Sebelum ada anak, kebanyakan daripada kita jika terasa nak bercuti tak akan fikir panjang. Siapkan sahaja beg dan buat sedikit persediaan dah boleh bergerak ke destinasi yang dituju. Bagaimanapun setelah mempunyai anak, terutama yang masih kecil, mama papa dah rasa terbatas pergerakan. Sebenarnya jangan risau kerana jika perancangan dilakukan dengan teliti, aktiviti percutian keluarga pasti akan memberi momen yang best buat ada seisi keluarga.

Berikut dikongsikan beberapa tip untuk mama papa membawa anak kecil bercuti tanpa rasa stress dan ‘enjoy’.

Pengurusan Masa

Pastinya jika mahu bercuti dengan anak kecil, pengurusan masa sangat penting. Sebelum keluar rumah, rancang dulu perjalanan, contoh berapa lama sampai ke destinasi percutian. Kalau anda bercuti menaiki kapal terbang pula, pastikan sampai awal di lapangan terbang dan sekurang-kurangnya ada tempoh bertenang untuk anak. Jika dari awal mood anak ok, perjalanan juga jadi lebih mudah seperti yang dirancang.

Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti, Persediaan Ini Perlu Ada. Baru Mood Anak Ok!

Rancang Jadual Perjalanan Percutian Keluarga

Bercuti dengan anak kecil sangat penting untuk rancang jadual perjalanan dari awal. Anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Tak boleh buat ‘last minute’ kecuali keadaan itu tidak menganggu jadual dan lokasi juga selesa untuk anak.
Jangan lupa masukkan senarai tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti nanti. Anak pasti gembira sepanjang percutian tersebut dan mereka boleh belajar sesuatu yang baru.

Buat Tempahan Awal

Kalau bawa anak kecil bercuti buatlah tempahan awal untuk elak beratur atau bersesak dengan pelancong lain. Ingat ya, kita hidup dengan norma baru. Buatlah tempahan awal untuk hotel, kedai makan, atau mana-mana tempat yang mungkin akan ramai orang kunjung. Kita perlu tahu bahawa anak kecil mudah bosan jika dibiarkan tunggu lama-lama.

Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti, Persediaan Ini Perlu Ada. Baru Mood Anak Ok!

Kurangkan Penggunaan Beg Kecil

Bila sudah bergelar mak orang ni, kita lupakan sahaja nak bawa bag kecil yang comel-comel. Iyalah, mana nak tengok beg, dukung anak, tolak stroller lagi. Alahai.. Banyaknya barang kena bawa! Jadi, jawapan yang mudah bawa sahaja beg galas belakang supaya mudah bergerak. Tidak perlu lagi nak pegang itu ini. Semuanya kita masukkan je satu beg. Bukan apa, bila bawa beg kecil dalam kuantiti yang banyak risau tertinggal di merata tempat.

IKLAN

Bawa Permainan/ Buku Aktiviti

Sebelum bercuti, bawa siap-siap mainan kesukaan anak. Nak bagi anak leka sedikit, boleh beli beberapa jenis mainan baru. Jika anak dah pandai pegang pensel, mama papa boleh beli buku aktiviti dan buat sama-sama aktiviti menulis atau mewarna. Masa ni kalau anak nak conteng pun layankan je. Dengan cara ini anak tak akan bosan sepanjang perjalanan yang mengambil masa berjam-jam lamanya.

Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti, Persediaan Ini Perlu Ada. Baru Mood Anak Ok!

Makanan Bayi/Kudapan Sihat

Untuk anak kecil dibawah 2 tahun, pastikan mama sediakan makanan dan kudapan sihat. Boleh bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak juga. Tidak semua tempat sediakan makanan untuk kanak-kanak dan kita tak tahu bila masa anak tiba-tiba rasa lapar dan nak makan.

Oleh itu, bagi memudahkan mama menyediakan makanan tanpa perlu nak bawa makanan yang dah disejuk beku, Baby Likes ada menawarkan makanan ‘ready to eat’ khusus buat anak dan paling penting cukup semua nutrisi.

Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti, Persediaan Ini Perlu Ada. Baru Mood Anak Ok! Makanan bayi dengan jenama Baby Likes dihasilkan dengan 100 peratus sayur-sayuran organik, buah-buahan, herba dan daging halal.

IKLAN

Bagi memastikan ia senang dibawa ke mana-mana dan dapat digunakan pada bila-bila masa, semua produk Baby Likes tersedia dalam bentuk ‘pouch’. Produk ini telah mendapat pensijilan Halal dan dihasilkan di Perancis.

Kelebihan produk Baby Likes adalah semua bahan yang digunakan adalah semulajadi dan halal – tiada pengawet, tiada GMO dan tiada garam tambahan. Selain itu, ia cepat dan senang untuk disediakan kepada anak.

Baby Likes juga menawarkan 4 perisa yang sedap untuk memberi pilihan buat ibu bapa yang mahukan bahan terbaik dan halal kepada anak mereka. Antaranya Rice And Chicken, Carrot And Lamb Stew, Butternut Squash Rice & Lamb dan Tomato Pasta Chicken.

Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti, Persediaan Ini Perlu Ada. Baru Mood Anak Ok!Dirumuskan dengan kerjasama pakar dalam bidang nutrisi bayi, produk ini dihasilkan mengikut standard yang tinggi untuk memenuhi keperluan peraturan EU dalam pengeluaran makanan bayi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh layari, website: www.babylikes.com.my, Facebook: babylikesmalaysia, Instagram: @babylikesmalaysia atau hubungi talian 011 36134064

Pa&Ma juga telah memberi anugerah Makanan Bayi ‘Ready To Eat’ Pilihan Pa&Ma kepada Baby Likes sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.

Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti, Persediaan Ini Perlu Ada. Baru Mood Anak Ok!

IKLAN

Kit Kecemasan

Ini antara keperluan penting ketika bercuti. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, bawa keperluan ubat-ubatan yang berkaitan bagi memudahkan urusan seisi keluarga. Kadang sesuatu perkara nak jadi di luar jangkaan.

Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti, Persediaan Ini Perlu Ada. Baru Mood Anak Ok!

Stroller & Baby Carrier

Jika nak bawa stroller, lagi mudah pilih yang jenis ‘compact’. Mama senang nak bawa dan anak pun boleh duduk dan tidur dengan selesa. Lagi satu jika pilih untuk bawa baby carrier mungkin boleh juga membantu jika di tempat yang sesak dengan orang ramai atau kawasan yang sempit.

Mama papa perlu faham, tip ini sebagai garis panduan untuk memudahkan percutian. Namun jika dalam tempoh itu ada perkara yang diluar jangkaan seperti anak tak beri kerjasama baik, enjoy je sebab percutian dengan anak kecil suatu pengalaman berharga!

Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti, Persediaan Ini Perlu Ada. Baru Mood Anak Ok!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI