Lama tak dengar khabar adik Ainul Mardhiah. Selepas melalui fasa kritikal Ogos lalu, Ainul yang kini berusia 4 tahun dah mula kembali aktif menjalani kehidupan seperti biasa. Seolah-olah ada satu kekuatan buat Ainul melawan sakitnya sebelum ini.
Terbaru melalui perkongsian mama Ainul di instagramnya, Nurul Erwani berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan anak sulungnya itu kepada orang ramai.
“My princess (Puteriku). Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat, cergas dan ceria. Cuma kadang-kadang tu kalau bad mood (emosi tidak baik), mengamuk sampai baling barang. Berat pun makin naik,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan keadaan kesihatan adik Ainul yang terkini dan mendoakan agar kanak-kanak tersebut sentiasa di bawah lindungan Allah.
“Alhamdulillah.. moga Ainul terus kuat, terus sihat. Alhamdulillah syukur dan semoga Allah permudahkan segala urusan Ainul sekeluarga..amin
“Gembira tengok Ainul. Moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik ye Ainul.”
Ads
“Terus sihat anak solehah Mama dan Walid”
“Alhamdulillah… happy tengok senyuman Ainul”
Sementara itu, di Facebook walid Ainul, Ahmad Safiuddin, dia memaklumkan yang Ainul padat dengan jadual temujanji doktor untuk melihat perkembangan kesihatannya selepas kesihatannya merosot baru-baru ini.
“Minggu ni, minggu depan, minggu satu lagi pack jadual Ainul. Kena lapor diri jumpa doktor-doktor. Hari ni ambil darah dan jumpa pakar kanak kanak.
“Next nak jumpa surgical, ENT, speech, dietition, dan banyak lagi. Padat betul bulan ni.
Ads
“Alhamdulillah Allah SWT dah susun dah jalan hidup kita. Allah SWT atur saya bekerja sendiri (Asarmart). Jadi alhamdulillah saya ada masa yang flexible utk uruskan rawatan dan terapi Ainul,” katanya.
Tambah Safiuddin lagi, ibu bapa di luar sana yang ada anak berharga seperti ini, saya doakan urusan seharian anda dipermudahkan, Allah SWT limpahkan rezeki, cukupkan rezeki, beri anda kesabaran dan ketabahan dan paling utama kesihatan yang baik untuk anda. Kalau kita sakit, sapa nak jaga anak kita kan. Jadi, tolong jangan sakit tau. InshaAllah.
Terdahulu, Nurul Erwani Zaidi memberitahu anaknya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) akibat jangkitan telah merebak ke seluruh tubuh.
Ads
Untuk info pada 2019, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.
Sumber: Instagram nrlerwani & FB Ahmad Safiuddin
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Pengalaman setiap ibu bersalin berbeza-beza. Ada yang mengalami kontraksi lama sehingga rasa perit untuk bersalin lagi, ada juga yang sakit sekejap, terus bersalin. Selain fasa kelahiran itu, yang buatkan ibu trauma juga adalah waktu berpantang.
Waktu berpantang sebenarnya masa untuk ibu berehat. Bagaimanapun, ada ibu yang terpaksa berulang alik bawa anak ke klinik untuk periksa jaundis anak sehingga satu tahap rasa penat. Itu belum lagi memikirkan berat tak turun, sembelit, anak menangis, susu tak keluar banyak dan macam-macam lagi.
Disebabkan itu, Jururawat, Bel Nawhen menasihatkan ibu bersalin sama ada normal atau czer jangan fikir bukan-bukan sehingga diri stres. Perlu rasa enjoy dan orang sekeliling pun harus memahami.
Biasalah tu lepas bersalin:
1. Badan tak ikut shape. Iyalah, hampir 40 minggu mengandung, kulit meregang semua. Makan masa nak kembali ke keadaan asal. Jangan sibuk bandingkan ibu tu dengan ibu lain.
2. Nampak payudara penuh dengan susu. Itu biasa. Nak pakai baju liplap liplap pun susah sebab baby anytime nak menyusu kan. Jadi, pakailah baju khas untuk ibu menyusu.
3. Ada orang, kulit pun nampak kusam, muka nampak letih. Iyalah, proses melahirkan bagi setiap ibu kan berbeza-beza. Belum lagi tak cukup tidur sebab baby berjaga malam. Nanti lama-lama dia biasa dengan keadaan sekeliling, dapatlah ibu berehat dengan baik.
4. Ada ibu, nak duduk pun nampak payah. Jalan pun pegang abdomen bagi ibu caesarean, janganlah aspect ibu boleh jadi flash balik awal-awal melahirkan. Sebab tu, amat kejam kalau datang rombongan cik kiah melawat baby yang ibunya melahirkan secara caesarean, ibu kena buat macam-macam.
Bila tak menolong dikatanya lemmahhhhh. Sebelum mai melawat, tanya dulu bersalin lagu mana. Normal delivery pun kadang-kadang ibu ada koyakan, pun sama makan masa untuk sembuh.
Sebab itu, bila nak menziarahi ibu lepas bersalin, jaga lisan. Masuk rumah orang jadi buta, keluar darinya jadi bisu. Fahami keadaan ibu-ibu yang baru melahirkan, dalam pantang sehingga ibu sedang journey breastfeeding. Bentuk badan perempuan ni perkara sensitif.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali anak batuk berkahak dan selesema, masalah utama pastinya kesukaran anak untuk membuang hingus dan kahak itu sendiri.
Anak-anak tak pandai malah tak tahu apa teknik terbaik untuk melegakan selesema dan batuk mereka. Ini panduan untuk mak ayah bagi membantu anak lega.
1. Mak ayah tunjuk contoh
Ajar anak cara yang betul dengan menunjukkan contoh pada anak bagaimana membuang hingus yang betul. Mak ayah tunjukkan contoh dan biar anak ikut.
2. Ajar hembus guna tisu
Petua untuk mengajar kanak-kanak meniup hingus melalui hidung boleh dilakukan dengan menekan/tutup lubang hidung kiri ketika anak meniup hidung dari lubang hidung kanan. Ulang dengan cara yang sama pada lubang hidung yang satu lagi.
3. Berlatih menghidu
Apabila hidung anak sudah bersih, biarkan dia menghidu beberapa kali kerana ia adalah gerakan yang mudah. Seterusnya, pegang tisu pada hidungnya dan suruh dia menghembus menggunakan hidung, bukan mulutnya.
4. Latih dengan air
Bawa anak ke sinki dan biarkan anak menghembus hingusnya keluar beserta bunyi. Bantuan air buat anak lebih teruja untuk mencuba.
5. Buat bunyi bising
Kanak-kanak sangat suka buat bunyi hon seperti angsa atau meniru rakan atau saudara mara yang kuat mengeluarkan bunyi melalui hidung. Cadangkan si kecil anda mencuba bunyi yang sama sambil menghembus hidung.
6. Jangan lupa berikan peringatan dengan lembut
Jangan sekali-kali memandang rendah keupayaan anak kecil untuk mengabaikan kandungan hingus dalam hidungnya dan membiarkan aliran hingus yang mengalir keluar daripada hidung. Tunjuk dan memperingati mereka secara perlahan-lahan bahawa sudah tiba masanya untuk mengelap dan meniup hingus.
Bila disahkan hamil, automatik perasaan teruja itu ada dalam diri setiap wanita. Namun nak melalui fasa mengandung dan melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah. Ada yang mengalami alahan teruk dan ada juga yang mengalami pelbagai masalah kesihatan sehingga waktu nak bersalin.
Setiap orang pengalaman mengandung dan melahirkan berbeza. Sebab itu pentingnya kena jaga pemakanan dan kesihatan sewaktu hamil. Kesihatan yang baik dan emosi positif memberi kesan yang mudah untuk bersalin secara senang dan tenang.
Berikut ada 4 tip yang boleh diamalkan:
Pertama:
Penting ambil makanan yang sihat, makan makanan sebenar yang sesuai dengan badan. Elak makanan yang diproses kerana di dalamnya mengandungi pengawet pewarna perasa yang melemahkan imun badan. Mengandung bukan tiket nak makan segala, craving all the time. Boleh amalkan green juice dari sayuran hijau dan jus buah-buahan segar. Organik lebih baik tapi kalau semua organik boleh kanser poket kita. So tak organik pun ok beli local punya, rendam dengan cuka epal/cuka kurma cuka tiruan pun boleh sebab dalam cuka ada probiotik yang membantu menyingkirkan racun. Elak sayuran dari China kerana isu tanah bertoksik dan begitu juga USA yang banyak GMO.
Kalau takde cuka guna baking soda dicampur air suam pun boleh. Pilih ulam-ulam lagi sedap. Kena ingat, apa yang ibu mengandung makan sekarang memberi kesan kepada tiga generasi akan datang, epigenetics. Kita nak jaga kesihatan keturunan kita kan.
Kedua:
Bergerak aktif penting. Alahan diawal pregnant antara tanda kekurangan magnesium. Kita ni selalu fokus tentang kalsium tetapi selalu lupa tentang mineral penting ni. Ini hasil pembacaan . Alahan, kita tahu itu perkara biasa. jadi, kalau alahan pun kena usaha untuk bergerak, cuba dapatkan cahaya matahari vitamin D natural tu bagus sangat untuk kita. Banyak bergerak bantu pengaliran darah berjalan baik dan kita juga dapat refreshment kan. Dihujung kehamilan lagi aktif. Menggolek gym ball, squat, turun naik tangga abaikan lift.
Ketiga:
Ceria emosi. Ini memang penting. Wanita ni ada beribu-ribu emosi sebab kita ada banyak hormon yang macam-macam tindak balasnya. Ini adakala paling susah nak buat kadang-kadang sendu sendirianlah jawabnya tapi jangan biarkan berlarutan. Belajar untuk jangan fikir perkara diluar kawalan, breath and let it go. Bila tenang, hormon oksitosin pun dirembes dengan baik. Uterus pun seronok melayan contraction. Baby pun tenang, dapat oksigen dengan baik mudahlah baby keluar.
Keempat:
Yakin sampai masa baby nak keluar, ia akan keluar sendiri. Enjoy layan surge sambil membayangkan betapa seronok nak jumpa baby. Bila seronok, contraction yang memulas membelit ruang perut yang dirasa masa 1st time bersalin dulu, hanyalah mild saja. Faham fisiologi melahirkan itu penting. Bila ibu stres, melayan macam-macam emosi yang tidak sihat, hormon kortisol pun meninggi. Badan melawan ombak contraction dengan keras maka stres lah badan ibu. Baby dalam perut pun stres macam mana baby nak keluar dengan baik. Macam mana uri nak sama-sama keluar ikut baby keluar bila sama-sama stres. Baby ni Allah jadikan sampai masa ia akan keluar sendiri.
Alhamdulillah. Senang dan tenang melahirkan, atas usaha sungguh-sungguh dan izinNya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.