Anak yang mudah marah atau sentap tak tentu pasal ni sebenarnya ada masalah emosi. Sama ada dia terlalu penat atau terlalu stres sehingga emosi meletus.

Jangan tunjuk bos pula!

Dalam hal ini, apa yang perlu ibu bapa lakukan. Adakah kena naik suara untuk bagi anak berhenti dari merajuk atau buat perangai. Ingat anak yang cepat marah sebab emosinya tak stabil. Ibu bapa kena faham apa pendekatan yang boleh buatkan mereka rasa sedemikian.

Perkongsian dari Mohd Fhais yang juga seorang penulis mengenai tip keibubapaan boleh dijadikan panduan.

Semalam annur rania balik dari sekolah saya dah perasan dia bad mood dan kurang aktif. Pada pandangan saya dia letih otak sebab ada exam di sekolah.

Panggil main kat luar rumah pun dia tak nak. Selalu pantang di pelawa, laju je dia keluar. Barangkali memang penat betul tu. Saya biarkan saja.Sampai ke malam begitu. Malah makin parah. Tup tup tiba waktu nak makan dia meletus!

Mamanya suruh dia ambil kerusi bawa meja makan duduk sekali dengan aisy. Aisy pula pantang dengar, dia pula berlari nak ambil kerusi tu.

Masa tu rania dah mengamuk. “Kan mama suruh kakak ambil, aisy tak payah ambil”

Tak bergerak gerak juga. Saya pun datang angkat kedua dua kerusi bawa ke meja makan. Ingat dah selesai drama tadi, rupanya tidak.

Annur rania dengan tidak semena mena tinggi suara,

“Kenapa papa ambil kerusi tu, kan mama suruh kakak ambil?”

Lepas cakap terus berlari masuk bilik, meniarap atas katil, kepala tangkup ke bantal, di selangi dengan tangisan sayu teresak esak.

Saya pun apa lagi, memang la rasa marah membuak buak. Dah la dia yang buat perangai, kita tolong redakan keadaan, kita pula kena marah, lepas tu dia pula yang menangis. Tak boleh jadi ni!

Dalam kepala otak memang tak fikir lain dah, rasa nak tunjuk siapa bos!

Bergegas masuk bilik, buka pintu dengan suara garang saya panggil ANNUR RANIA!

Berderau jantung, meleleh air mata dan sayu rasa hati bila saya nampak annur rania angkat kepala melihat saya dengan raut wajah yang sangat sedih sekali.

Tak sampai 2 minit pun menangis tapi air mata bercucuran macam hujan dan kelopak mata atas bawah kemerah merahan tu tanda ini tangisan responsif bukan manipulatif.

Mulanya dia pandang muka saya kaku tanpa kata apa-apa.

Saya pun cuba sekali lagi, kali ni saya turunkan nada suara dan tukar dari bercakap kepada bertanya, “Rania ok?”Terus dia berlari ke arah saya dan peluk dengan kuat sekali. Tangisan yang bunyi sayu tadi dah jadi bergema. Kuat dan lantang. Lepaskan la nak, lepaskan semua emosi yang terpendam tu. Jangan di simpan lagi!

Sambil menangis sambil berkata,

“Rania minta maaf papa, rania tak sengaja”, rania

“Ok sayang, papa dah maafkan tapi jangan buat lagi tau!”, saya

“Ok papa”, rania

Happy ending. Rania pun terus keluar makan dengan aisy. Walaupun makan tak habis, tapi drama tadi habis. Sungguh melegakan.

Kadang kadang kita lupa yang anak kita ni dah tak ada siapa siapa lagi. Dia hanya ada kita je dalam dunia ni.

Gembiranya dia balik pada kita. Sedih pun dia balik pada kita juga. Serba serbi kita tempat dia tuju segalanya.

Jadi kita dahulu kena fahami anak. Bila dia sedih mesti ada sebab, bila dia marah marah mesti ada sebab. Mustahil emosi boleh bergolak sendiri kalau tak ada angin.

Anak tak perlukan bos yang sentiasa betul tapi anak perlukan mak ayah yang sentiasa ada untuk di peluk dan di cium saat diperlukan.

Makin marah, makin kuat peluk anak kerana itu adalah bius ketenangan setiap anak.

Sumber: Mohd Fhais
Anak pun manusia juga ada hati dan perasaan bukan robot!