Selepas menjalani prosedur pembedahan membetulkan bibir pada penghujung Mei lalu, kini anak Lan Solo, Nur Amna Quxandra dah mula menunjukkan perkembangan positif.
Lan yang berkongsikan gambar terbaru anaknya itu jelas menampakkan lagi kecomelan Quxandra yang tersenyum di sisinya.
Melalui entri di Instagram Lan, Quxandra semakin manis dengan senyumannya dan tidak nampak pun kekurangan yang ada pada Quxandra sebelum ini.
Ramai peminat Lan memuji kecomelan wajah terbaru Quxandra dan semakin pandai senyum. Tak kurang juga yang terus mendoakan kesihatan anak keempat Lan ini.
Terdahulu, isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan Quxandra pada 24 Februari lalu di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.
Sheila mengakui anak keempatnya begitu istimewa tapi tetap disayangi ramai.
Ads
Melalui perkongsiannya sebelum Quxandra menjalani pembedahan bibir, Sheila mengakui bibir dan lidah anaknya mudah kering.
“Macam Xandra, bila dia tidur…mulut dia sentiasa terbuka ditambah pula bibir dia yang cleft tu. Jadi, lubang udara lebih luas dan angin senang masuk.
‘Jadi, mommy kena selalu basahkan dengan air. Saya basahkan dengan air suam, so far Xandra selesa,” tulisnya di Instagram (IG).
Ads
Bagaimanapun, selepas hampir dua bulan menjalani pembedahan tersebut, kekurangan yang ada pada Quxandra dah nampak semakin baik.
Diharapkan Quxandra dapat membesar dengan sempurna bersama kakak dan abang.
Ads
Sheila juga turut berpesan “Parents yang ada baby cleft, jangan rasa susah dan berat. Banyak saja benda yang boleh kita mudahkan.
“So, enjoy dengan baby kita yang special ni. Bonus tau, orang lain tak ada, kita dapat rasa. Kena selalu positif.
Selain Quxandra, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut diserikan dengan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
Sumber: ig Lan Solo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bergelar isteri kepada vokalis Drama Band, Aepul Roza, bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasi ini mula menyepikan diri dari bidang lakonan sejak lebih empat tahun.
Leez mengakui sebenarnya dia rindu untuk kembali berlakon, tetapi terpaksa menolak sebarang tawaran kerana sukar berjauhan dengan anaknya, Nur Saffiya Alisha, 2, selain sibuk menguruskan perniagaan tudung secara online yang baru diceburi.
Memikirkan jadual penggambaran yang pasti akan mengambil masa panjang, Leez yang juga tidak mempunyai pembantu rumah lebih selesa menguruskan sendiri anaknya selain tidak boleh berjauhan dengan anak tersayang.
“Susah untuk tinggalkan Alisha kepada orang lain kerana dia masih menyusu badan. Tunggu sedikit masa lagi apabila saya betul-betul bersedia.”
Walau bagaimanapun Leez bersyukur dengan kehidupan yang dilalui sejak bergelar isteri dan ibu.
Perniagaan tudung Saffiya by Leez Rosli yang diusahakan sejak Disember lalu semakin mendapat sambutan dan membuatkan dia perlu ligat dan aktif menguruskan permintaan pelanggannya.
Malahan sepanjang bulan Ramadan ini, Leez turut sibuk berniaga di Festival Ramadhan Putrajaya 2018 menjual tudung bawal yang sering digayakan olehnya sendiri.
Nampaknya walaupun komitmen terhadap keluarga dan perniagaan membataskan dirinya untuk aktif dalam bidang seni, namun pelakon yang juga masih meminati bidang nyanyian ini mengakui kehidupan yang dilalui hari ini lebih baik dan tiada apa lagi yang hendak dicari lagi.
Sekejap masa berlalu, dah 8 bulan usia Ana Nayla. Bagi pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat, sebagai ibu, apa saja yang Ana Nayla dah pandai buat dan sebut ketika ini jadi momen bermakna untuknya dan suami, Nabil Mahir.
Menurut Ayda, 30, Ana kini sudah pun mampu menyebut beberapa patah perkataan dan kerap mahu bersama dengannya.
Bukan itu saja, sejak Ana Nayla makin besar, dia asyik nak melekat saja. Pantang dengar suara mommy, elok-elok main terus bertukar moodnya minta dukung. Kalau tak nampak atau dengar suara elok je.
“I wanna post it! Coz you shooo cute! She can says ‘Mama’ yup! Thanks Baby for choosing Mommy instead of Daddy Bil. Daddy dia sampai merajuk. And few more words! I’ll record and tengok dekat Boss Baby @ananaylaofficial okay!
“And now she so clingy with me, 24 jam nak berkepit, and bila main dengan orang lain dia okay je gelak-gelak, but bila nampak je Mommy or dengar my voice, habis terus mood bertukar muka cebik nak mintak kena amik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, di usia Ana Nayla ini, clingy atau nak melekat ini adalah normal. Mengikut istilah kesihatan, perkara ini dikenali sebagai ‘separation anxiety’. Ia boleh berlaku kepada bayi seawal 7 bulan, iaitu ketika bayi sudah mula mengenal kehadiran ibunya.
Keadaan ini sering berlaku kepada bayi sekitar 10-18 bulan dan ada yang berlarutan sehingga ke peringkat kanak-kanak.
Cuma ada cara yang boleh dilakukan untuk anak mula memahami. Marah bukan penyelesaian untuk anak kerana fasa ini, anak sedang belajar memahami kehadiran orang sekelilingnya. Sebab ibu orang paling rapat dengannya sejak dalam kandungan lagi, itu menyebabkan anak pilih IBU dulu berbanding orang lain.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat ada berkongsikan pengalaman bersama anak masing-masing selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat Ayda seisi keluarga.
“Sama la my baby pun nak berkepit je dgn ibu sejak masuk 6m. Sekarang dah 7m.. 😩 tengah main dgn papa dia elok je nampak ibu dah macam nak terbang gayanye nak dekat ibu 😂 . Sabar je laa”
“Bertabah la mommy..fasa ni sekejap je, lepas ni kita pula rindu..”
Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan mereka menyambut kelahiran Ana Nayla pada 21 September tahun sama.
Bila anda mempunyai anak, pastikan tahu dan faham tahap perkembangan bayi yang mesti diutamakan. Bayi yang normal sepatutnya sudah mempunyai perkembangan komunikas sebelum dia mahir bercakap.
Selaku Occupational Therapis, Puan Liyana Raya berkongsi bentuk-bentuk komunikasi yang bayi perlu ada mengikut tahap usianya kerana penting untuk menentukan pembentukan tingkah lakunya di masa hadapan.
Dalam menentukan kanak-kanak yang ada ‘delay’ dengan kanak-kanak yang tiada ‘delay’ adalah satu perkembangan yang sering kita terlepas pandang, iaitu KOMUNIKASI.
Ramai di antara kita yang tak tahu nak membezakan di antara komunikasi dengan percakapan. Komunikasi datang dahulu sebelum seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap.
Seawal usia bayi lagi, kita semua dilahirkan dengan perkembangan komunikasi.
Bentuk-Bentuk Komunikasi Yang Bayi Perlu Ada a. Senyum pada suara atau panggilan sejak di usia 0-3 bulan.
b. ’Menjawab’ panggilan dengan ‘eye contact’ (hubungan mata) di usia 3-5 bulan apabila kita sering bercakap dengan bayi.
***sebab tu penting sangat untuk kita bercakap dengan bayi walaupun mereka tak faham satu apa pun yg kita cakapkan**** Kalau kita rajin bercakap dengan bayi, seawal usia 6 bulan, bayi dah boleh respon pada namanya sendiri apabila dipanggil. c. Sangat ‘crucial’ pada usia 6-9 bulan ni, bayi kena senyum dan ketawa berdekek apabila diagah/dibuat baa chak! Apabila kita sergah pun dia suka. Apabila kita marah, ada yang buat muka nak nangis/merajuk——>>>respon bayi mula dilihat pada usia 6-9 bulan ni.
AMBIL KISAH AKAN PERKEMBANGAN UTAMA INI!
d. Di usia 8-9 bulan onwards, bayi kena pandai buat ‘social observation skill’. ‘Social observation skill’ ni adalah kemahiran melihat dan cuba-cuba meniru apa yang dilihat oleh seorang bayi dalam persekitarannya. Waktu ini,lagi sekali sangatlah ‘CRUCIAL’ nak develop kemahiran meniru pergerakan sosial seperti ‘bye-bye’, ‘high 5’, tepuk tangan, salam, ’flying kiss’, bertepuk bertampar sesama adik beradik, menjerit dan sebagainya. e. Yang mana masuk je usia 10 bulan, bayi dah boleh buat kemahiran-kemahiran ni dengan pandangan mata (‘eye contact’) yang bagus, dengan pergerakan fizikal yang dia ada pada ketika itu dan seterusnya dilakukan secara spontan dalam kehidupannya—-> inilah bukti seorang bayi itu bijak!
Komunikasi datang dalam bentuk non verbal dan verbal. Non verbal ni mcm ‘gesture’, pandangan mata (‘eye contact’), mimik muka sebelum boleh verbal (bercakap).
Saya BUKAN SEORANG SPEECH THERAPIST, jadi saya tidak akan bercakap berkenaan proses bertutur dan bercakap.
Namun sebagai seorang OCCUPATIONAL THERAPIST, kemahiran komunikasi non verbal ini harus saya utamakan dulu.
f. Sebab by the time anak dah masuk usia 12 bulan, seorang kanak-kanak itu sudah pastinya kena faham arahan ringkas dan membuat arahan ringkas tersebut mengikut kapasiti pergerakan yang dia ada pada masa itu. Contohnya apabila kita minta sesuatu, kita cakap ‘baaaakk’ dia pun akan bagi atau acah2 bagi atau memang tak nak bagi.
Nampak tak bayi ada komunikasi sosial di sini?
Pentingnya Kemahiran Komunikasi Bentuk Tingkah Laku
Inilah yang nak menentukan tingkah laku seorang kanak-kanak di masa akan datang. Kalau kemahiran komunikasi ni tak diasah sejak kecil lagi, macam mana seorang anak tu bila dia hendakkan sesuatu, jika dia belum boleh berkata ‘nak’, dia akan tunjukkan dalam tingkah laku mengamuk. Ada juga kanak-kanak yang tak pernah diajar untuk berkomunikasi secara non verbal ni. Egonya tinggi memanjang pun ada dan tingkah laku ego ni boleh bermula di usia setahun 6 bulan pun.
Sebab tu saya tak pernah ‘impress’ pada kanak-kanak yang di usia 2 tahun dah boleh membaca (tak kesah la baca huruf rumi atau mengaji al-quran pun) sebab yang saya sering tekankan adalah no point juga jadi ‘budak celik huruf’ tapi komunikasi dan tingkah laku ‘out’ daripada perkembangan.
Biarlah anak tu kenal segala nenek moyang dinasour sekalipun tapi kalau bentuk-bentuk asas komunikasi ni tak diberikan perhatian, last-last saya kena rawat tingkah lakunya yang susah nak ikut arahan yang diberi, sering ego dengan pendapat sendiri, sering mahu apa yang dia nak sahaja, tak boleh tolerate dengan ‘sharing’ (berkongsi) atau barang dipinjam oleh orang lain. Agak susah saya nak katakan anak anda bijak.
Bukan senang nak memberi kesedaran terhadap perkara ini kepada orang ramai. Komunikasi yang berkesan yang kita ajarkan pada anak-anak membentuk akhlak yang mulia dan tingkah laku yang seimbang walaupun di usia kecil lagi. Tak mengapa kalau anak menangis dan tantrum. Itu biasa. Tapi yang membezakan ada ‘delay’ dengan tak ada ‘delay’ adalah bergantung kepada bagaimana anak tu ‘makan pujukan’ dan boleh bertoleransi dengan kepelbagaian situasi yang ada di persekitarannya.