Mama Ainul Umumkan Hari Ini Hari Terakhir Buah Hati Rakyat Malaysia Di London

Share

Setelah sebulan lebih berada di bumi London untuk rawatan perubatan, akhirnya adik Ainul Mardhiah bakal pulang ke tanah air.

Sebelum ini, bapanya Ahmad Safiuddin ada berkongsi di laman Facebooknya tentang persiapan yang dibuatnya sekeluarga untuk pulang ke Malaysia. Cuma bila masih dirahsiakan bagi memberi privasi untuk Ainul terutama dalam proses rawatannya sekembali ke Malaysia.

Mama Ainul, Nurul Erwani menyatakan bahawa buah hati rakyat Malaysia (Ainul Mardhiah) akan menyambung proses rawatan susulan di Malaysia.

Perkembangan ‘Buah Hati Malaysia’ ini sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Lalu kepulangan ini pastinya menjadi satu perkara yang terindah bakal berlaku.

Artikel Berkaitan [Bakal Bawa Balik Secara Rahsia. Bukan Nak Sorok, Bimbang Ainul Berisiko Kena Jangkitan]

Semalam, Safiuddin telah memuatnaik hantaran ringkas yang menjadi teka-teki kepada netizen tentang maksud di sebaliknya.

“Dah ready ke kakak?”

Perkongsian berkenaan tentunya mendapat pelbagai reaksi dan kata-kata semangat yang mendoakan agar semua urusan dipermudahkan.

Namun pagi ini, mama Ainul Mardhiah pula memuatnaik pula di story instagramnya yang seolah-olah menjawab persoalan bapa Ainul semalam.

“Alhamdulillah. Sebulan lebih di Kota London. Hari ini hari terakhir berada di London, terasa sangat sayu.”

“Nurse semua jumpa Ainul dan beri wish pada Ainul. Semoga kita berjumpa lagi semua. Insyallah kita pasti akan datang semula ke London.”

Selain itu, perkembangan Ainul juga dah nampak seperti bayi lain yang dah mula suka dengan mainan berbunyi dan berwarna-warni.

Sumber: instagram Nurul Erwani

IKLAN