
Makanan Tidak Sihat Jejaskan Otak Anak? Ini Peringatan Penting Dr Rizal Abu Bakar Buat Ibu Ayah. Inilah yang akan dikupas bahawa ssetiap ibu ayah mesti ada impian yang sama. Nak anak membesar jadi bijak, cepat belajar, fokus di sekolah dan berjaya bila besar nanti pastinya ia berkaitan dengan otak anak.
Dari kecil lagi kita hantar anak ke sekolah terbaik, beli buku pendidikan, mainan yang merangsang minda malah ada yang sanggup keluarkan belanja besar demi perkembangan otak anak.
Tapi dalam sibuk kita nak anak jadi genius, kadang-kadang ada satu perkara penting yang terlepas pandang iaitu pemakanan harian mereka. Persoalan adakah makanan yang anak makan boleh jejaskan otak anak?
Ramai ibu ayah tak sedar, apa yang anak makan setiap hari sebenarnya memberi kesan besar kepada perkembangan otak, emosi dan tingkah laku mereka.
Perkongsian daripada pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar ini membuka mata ramai tentang bagaimana makanan tidak sihat boleh memberi kesan serius terhadap fungsi otak terutama kepada kanak-kanak yang sedang membesar.
Menurut Dr Rizal, makanan tinggi gula, makanan proses, lemak trans dan makanan segera bukan sekadar menyebabkan obesiti atau masalah kesihatan fizikal sahaja, tetapi turut memberi kesan kepada perkembangan otak anak.
Antara kesan yang dikongsikan ialah:
Makanan diproses dikaitkan dengan risiko kemurungan dan ketidakseimbangan emosi yang lebih tinggi. Sebab itu ada anak yang mudah marah, cepat memberontak atau sukar mengawal emosi.
Pengambilan makanan bergula dan makanan segera secara berlebihan boleh menyebabkan keradangan kronik yang merosakkan sel otak. Lama-kelamaan ia boleh mengganggu fungsi pembelajaran dan perkembangan mental anak.
Diet tinggi gula boleh menjejaskan hippocampus, bahagian otak yang penting untuk memori dan pembelajaran. Anak mungkin jadi sukar fokus, lambat memahami arahan dan cepat lupa.
Kanak-kanak sangat perlukan nutrien yang cukup untuk perkembangan otak yang optimum. Jika pemakanan harian dipenuhi makanan tidak sihat, perkembangan otak boleh terganggu sejak kecil lagi.
Makanan tidak sihat juga boleh melemahkan sistem perlindungan otak dan membenarkan toksin masuk ke dalam otak. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan fungsi otak dalam jangka panjang.
Kadang-kadang kita cepat marah bila anak susah dengar cakap.
“Berapa kali mama dah cakap?!”
Ayat itu mungkin keluar hampir setiap hari.
Anak tetap buat benda sama. Tak fokus. Tak dengar arahan. Lambat respon.
Kita ingat mereka degil.
Hakikatnya, mungkin otak mereka sedang “penat” dan tidak mampu memproses arahan dengan baik.
Bila anak dimarahi berulang kali, otak mereka sebenarnya menjadi lebih tertekan. Ini membuatkan mereka semakin sukar fokus dan memahami apa yang cuba disampaikan.
Sebab itu penting untuk ibu ayah faham bahawa perkembangan otak anak bukan hanya bergantung pada pendidikan, tetapi juga pada apa yang mereka makan setiap hari dan bagaimana persekitaran di rumah dibentuk.
Anak-anak perlukan:
Semua ini membantu perkembangan otak yang sihat.
Sebagai ibu ayah, kesedaran ini sangat penting. Didikan anak bukan bermula ketika mereka masuk sekolah, tetapi sejak dari kecil lagi termasuklah dalam memilih makanan yang masuk ke dalam badan mereka setiap hari.
Nak anak jadi bijak bukan sekadar hantar kelas mahal atau paksa belajar awal.
Tetapi bermula dengan menjaga asas paling penting iaitu kesihatan otak mereka.
Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar ini wajar dijadikan peringatan buat semua ibu ayah. Kadang-kadang perubahan kecil dalam pemakanan dan cara kita melayan anak mampu memberi kesan besar kepada perkembangan mereka pada masa depan.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar