“Boleh ke tak payah mandikan baby. Takut nak pegang, kecik sangat. Lembik pulak tu badan dia,” tanya Husna yang baru melahirkan anak pertama.
“Eh, kita mesti mandikan bayi baru lahir walaupun dia nampak bersih je,” beritahu ibunya.
Mesti ramai di antara anda yang baru bergelar ibu bapa berasa kurang yakin untuk memandikan sendiri anak. Mandikan bayi baru lahir bukan sekadar untuk membersihkan tubuh badannya daripada kekotoran sahaja. Tetapi ada adab yang mesti dipatuhi mengikut apa yang dianjurkan oleh Islam.
Semuanya bertujuan memberi kebaikan kepada bayi dari segi kesihatan dan sahsiah dirinya. Jom pelajari adab mandikan bayi baru lahir dengan betul.
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Ads
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
Ads
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
Ads
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Sumber: Petua Ibu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa nak susah-susah sampai air tertumpah sedangkan anak masih kecil lagi. Guna sahaja botol susu. Mungkin itu tanggapan kita sebelum ini. Namun sebenarnya ada banyak kelebihan dan kesannya kalau tak ajar anak skil menggunakan mulut ini.
Dari sudut perkembangan kemahiran mengikut pandangan Terapis Cara Kerja, Puan Liyana Raya melatih anak minum menggunakan cawan dari bayi lagi dapat mengelakkan berlaku masalah anak pelat bila bercakap termasuk dan picky eater!
Melatih anak minum menggunakan cawan.
Saya telah memohon kebenaran daripada ibu kepada Aariz, anak Autism ini untuk display video ini kepada umum dengan tujuan memberi pendedahan kpd ibu bapa di luar sana tentang betapa pentingnya untuk menggalakkan anak anda minum pakai cawan.
Terima kasih kpd ibunya Puan Syahida Idris kerana memberi kebenaran.
Lately ni saya lihat terlalu banyak kes “picky eater”. Anak susah makan,memilih makan… banyak! Ini adalah symptom awal Gustatory Sensory Processing Disorder. Tapi saya tak nak ulas pasal perkara ini. Saya nak spesifikkan skopnya iaitu nak fokuskan kpd bagaimana nak membantu anak minum pakai cawan.
Penting sebab dlm sesetengah kes anak yang “picky eater” ini, mereka kebanyakannya masih menyusu botol. Minum air pakai straw. Minum air pun memilih. Nak air sekian sekian tapi tak nak air masak. Bila bagi cawan,anak bukan buat action minum (slurping dan meneguk) sebaliknya anak gigit hujung cawan.
Ada yg masih bagi anak hisap puting lagi walaupun anak sudah 5 tahun. Alahai… Ada yg beranggapan anak2 ni kena sentiasa minum pakai botol susu sahaja,nanti esok umurnya sudah 6 tahun barulah boleh pakai cawan. Aduhai…
Boleh lihat teknik yg saya gunakan seperti di dalam video.
Aariz anak Autism… so memang Aariz ada masalah Gustatory Sensory Processing Disorder ni. Jangan pertikaikan keadaan Aariz. Tapi yg saya nak ajar adalah utk ibu bapa yang ada anak tipikal tapi mempunyai masalah picky eater dan anything yg related dengan Gustatory SPD.
Rawatan tetap sama. Aariz yg Autism pun bagus dah boleh cooperate dengan saya. Dah cuba2 utk meneguk air dari dalam cawan walaupun tak lama. Anak anda bagaimana?
Kita mulakan dengan sudu utk mendapatkan target slurping itu. Gunakan sudu yg tak melengkuk ke dalam ya… kalau boleh jangan tegukkan sudu,biar anak slurp sendiri. Lepas tu bila anak dah pandai sikit,cuba bagi teguk air dari cawan.
Sumber: Liyana Raya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Penatnya Ya Ampun, anak asyik nak berdukung je. Bila letak terus menangis. Pernah tak anda mengalami situasi ini? kadang-kadang penat dengan sikap anak yang tak boleh nak berpisah langsung.
ANAK SAYA 24 JAM NAK BERDUKUNG
Baru-baru ini ramai mak ayah yang bertanya macam mana nak mengatasi masalah anak yang suka berdukung setiap masa, dan akan menangis setiap kali letak bawah. Adakah nak biar sahaja anak menangis atau ikut kehendak anak?
1. Keperluan Sensori
Pertama, kena faham kenapa bayi suka kena dukung. Ok macam ini, bayi secara fitrahnya memang suka kena dukung. Sebabnya apabila didukung, secara tak langsung dia akan dipeluk, terasa dibuai dan didodoi seperti duduk di dalam rahim ibu lagi. Perkara ini saya suka kaitkan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger), ada 3 core sensory yang menjadi asas dalam pyramid ini iaitu
Sejak dari lahir, bayi memerlukan semua deria ini dalam proses perkembangan otak yang sihat. Ramai mak ayah ingat keperluan bayi hanya minum susu, cukup tidur dan tak sakit perut sahaja. Sebenarnya peluk bayi atau dukup bayi juga salah satu keperluan bayi.
Disebabkan inilah bayi nampak lebih bahagia apabila kerap dibelai (deria sentuhan), dipeluk (deria sendi) dan didukung (deria keseimbangan). 3 deria penting ini memang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi. Setiap bayi berbeza keperluannya.
Maka, jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Tugas kita ialah memenuhi semua keperluan deria ini dan caranya bukan hanya dengan berdukung. Ada banyak cara utk memenuhi keperluan sensori bayi, tak perlu beli apa-apa pun cuma pakai apa yang ada sahaja. Contohnya:
Tactile (Deria sentuhan)
1. Pakaikan losyen pada bayi sambil belai-belai seluruh badan bayi.
2. Sambil minum susu digalakkan usap-usap kepala anak sekali.
3. Baringkan bayi dekat atas baju yang belum lipat, lagi banyak jenis material kain lagi bagus.
4. Beri bayi gengam jari kita.
5. Usap tangan dan jari jemari bayi.
6. Beri bayi main dengan pelbagai jenis tekstur dan bentuk.
Vestibular (Deria keseimbangan)
1. Letak dalam buaian ataupun bouncer semasa bayi sedar. (Penerangan dalam post lain)
Proprioception (Deria sendi/ Joint sense)
1. Urut lepas mandi, sangat penting and tolong jangan skip untuk bayi yang baru lahir.
2. Pakaikan bedung untuk bayi yang baru lahir. (Nanti saya cuba post tentang amalan nenek moyang kita dan sensori bayi, panjang sangat penjelasannya)
3. Selalu buat “tummy time” seawal baru lahir.
4. Peluk bayi.
Cara diatas ini boleh dilakukan untuk bayi baru lahir untuk memenuhi keperluan sensori mereka.
2. Separation Anxiety
Kedua, kenapa bayi suka berdukung adalah disebabkan Separation Anxiety (resah bila berpisah). Ini adalah normal dalam proses perkembangan emosi bayi. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa macam kita akan hilang selamanya. Sebab itulah, bila kita letak ke bawah bayi risau kita “hilang”.
Biasanya akan bermula bila bayi dah kenal orang sekeliling, lagi teruk bila pergi rumah orang taknak lepas nak melekat sahaja. Biasanya bermula seawal 6-7 bulan dan waktu genting sekitar 10-18 bulan dan mungkin akan berterusan sampai umur 2 tahun. Jangan risau, ini semua akan hilang ikut masa. Kena ingat setiap bayi berbeza. Enjoylah masa anak nak berkepit dengan kita, tanamkan dalam fikiran yang kita nombor satu dalam carta hati 😅
Tapi, berdukung/melekat 24 jam ini mungkin akan timbul masalah lain sekiranya bayi kurang “tummy time”, meniarap atau merangkak. Jadi mak ayah kena jugak buat sesuatu, supaya bayi belajar yang kita tak “hilang” pun. Caranya
1. Ajar konsep “bye- bye”.
Bila kita ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi toilet/dapur ni”. Kalau baru-baru memang dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap je main cak-cak dengan dia 🤣. Bila dah selalu buat, dia dah faham konsep “bye” baru boleh pergi lama sikit.
2. Kena selalu bercakap dengan bayi walaupun dia tak faham.
Bagitahu nak pergi toilet, nak pergi makan nak kemana-mana kena report bigboss. Nanti lama-lama dia faham, makan dekat dapur, toilet dekat mana dan sebagainya.
3. Kalau pergi mana-mana, bawa mainan yang dia biasa main untuk dia rasa selamat macam rumah. Boleh kurangkan ini bila anak dah boleh sesuaikan diri dengan tempat baru.
4. Kalau punca berdukung sebab bosan, bagi dia pegang apa-apa barang baru yang selamat. Contoh ke dapur, bagi main senduk, tupperware, bekas bekas yang selamat untuk alihkan perasaan nak berdukung.
5. Untuk yang dah pandai merangkak atau berjalan, selalu main kejar kejar dengan dia. Bila dia datang dekat nak dukung, kita lari sambil gelak-gelak 💃
6. Cara terakhir, kalau bayi minta dukung tapi kita cakap ada kerja nak buat. Biarkan dia menangis. Jangan pandang langsung, muka senyum relaks je. Lepas dah siap kerja, cakap “ok dah siap” sambil pandang anak. Masa ini baru boleh pergi ke anak. Semakin lama, boleh cuba makin jarakkan masa pergi pada anak. Lama-lama anak akan percaya yang kita tak abaikan pun dia, cuma ada kerja sekejap.
Yang penting dalam semua diatas adalah emosi kita masa menangani masalah anak nak berdukung. Kena relaks, muka pun tak boleh berkerut kena senyum sahaja masa letak dekat bawah. Jangan ada sikit pun rasa bersalah sebab bayi boleh kesan emosi dan reaksi
kita berkerut yang kelam kabut itu 😁
Selamat mencuba! 👶
Terima kasih, silakan share sekiranya bermanfaat untuk diri dan orang lain. 🌷
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
Beyond Home Therapy
Saat Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan tahun lalu, ibaratnya satu kegembiraan buat seluruh rakyat Malaysia yang lama menantikan berita gembira tersebut.
Apa tidaknya selama 11 tahun berkahwin dan beberapa kali menjalani rawatan kesuburan, akhirnya Allah SWT memberikan rezeki kepada Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Namun sedar tak sedar, cahaya mata pertama yang dinamakan sebagai Siti Aafiyah itu sudah mencecah usia setahun satu bulan dan terasa sekejap sahaja masa berlalu.
Dengan keletah comelnya dan semakin banyak akal sekarang, nampaknya Siti juga tak sabar nak lihat perkembangan Aaafiyah dari semasa ke semasa.
Terbaru dia juga berkongsi apakah selepas ini Aafiyah akan mencari mangsa untuk digigit memandangkan 4 batang gigi atas nak tumbuh.
Menerusi perkongsian Siti, netizen juga mengakui masa berlalu begitu pantas sehingga tidak sedar puteri sulung itu semakin membesar.
Namun rata-rata memuji kecomelan wajah dan ramai mula menyamakan muka Aafiyah iras Datuk Siti dan membuatkan ramai peminat ibunya geram terhadap Aafiyah.
Geram Tengok Aafiyah, Cantik Sempurna
Sumber: ig ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!