Bila anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk, memukul orang, menyakitkan orang, ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia kecil, emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik. Ibu bapa hanya menggunakan kaedah marah dan tengking untuk senyapkan anak.
Pada masa itu anak memang senyap, tapi emosi itu tidak dilepaskan dengan baik. Oleh itu anda akan mendapati anak ini mengamuk dengan lebih kuat dan mula ada ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
Ini petanda hati anak ini sudah banyak terluka dan dia sudah banyak merasakan tidak dikasihi. Jika ini berlaku, anda perlu mengatur langkah membetulkan persepsinya.
Di sini anda perlu bijak dan mengawal marah namun anda perlu tegas dan perlu mendisiplinkan anak itu. Kerana anak ini sudah terluka disebabkan banyak kekecewaan terutamanya di dalam perhubungan diantara dia dan anda atau pasangan anda, perkara itu perlu dibetulkan. Pada usia ini, anak itu mungkin akan mengatakan rasa hatinya, bahawa dia tidak dikasihi.
Jika ini berlaku, tarik nafas dan duduk di sebelah anak itu dan tenangkan hatinya dan cari punca yang menyebabkan dia merasakan dia tidak lagi dikasihi. Kadang-kadang puncanya mungkin semudah anda sudah tidak memandikannya dan menyuruh dia mandi sendiri. Terutama sekarang sudah ada adik baru. Ini kita namakan salah faham. Maka selesaikanlah salah faham ini.
Ads
Walaupun bila anak merajuk dan mengamuk kita perlu membetulkan anak dengan kelembutan, adakalanya semasa ini, kerana jeritannya begitu kuat dan membaling barang tidak mengikut kira, maka jika perlu anda boleh meninggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya, siapa yang memimpin di sini.
Namun, bila meninggikan suara, lihat mata anak itu dengan kelembutan kasih-sayang. Dalam hati anda boleh berkata kepada hati, ‘aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik Aku sayang anak ku ini’.
Mengapa anda mahu mengatakan di dalam hati demikian? Kerana ini membentuk niat dan ini membantu anda memastikan bahawa bila suara kuat itu keluar, ianya keluar dengan tenaga kasih-sayang yang menerjah masuk ke hati anak yang terluka itu dan menjadikan hati itu menerima tenaga kasih-sayang itu. Inilah diantara cara kita mengawal keadaan dengan tegas dan penuh kasih-sayang. Kata kunci ialah pandang dengan kasih sayang. Anda perlu ‘take control’ dengan ‘tough love’.
Jika anak itu ditengking dan dimarah atau bila dia merajuk diturutkan semua kehendaknya. Pada usia ini, anak itu sudah tahu dia mempunyai kuasa ke atas ibu bapanya dan ibu bapa boleh diatur-atur olehnya. Ini sangat merbahaya kerana anak itu boleh menjadi seperti ‘Anakku Sazali’.
Mengapa ini boleh berlaku, kerana bila anak meminta sesuatu, semua permintaannya dipenuhi walaupun ada yang tidak baik untuknya dan anda telah mengatakan tidak boleh, namun sebab hendak anak berhenti membaling barang, anda ambil jalan singkat, ikutkan saja kehendak anak itu.
Ads
Kata kunci di sini, BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN dan bukan seorang yang mudah dimanipulasikan.
Nota Ringkas:
Bagaimana berhadapan anak 5 tahun yang mengamuk?
Ads
1.Tarik nafas dan ubah kedudukan kita untuk dapatkan ketenangan.
2.Lihat mata anak dengan penuh kasih sayang.
3.Kata dalam hati, “Aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik. Aku sayang anak ku ini”.
4.Tinggikan suara untuk dapatkan perhatian anak.
InsyaAllah, kalau yang keluar dari hati, akan sampai ke hati juga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lumrah bila anak-anak kecil melakukan kesilapan, orang dewasa juga tidak terlepas daripada melakukanya. Namun anak-anak ini dalam proses untuk berkembang dan belajar tentang kehidupan.
Jika tidak diperbetulkan dan tidak diberitahu tentang kesalahanya, anak-anak akan simpan di dalam minda bahawa perkara tersebut betul dan akan tetap melakukan kesilapan tersebut sehingga besar.
Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung
Teguran itulah yang dapat mendidik mereka menjadi manusia yang tahu menghormati orang lain dan bersopan satu hari nanti. Jika dibiarkan maka jadilah seperti Sazali dalam filem “Anakku Sazali lakonan dan arahan P.Ramlee.
Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat ‘biadap’. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!
Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam ” alaaa..biasa la budak-budak
“Aduh! Parah!
Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.
Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu. Contohnya :
“Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI ) ”
Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.
Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.
Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat
p/s : Jom belajar ilmu cara nak didik anak di Telegram saya. Klik je link ni kalau nak belajar cara nak didik anak ? t.me/NotaTaufiqRazif
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak semakin meningkat usia, dan mula petah bercakap, banyak soalan akan dipersoalkan termasuklah soal keagamaan. Tambah pula bila dalam nasihat kita sehari-hari sebut pasal Allah, syurga, neraka dan perkara ghaib yang sukar dijangkau dek pancaindera manusia.
Bila anak tanya pasal Allah, kadang peningkan nak jawab, kena bijak bagi jawaban supaya tak terpesong akidah dan tak timbul soalan lain yang lagi pelik.
Apabila anak demam ibu ayah tidak boleh senang duduk. Setelah mendapatkan bantuan perubatan dan memberikan preskripsi ubat, tidak salah salah untuk berikhtiar meredakan dengan bacaan doa.
Demam boleh terjadi kerap kepada bayi dan kanak-kanak. Antibodi yang masih lemah dan pendedahan kepada punca jangkitan boleh menjadi sebab. Penting bagi ibu bapa mendapatkan rawatan bagi mengetahui punca demam dan meredakan dengan kaedah perubatan. Vaksin juga perlu diberikan kepada si kecil seperti mana yang telah ditetapkan oleh Program Imunisasi Kebangsaan. Bagi situasi genting, rawatan di Jabatan Kecemasan hospital adalah yang terbaik.
Walau pun begitu, tidak salah jika berusaha menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran apatah lagi apabila yang mendoakan itu ibu bapa sendiri, lebih berkat.
Perkongsian daripada Ustazah Nazirah Abd Rahim ini boleh dijadikan usaha ibu bapa tatkala menghadapi situasi demam anak.
Musim panas..anak demam. Mandikan air doa.
Sabda Nabi saw “…demam itu berpunca dari bahang neraka Jahannam” iaitu panas yang bergejolak. Sama dengan sabda Nabi Muhamamd saw yang lainnya : “Panas matahari yang terik berpunca dari bahang Jahannam.”
Penawar utama demam Rasulullah sebutkan adalah air. Dan air zam zam dalam hadis .
Hadis Bukhari dalam shahihnya dari Abu Jamrah Nashr bin Imraan Adh-Dhuba’I bahawa ia meriwayatkan :
“Aku pernah duduk dalam majlis ibnu Abbas di kota makkah, tiba tiba aku diserang demam”. Kemudian ibnu Abbas berkata : “sejukkanlah dengan air Zam zam kerana Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkan lah ia dengan air.” Atau “dengan air zam zam “
Ambillah air atau sebaiknya air zam zam doakan penawar demam panas pada air dan doakan pada anak.
Tiup ubun ubun anak. Dan tiup pada air. Buat mandi waktu selepas Asar hingga Maghrib. Buat ia bilasan akhir. Sebaik-baiknya buat mandi sehingga panas sudah hbs.
Doanya mudah iaitu; 1. Surah Al-Fatihah 2. Selawat Syifa 3. Doa penyejuk demam 4. Ayat demam
DEMAM PANAS JANGAN PANDANG RINGAN
Selain itu, Ustazah Nazirah menegaskan agar ibu bapa tidak memandang ringan demam panas. Penting untuk mendapatkan rawatan dan memberikan ubat-ubatan yang dibekalkan bagi menghindari perkara tidak diingini.
Maka hati-hati kita dengan panas demam ini. Anak demam panas jangan ambil mudah. Sebaiknya jangan sekali lupa berikan penawar sakit rohani. Sakit rohani inilah ramai yang tak tahu. Ia akan bawa mudharat lain pada anak.
Ada pesakit Ustazah anak jadi sawan dan ada yang effect lebih teruk perkembangan mental dan fizikal. Anak jadi sudah tidak normal selepas kena demam panas.
*setiap kali anak atau suami ustazah demam. Ustazah akan rawat dan mandikan dengan air doa.
Ustazah akan tambah doa lembut hati, doa kasih sayang dan doa sembuh penyakit. Alhamdulillah inilah tips anak anak makin jadi dengar kata. Taat dan suami jadi amat penyayang.
PERINGATAN: Sekiranya situasi semakin teruk seperti suhu terlalu tinggi dan terjadinya sawan, bawa si kecil ke Jabatan Kecemasan hospital bagi mendapatkan rawatan segera.