“Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain?” Puteri Sarah Terkedu, Tak Sangka Itu Soalan Syaikhul

Share

Setelah sekian lama melalui fasa sedih, akhirnya Puteri Sarah berkongsi anak sulungnya, Syaikhul Islam bertanya soalan yang benar-baenar buatkan dirinya terkedu mengenai Syamsul Yusof.

Berkongsi perkara tersebut di instastory, Puteri Sarah, 38, tidak tahu untuk menjawab soalan Syaikhul yang berusia enam tahun itu.

“Baru balik daripada photoshoot, sampai-sampai rumah Syaikhul tanya saya, ‘Mama betul ke ayah kahwin lain?’

“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? Macam mana nak jawab soalan budak umur enam tahun? Saya terkedu,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut bertanya kepada Syamsul bagaimana dia mahu menjawab soalan anak mereka yang masih tidak tahu apa-apa.

Dalam kenyataan tersebut, Puteri Sarah menyoal adakah Syamsul pernah terfikir jawapan yang mahu diberikan kepada anak-anak mereka sekiranya perkara itu dibangkitkan suatu hari nanti.

“Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri sendiri tu, isteri nak kena jawab apa dekat anak kecil ni?

“Pernah tak kamu terfikir satu hari nanti nak jawab apa dekat anak?,” ujarnya.

Puteri Sarah juga turut menitipkan pesanan sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya. Dan fikir apa consequences dia,” tulisnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, selain Syaikhul mereka dikurniakan anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia lima tahun.

Kredit: IG Puteri Sarah

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

IKLAN