Perasan tak, kita selalu cakap anak perempuan tu anak ayah? Biasanya memang anak perempuan akan lebih rapat dengan si ayah. Anak lelaki pula lebih ‘kamceng’ dengan ibu. Tapi, kenapa agaknya boleh jadi macam tu ya?
Anak perempuan yang selalu dimanjakan oleh ayahnya akan membesar menjadi seorang yang bijak dan penyayang.
Layanan yang baik terhadap anak perempuan bukanlah tanda ayahnya tidak sayangkan anak lelaki, tetapi itulah lumrahnya. Ayah lebih bersifat pelindung terhadap anak perempuannya kerana mereka percaya anak lelaki lebih kuat dan pandai berdikari.
Mengikut kajian yang disiarkan dalam Behavioral Neuroscience, seorang ayah terbukti lebih prihatin dan peka terhadap keperluan anak perempuan berbanding anak lelaki yang sama usia.
Kajian tersebut dijalankan melalui kaedah imbasan otak dan rakaman interaksi seharian sekumpulan ayah dan mendapati mereka akan menyanyi dan bercakap lebih terbuka tentang emosi kepada anak perempuan mereka berbanding pada anak lelaki. Adakah kerana anak perempuan lebih sensitif dan bersikap manja?
Bukan! Kajian mendedahkan kemesraan dan keprihatinan yang diberi oleh ayah tersebut bukan hanya disebabkan oleh anak perempuan yang lebih sensitif bahkan apa yang mereka katakan pada anak perempuan berbanding anak lelaki juga berbeza.
Ayah biasanya akan lebih cenderung memberi fokus pada pencapaian dan permainan fizikal seperti berlawan, bertumbuk dan sebagainya jika berinteraksi dengan anak lelaki. Perkataan yang biasa disebut oleh ayah kepada anak lelaki juga berunsur kejayaan seperti “menang”, “bangga”, “bagus sekali”.
Tetapi untuk anak perempuan, ayah lebih banyak menggunakan perkataan yang terperinci seperti “semua”, “banyak”dan bersifat kreatif melayan mereka. Penulis kajian menyatakan penggunaan bahasa tersebut akan mempunyai kaitan dengan pencapaian pendidikan dan akademik di masa hadapan.
Ads
Mengapa layanan berbeza mengikut jantina anak?
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji peranan seorang bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Namun kajian tidak berjaya menentukan mengapa layanan berbeza itu berlaku.
Adakah otak ibu bapa telah diikat untuk melayan anak-anak mereka secara berbeza atau ia sekadar interaksi berdasarkan norma sosial yang asas iaitu anak perempuan lebih bersikap manja dan perlukan lebih perhatian dan perlindungan?
Menurut Jennifer Mascaro, ketua penyelidik dari Universiti Emory, sekiranya anak perempuan menangis, si ayah akan segera menyahut dan pantas berlari ke arah anak perempuannya, berbanding ke arah anak lelaki.
Walaupun kajian tidak membuktikan sebarang kesan buruk akibat perhatian lebih yang diberikan oleh ayah terhadap anak perempuannya, tetapi ada sesuatu perkara yang boleh memberi kesan pada tumbesaran anak perempuan.
Misalnya seorang ayah dalam komunikasi harian dengan si anak, menggunakan bahasa yang merujuk bahagian badan anak perempuan dengan istilah manja seperti “buncit” atau “gendut” dengan lebih kerap berbanding pada anak lelaki.
Ads
Kajian telah membuktikan yang pemilihan perkataan ini memberi kesan pada emosi anak perempuan berbanding pada anak lelaki apabila mereka membesar.
Anak perempuan akan rasa tidak puas hati tentang badan mereka dan mungkin juga mudah rasa rendah diri.
Memang tak salah jika seorang ayah lebih memanjakan anak perempuan berbanding anak lelakinya. Sudah terbukti memang seorang ayah akan lebih memberi sepenuh perhatian dan gemar memanjakan anak perempuan berbanding anak lelaki.
Tetapi, janganlah terlampau berat sebelah. Apa kata anda layan mereka secara sama rata. Mungkin beberapa cara ini boleh dicuba pada anak perempuan dan anak lelaki anda juga
Ads
1. Jangan takut untuk menjadi lasak. Kajian menunjukkan bermain bersama anak-anak – lelaki dan perempuan di atas lantai dan secara fizikal (tetapi selamat) boleh membantu mengawal emosi mereka.
2. Pemilihan perkataan penting. Jika apa yang anda cakap boleh memberi kesan pada akademik dan pencapaian fizikal kepada imej tubuh badan, gunakan ayat pujian dan perhatian yang sama pada kedua anak lelaki dan perempuan.
3. Beri perhatian yang sama. Sebenarnya perbualan berkaitan hal emosi juga boleh dilakukan dengan anak lelaki. Kanak-kanak yang terdedah dengan keperluan emosi yang cukup akan membesar dengan lebih empati bila mereka besar nanti.
Sebenarnya seorang ayah sayang akan anak-anaknya sama rata tanpa ada perbezaan mengikut jantina. Tetapi cara ayah memanjakan anak lelaki dan melayan mereka perlu berbeza dengan anak perempuan kerana mahu mendidik anak lelaki sebagai ketua dalam semua hal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila hidung anak berdarah ibu mulalah panik semacam. Salah satu cara yang wajib ibu lakukan pastinya mendongakkan kepala anak ke atas, dengan alasan dapat mengurangkan darah keluar. Sebenarnya hal ini salah sama sekali.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, Doktor telinga, hidung dan tekak, ada cara yang lebih wajar ibu ayah lakukan. Paling penting elakkan dongakkan kepala anak. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau. Mama papa sila take note ya!
Ini 4 tip berguna untuk ibu bapa dan guru-guru yang ada masalah anak dan murid yang kerap alami hidung berdarah.
1. Cuba kenal pasti apa punca masalah berlaku. Hidung akan mengalami pendarahan mesti ada punca. Di usia kanak-kanak ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Paling biasa ditemui jika alahan hidung yang tidak terkawal. Dah tahu punca, mudah untuk merawat.
2. Sejarah keluarga. Ini pun penting. Biasanya, apabila ibu ayah dan keluarga ada masalah sesuatu penyakit, anak-anak juga berisiko untuk alami masalah sama. Ia termasuk masalah berkaitan sistem darah atau juga masalah resdung.
3. Perlu tahu langkah kecemasan apabila pendarahan berlaku. Saya selalu pesan amalkan langkah ini.
– Pastikan posisi anak dalam keadaan duduk. – Tundukkan kepala anak sedikit ke bawah. Jangan dongak ke atas. – Compress bahagian luar hidung. Lakukan berterusan kira-kira 20 minit. – Letak ais di bahagian dahi anak. – Ulang langkah di atas jika masih belum berhenti sepenuhnya. – Bawa anak ke hospital sekiranya masih mengalir tanpa ada tanda-tanda berhenti.
4. Tahu langkah pencegahan. Elakkan sebarang suplemen atau produk yang tidak tahu isi kandungannya. Lebih bahaya jika tiada kelulusan KKM. Produk dan ubatan ini ada yang boleh menyebabkan masalah pendarahan. Hati-hati.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebimbangan di kalangan ibu bapa di Malaysia terhadap ketelusan sumber makanan akhirnya terjawab. Friso Gold® melancarkan inovasi pembungkusan pintar pertama di Malaysia bagi menyelesaikan kerisauan ibu bapa dalam pemilihan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak .
Sumber: Friso Gold®
Friso Gold® TrackEasy membolehkan ibu bapa mengesan perjalanan lengkap Frisomum Gold® dan Friso Gold® daripada sumber asal dari ladang milik kami di Netherlands hingga pengumpulan susu, pembungkusan, pemeriksaan kualiti akhir, tarikh kelulusan eksport dan tarikh tiba di Malaysia
Ibu bapa hanya perlu mengimbas kod QR di bawah tin 900 gram (g) untuk menjejak perjalanan lengkap susu dari sumbernya di negara Netherlands.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Home Tester Club antara 3/3/20 dan 15/4/20, di mana 270 ahli telah menerima dan mencuba Friso Gold® TrackEasy, 98% bersetuju bahawa TrackEasy Friso Gold® memberi mereka keyakinan untuk mengguna dan mencadangkan jenama ini.
Sumber: Friso Gold®
Menurut maklum balas daripada ibu-ibu di Malaysia yang menggunakan Friso Gold® TrackEasy, rata-rata lebih yakin dengan kualiti produk setelah mendapat maklumat penuh mengenai proses penghasilan susu.
Sarah, Ibu kepada anak berusia 3 tahun
Ketika saya mengimbas Kod QR Friso Gold® TrackEasy, saya menyukainya. Saya dan anak perempuan saya seronok melihat proses pembuatan Friso Gold® bersama-sama. Kami tidak ragu-ragu lagi.
Wan Shaziani, Ibu kepada anak berusia 2 tahun
Bila saya imbaskan kod QR Friso Gold® TrackEasy saya dapat mengetahui cara dan perjalanan susu Friso Gold® sehingga sampai kepada pengguna. Saya jadi lebih yakin tentang produk kualiti yang dijanjikan Friso Gold®.
Nurul Shazila, Ibu kepada anak berusia 3 tahun
Semasa saya mengimbas Kod QR Friso Gold® TrackEasy, saya melihat langkah demi langkah bagaimana mereka menghasilkan dan memproses susu berkhasiat serta berkualiti! Friso Gold® diimport sepenuhnya dari ladang tenusu mereka sendiri di Belanda. Susu dibungkus dengan baik dengan penutup pelindung dan panduan sudu yang tepat.
Ia sangat membantu saya untuk membuat segelas susu yang sempurna setiap masa. Tidak hairanlah anak saya sangat menyukainya!
Friso Gold TrackEasy juga mendapat perhatian daripada Pakar tempatan, Dr Alexander Chan, Pakar Pediatrik dari Putra Specialist Hospital Kajang.
Beliau berkata, “Kod QR memudahkan saya untuk memeriksa sendiri dari mana susu itu berasal, bila susu dihantar ke kilang, bila produk dihasilkan dan ketika pemeriksaan jaminan mutu dilakukan; dari rumput ke gelas, ia memberikan saya keyakinan sebagai ibu bapa dan juga sebagai doktor untuk memilih produk ini. ”
Bagi ibu-ibu Malaysia yang mempunyai anak berusia 1-6 tahun, akaun media sosial serta suka berkongsi gambar dan video, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pencarian 50 Friso Gold® Mombassadors di mana 50 ibu yang terpilih masing-masing akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan produk Friso Gold® bernilai sehingga RM450.
Hanya perlu ikut 4 langkah mudah ini:
Sumber : Friso Gold®
LANGKAH 1: Beli produk Friso Gold® dengan TrackEasy dari Friso Gold® Official stores di Shopee, Lazada atau kedai-kedai tersenarai di SINI.
LANGKAH 2: Imbas kod QR Friso Gold® dan poskan foto atau video berserta kapsyen pengalaman anda menggunakan TrackEasy serta mengapa anda mengesyorkan kepada ibu bapa lain.
LANGKAH 3: Sertakan dengan tanda pagar #FrisoGoldMombassador dan #FrisoGoldTrackEasy. Jangan lupa tag @frisogoldmy di post anda.
LANGKAH 4: Pastikan post anda berada dalam mod PUBLIC. Untuk maklumat lanjut tentang Mombassador, dapat tahu di sini. Dapatkan sampel percuma sekarang di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga anak bukan hanya tanggungjawab isteri malah sebenarnya menjadi tanggungjawab bersama suami dan isteri. Namun ada sesetengah pasangan meletakkan tugas menjaga anak di bahu isteri semata-mata.
Semuanya tentang anak, isteri uruskan. Dari mula lahir, sampailah anak tu dah besar panjang, semua hal terletak atas bahu isteri. Kemudian, tiba-tiba pula si suami cakap,
“Hahhh! Itulah anak tu ikut je perangai awak.”
Isteri sudah penat-penat buat sendirian, yang suami nampak perangai anak jadi kurang cerdik, nakal, memberontak dan macam kurang kasih sayang.
Terus ditudingnya jari ke isterinya sahaja.
Anak cucu dan para suami di luar sana,
Kena ingat satu hal ini. Satu jari yang kamu tuding ke isteri, ada 4 jari menuju ke arah kamu.
Maka, para suami yang bergelar bapa, kena muhasabah diri. Kena ingat bahawa anak itu tanggungjawab bersama. Jangan biar isteri urus seorang diri.
Sebenarnya, peranan ayah itu sama besar dengan seorang ibu. Dan dalam pengurusan anak perlu bergilir-gilir.
Kena selalu tukar pampers anak. Kena selalu mandikan anak. Kena selalu didik anak mengaji. Kena selalu bantu anak siapkan kerja sekolah.
Dan banyak lagi.
Semuanya kena buat silih berganti dan juga bersama-sama isteri. Anak akan lebih cemerlang, hebat sahsiah dan jati dirinya jika kedua-dua ibu bapanya ambil perhatian sepenuhnya padanya.
Memang benar, para suami sibuk cari rezeki. Dengan penat keluar bekerja dan balik pula ada yang sampai lewat malam.
Cuma kita perlu ingat, dari segi fizikal, Allah kurniakan kita para lelaki ini kekuatannya berganda. Maka gunakan baki tenaga itu juga untuk bantu isteri dan tetap fokus membesarkan anak.
Serapat mana ibu dan anak-anak, tetap juga mereka inginkan sentuhan dan didikan teristimewa dari insan yang mereka gelarkan ayah.
Moga pesan ini sampai kepada mereka yang bergelar ketua keluarga.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.