Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kini kritikal akibat kandungan methampethamine dalam badan dipercayai mengambil bahan larangan itu sebaik menemuinya di dalam kenderaan milik suspek.

ARTIKEL BERKAITAN [“Hanya Nak Anak Sedar..” Budak Positif Dadah Makin Lemah, Terpaksa Ditidurkan]

Kemungkinan mangsa terambil lebihan dadah

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati mangsa berkemungkinan besar ditinggalkan oleh suspek berusia 30 tahun dalam kereta Proton Saga dinaiki mereka selepas mendapatkan bekalan dadah itu.

“Kita percaya suspek mengambil bekalan dadah dengan membawa mangsa bersama dalam kenderaannya dan siasatan awal menunjukkan ada kemungkinan mangsa ditinggalkan dalam kereta dan ada lebihan dadah di dalamnya.

“Sehubungan itu, kami merampas kenderaan terbabit untuk dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut,” katanya.

“Mangsa Mungkin ‘Ambil’ Lebihan Dadah Dalam Kereta Ketika Ditinggalkan.” – Polis

Pernah beberapa kali bawa keluar

IKLAN

Muhamad Zaki berkata, berdasarkan maklumat awal, suspek yang mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa sudah beberapa kali membawa keluar kanak-kanak itu, namun tidak dapat dipastikan lokasinya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan sembilan individu berusia 19 hingga 40 tahun dalam serbuan berasingan beberapa ‘port’ dadah sekitar Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, Kelantan.

“Seramai sembilan individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas yang dilakukan di sekitar kampung berkenaan dan saya juga mengarahkan agar siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Mula beri respons bila panggil nama

IKLAN

Sementara itu, ibu mangsa berusia 36 tahun berkata, keadaan anaknya menunjukkan petanda baik kerana memberi respons apabila namanya dipanggil walaupun dalam keadaan ditidurkan.

“Walaupun belum lagi sedarkan diri, sudah ada sedikit pergerakan sebaik namanya dipanggil dan itu cukup melegakan saya.

“Harapan saya agar anak dapat diselamatkan dan keadaan saya yang menghidap kanser payudara tahap lima begini, sangat sukar untuk menguruskan keadaan sebegini,” katanya.

“Mangsa Mungkin ‘Ambil’ Lebihan Dadah Dalam Kereta Ketika Ditinggalkan.” – Polis
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (kanan) menemui ibu mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). – Kredit: Berita Harian

Sebelum ini, media melaporkan mangsa berada dalam keadaan kritikal selepas dikesan terdapat dadah jenis methampethamine dalam badannya.

Susulan itu, seorang buruh ditahan pada malam kelmarin untuk membantu siasatan.

IKLAN

Suspek yang memiliki tiga rekod lampau bersabit kes dadah direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 26 Jun ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kredit: Metro

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

“Mangsa Mungkin ‘Ambil’ Lebihan Dadah Dalam Kereta Ketika Ditinggalkan.” – PolisUntuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI