi main dengan makanan pelbagai tekstur
– pasir tadi kita ganti dengan beras yang belum dimasak
– playdoh tadi kita ganti dengan dough macma nak buat donut, cookies etc
– slime tadi kita ganti dengan jelly, agar agar atau adunan kek
– finger paint boleh ganti dengan sos sos macam sos spaghetti atau sos baked beans etc

IKLAN

3. Jangan paksa makan
Biar main dulu, biasakan diri sewaktu main dengan makanan baru tanya nak try sikit?

4. Bagi anak lihat proses waktu main dengan makanan sampai ke end product
Contoh kalau buat cake buat sampai cake dah dimasak, ajak makan bersama selepas itu.

5. Galakkan anak main dengan main bersama
– buat playdoh sekali
– main slime sekali
– cat sekali

Makanan Tekstur Lembut, Anak Tolak Tepi, Ini Cara Nak Biasakan Anak Makan Jenis Makanan Ni!

IKLAN

Waktu bersama tu akan lagi galakkan anak untuk suka mainan dan tekstur tadi. Last sekali, relax dan take time. Benda ini bukan boleh buat terus jadi.

Lebih kurang 15 kali kena didedahkan dengan sesuatu tekstur baru anak boleh terima.

Artikel berkaitan: Berat Badan Anak Bawah Garis Normal, Ibu Ni Kongsi Menu Untuk Anak Susah Makan

Baca Zikir Ya Rahim Ya Latif Untuk Anak Susah Makan, Insyallah Hasilnya Baik

Makanan Tekstur Lembut, Anak Tolak Tepi, Ini Cara Nak Biasakan Anak Makan Jenis Makanan Ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI