Rezeki setiap orang tak sama. Tidak semua mampu hidup dalam keadaan senang. Ada direzekikan dengan anak ramai. Ada pula tiada anak tetapi diberikan rezeki duit banyak. Tak kurang juga yang hidup sederhana dengan dikurniakan anak dan masih mampu memberi kegembiraan pada ahli keluarga. Walau apa latar belakang sekalipun bersyukurlah!

Perkongsian dari Yunizam Yusop ini, pemuda di Sandakan yang secara sukarela mengusahakan perkhidmatan van jenazah ada cerita di sebaliknya.

Kali ini Yunizam berkongsi cerita sedih mengenai seorang suami yang kehilangan isteri selepas melahirkan bayi ketiganya tetapi tidak cukup duit untuk uruskan jenazah isteri.

Mama Tidur! Luah Anak Usia 2 Tahun. Isteri Meninggal Selepas Melahirkan Anak Ke-3Paling sedih, anak-anaknya juga belum memahami yang ibunya telah meninggalkan mereka selamanya dan bila ditanya ‘mama tidur’.

Tidak semua daripada kita mampu hidup dalam kemewahan dan serba lengkap seperti yang selalu dipertontonkan di ruang kaca televisyen. Malah, lebih malang lagi ada juga insan yang hidup dalam kedaifan sehingga untuk mengeluarkan kos bagi menguruskan jenazah keluarga sendiri juga tidak mampu.

Menyedari akan hakikat ini, seorang pemuda di Sandakan giat mengusahakan perkhidmatan van jenazah percuma bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. Ketika menguruskan setiap jenazah, pastinya lelaki bernama Yunizam Yusop ini berdepan dengan banyak cerita sedih daripada insan yang dibantu olehnya termasuklah kisah yang satu ini.

Mama Tidur! Luah Anak Usia 2 Tahun. Isteri Meninggal Selepas Melahirkan Anak Ke-3

Mana Mama?

Aku cuba bertanya pada anaknya, mana mana? Jawapan keluar dari mulut anak kecil itu, mama sedang tidur pak cik. Allahuakbar! 

Di petang yang syahdu kami memecut laju melalui deretan rumah-rumah indah, mewah di Sandakan.

Sebenarnya di sebalik deretan keindahan rumah itu terdapat puluhan buah rumah seperti pondok-pondok usang yang dibina untuk dijadikan tempat berteduh.

Mama Tidur! Luah Anak Usia 2 Tahun. Isteri Meninggal Selepas Melahirkan Anak Ke-3

Dari jauh nampak lambaian suami

Kelihatan seorang lelaki muda tanpa selipar dan sedikit tidak terurus sedang menunggu kami.

Dia berseorangan melambai dari jauh. Sini..sini..sambil mengangkat tangannya.

Kami bertanya mana yang lain? Jawabnya, aku sendiri saja ni tuan.

Aku terus membuka pintu belakang van. Sebelum menurunkan keranda. Dia menahan tanganku daripada menurunkan keranda.

Berapa ba?

Lalu dia terus bertanya. Anu ba pok! Aku mahu tanya ba ni berapa ba untuk kamu. Untuk kamu apa jawabku.

Berapa ba kamu cas? Nadanya mulai perlahan. Tanpa berlengah aku pun tarik keranda dan ajak dia terus menuju ke rumah arwah.

Janganlah kau fikir tu bayaran ba. Kami tidak ambil tu tuan. Percuma saja van jenazah ni. Mukanya nampak sedikit lega dan katanya terima kasih.

Mama Tidur! Luah Anak Usia 2 Tahun. Isteri Meninggal Selepas Melahirkan Anak Ke-3

Isteri meninggal selepas bersalin

Arwah ni meninggal sebab apa? Meninggal sebab beranak pok! Sebenarnya ini biniku ba.

Ini anak kami yang ketiga. Jam 6.30 pagi tadi ibunya meninggal.

Kenapa kau tidak bawa ke hospital saja? Tiada ba duit kami, dokumen pun tiada.

Mama Tidur! Luah Anak Usia 2 Tahun. Isteri Meninggal Selepas Melahirkan Anak Ke-3

Mama tidur

Aku tersentap, dan aku cuba bertanya pada anaknya yang kedua berusia 2 tahun.

Mana mamamu? Seolah-olah tidak mengetahui ibunya telah pergi meninggalkan mereka, si kecil itu menjawab, mama tidur pak cik.

Aku mulai menahan tangisan, dalam hatiku berdoa Ya Allah, perkenankanlah..Tidurkanlah mujahidah ini dengan tenang di dalam kuburnya. Ampunkanlah dan lupakanlah segala dosa-dosanya.

Mama Tidur! Luah Anak Usia 2 Tahun. Isteri Meninggal Selepas Melahirkan Anak Ke-3

Anak selamat, ibu pergi dulu

Pesanku pada diriku sendiri dan sahabatku sekalian, cubalah pandang wajah pasangan anda masing-masing hargailah perjuangan dan pengorbanan mereka selagi mereka masih ada bersama anda susah dan senang.

Mudah-mudahan syurga buatmu untuk semua wanita yang bergelar Ibu. Aminn

Anak selamat dan ibu pergi dulu.

Sumber: Facebook Yunizam Yusop

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI