Marah ketika anak menangis dan mengamuk bukan penyelesaian terbaik. Mungkin anak akan senyap tapi boleh menjejaskan emosi anak.
Anak makin besar, perangainya kadang kala cukup menguji kesabaran ibu bapa. Macam-macam perasaan akan muncul apabila anak dah mula buat perangainya.
Nak cubit, nak marah, nak pukul semua ada dalam waktu itu. Disebabkan ini ada ibu bapa yang tak dapat menahan sabar sehingga anak jadi mangsa keadaan.
Paling menguji kesabaran ibu bapa apabila anak mula mengamuk apabila tidak dapat apa yang dimahukannya.
Antara perkara yang boleh dibuat untuk meredakan anak yang sedang mengamuk adalah:
– Peluk anak dari arah belakang.
Ads
– Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
– Bacakan Surah Toha ayat 1- hingga 5 pastu tiupkan di ubun-ubun anak
– Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
– Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
Ads
Benar, kadang-kadang dalam keadaan kita marah kepada anak, mungkin tidak disedari keluar perkataan-perkataan yang buruk seperti, “Ya Allah, nakalnya anak aku ni!” atau banyak lagi perkataan-perkataan lain yang mungkin kita tidak sedar kerana berada dalam keadaan marah.
Doa ibu bapa kepada anaknya termasuk dalam kategori doa yang amat mustajab.
Ketika kita mengeluh berkenaan dengan nakalnya anak kita, renungkan diri kita kembali. Apakah kita pernah mendoakan kebaikan untuknya?
Apakah kita selalu mendoakan anak kita termasuk dalam generasi mereka yang menunaikan solat?
Ads
Apakah kita selalu mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh?
Apakah ketika kita marah, kita mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya untuk anak kita? Banyak yang perlu dimuhasabah.
Jangan hanya berdoa sekali atau dua kali, terus kita mengharapkan anak kita akan berubah. Perlu lebih jujur dan istiqamah dalam berdoa jika kita benar-benar sayangkan anak-anak kita.
Sama-samalah kita mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak. Jangan sesekali meremehkan kuasa doa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan Nurul Nisa Md Nazir, murid Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakyat, membuktikan bahawa dengan usaha dan sokongan, apa sahaja boleh dicapai. Baru-baru ini, Nurul Nisa mencipta sejarah apabila berjaya muncul sebagai juara dalam Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025, yang berlangsung di Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Hj Mohd Said, Seremban 2.
Guru Besar SK Taman Rakyat, Mazida Arshad, berkata bahawa kejayaan Nurul Nisa adalah hasil daripada latihan yang berterusan dan semangat yang tidak kenal putus asa. Nurul Nisa, yang bertanding dalam kategori 12 tahun perempuan, menampilkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan, menewaskan semua lawannya di peringkat kumpulan sebelum mara ke final dan berjaya menewaskan wakil dari Selangor. Kejayaan ini bukan hanya mengharumkan nama sekolah, tetapi juga menaikkan nama negeri Kedah di peringkat kebangsaan.
Mazida turut mengungkapkan bahawa kejayaan Nurul Nisa menjadi inspirasi kepada murid lain di SK Taman Rakyat untuk aktif dalam aktiviti kokurikulum, terutamanya sukan. “Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan imej SK Taman Rakyat sebagai sekolah yang aktif dalam bidang sukan, terutamanya skuasy, malah menjadi contoh kepada murid lain untuk turut serta dalam aktiviti kokurikulum,” katanya.
Pihak sekolah berharap Nurul Nisa akan terus menyinar di masa hadapan dan terus menyertai lebih banyak kejohanan di peringkat yang lebih tinggi, termasuk mewakili negeri dan negara suatu hari nanti.
Keputusan Nurul Nisa untuk merangkul gelaran juara memberi pengiktirafan yang tinggi kepada SK Taman Rakyat, bukan sahaja di peringkat sekolah, tetapi juga kepada negeri Kedah. Kejohanan MSSM 2025 ini mengumpulkan pemain skuasy terbaik dari seluruh negara dan melibatkan 14 kontingen negeri. Dalam kategori 12 tahun perempuan, seramai 28 pemain muda berbakat dari seluruh Malaysia bersaing untuk merebut gelaran juara, dan Nurul Nisa berjaya menonjol di antara mereka.
Mazida juga menekankan bahawa kejayaan ini adalah hasil daripada latihan yang berterusan, semangat tinggi, dan sokongan penuh daripada jurulatih, keluarga, serta pihak sekolah. Sokongan ini amat penting dalam memastikan seorang atlet muda dapat mencapai potensi terbaik mereka.
“Keberhasilan ini bukan hanya mengharumkan nama Nurul Nisa, tetapi juga membawa kebanggaan kepada keluarga dan sekolah. Ia membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai jika kita mempunyai sokongan yang kuat di sekeliling kita,” ujar Mazida.
Kisah kejayaan Nurul Nisa juga memberi pengajaran penting kepada ibu bapa. Dalam dunia pendidikan hari ini, Sebagai ibu bapa kita perlu ingat bahawa pendidikan tidak hanya terhad kepada buku dan peperiksaan, tetapi juga melibatkan pembelajaran di luar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum, seperti sukan, seni, dan muzik, memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian dan kemahiran hidup anak-anak. Kejayaan Nurul Nisa adalah contoh nyata bagaimana sokongan keluarga dan sekolah dapat membantu anak-anak mencapai kejayaan di luar jangkaan.
Sokongan ibu bapa kepada anak-anak dalam mengejar impian amat dipandang mulia. Kejayaan dalam sukan, seperti yang ditunjukkan oleh Nurul Nisa, bukan sahaja membawa pulang kemenangan peribadi tetapi juga meningkatkan keyakinan diri dan memberi inspirasi kepada orang lain.
Pihak sekolah berharap kejayaan ini hanyalah permulaan untuk Nurul Nisa. Dengan semangat yang tinggi dan sokongan yang berterusan, tidak mustahil bagi beliau untuk terus menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa dan mewakili negara suatu hari nanti.
Nurul Nisa telah membuktikan bahawa walaupun bersekolah rendah, seseorang itu tetap mampu bersaing di pentas kebangsaan, sekaligus membawa nama baik sekolah dan negeri. Kejayaan ini adalah contoh kepada semua ibu bapa dan anak-anak bahawa dengan usaha, latihan yang gigih, dan sokongan yang betul, tiada impian yang terlalu besar untuk dicapai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak gayat bila tempat tinggi, tak duduk diam, mak ayah kena peka ini, jangan abai. Rangsang deria vestibular untuk perkembangan emosi, sosial, dan komunikasi anak. Anak-anak bawah 5 tahun perlu mahir menggunakan deria badan sebelum menguasai asas pra-akademik seperti membaca, menulis, dan mengira.
Baru-baru ini, melalui salah satu hantaran yang dikongsikan oleh pelakon Zahirah MacWilson dilaman Instagramnya, memaparkan anak pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim iaitu Isaac Raees yang takut untuk panjat ketika berada di taman permainan. Namun reaksi wajahnya berubah apabila dia didukung oleh ayahnya itu.
Deria badan dapat dirangsang melalui bermain. Bermain adalah pekerjaan setiap anak dan fitrah mereka. Mereka belajar melalui bermain. Jadi, anak yang bijak bermain akan dapat menguasai banyak kemahiran seperti kemahiran sosial dan komunikasi, kemahiran motor halus dan motor kasar, kemahiran mengurus diri, serta merangsang perkembangan emosi yang sihat.
Apa Itu Deria Vestibular?
Deria vestibular adalah deria keseimbangan dan pergerakan. Penting untuk mak ayah merangsang deria ini, terutamanya untuk anak bawah 5 tahun. Deria vestibular membantu kita untuk memanjat, berlari, naik basikal, melompat, meniti jambatan, dan semua aktiviti yang melibatkan pergerakan dan keseimbangan badan tanpa jatuh.
Kesannya Jika Deria Vestibular Tidak Dirangsang
Anak-anak yang tidak mendapat rangsangan yang secukupnya berkemungkinan mengalami Sensory Processing Disorder (SPD). SPD berlaku disebabkan otak tidak dapat memproses input yang diterima deria. Input yang sampai ke otak mungkin diproses secara berlebihan (hypersensitive) atau tidak sampai (hyposensitive).
Ramai anak-anak seperti autisme, ADHD, ADD, sindrom down, dan lain-lain mempunyai isu sensori ini. Namun, kanak-kanak tipikal juga tidak terkecuali, terutama pada zaman di mana anak-anak terlebih “screening time”.
Contoh Masalah SPD yang Melibatkan Deria Vestibular
Kategori Pertama: Hypersensitive
*Tak boleh duduk diam. Contohnya, bila dipaksa duduk, anak akan menggoncang kaki.
*Suka buat aktiviti yang laju dan bahaya seperti naik buaian dengan laju.
*Suka goyang badan sepanjang masa (body rocking).
*Suka melompat pada perabot seperti katil dan sofa, trampoline, suka berputar pada kerusi berpusing, dan lain-lain perlakuan aktif.
Kategori Kedua: Hyposensitive
*Tak suka main buaian, gelongsor, dan lain-lain mainan.
*Gayat bila turun tangga atau berjalan atas permukaan yang tak rata.
*Senang mabuk dalam kenderaan yang bergerak.
*Sangat pasif dan kurang aktif.
*Gayat atau takut bila kaki tak cecah lantai atau tanah, contohnya masa main buaian.
Aktiviti untuk Merangsang Deria Vestibular
Trampoline dan Gym Ball: Sediakan peralatan seperti trampoline atau gym ball di rumah supaya anak boleh melompat dan bouncing.
Playground: Kerapkan bawa anak ke taman permainan untuk memanjat, naik buaian, dan naik gelongsor.
Ruang Vestibular di Rumah: Sediakan satu ruang khas dengan gym ball, trampoline, dan monkey bar.
Naik Basikal: Aktiviti yang melibatkan pergerakan dan keseimbangan.
Kerusi Goyang: Duduk atas kerusi goyang (rocking chair).
Kerusi Berpusing: Berpusing atas swivel chair.
Berenang: Aktiviti ini sangat bagus kerana ia merangsang deria lain seperti proprioseptif, tactile (sentuhan), dan perkembangan motor kasar anak.
Aktiviti-aktiviti ini sangat bagus sebagai pemanasan sebelum mengajar anak membaca, menulis, dan mengira. Dengan merangsang deria vestibular, anak-anak akan lebih bersedia untuk menguasai kemahiran pra-akademik dengan lebih baik.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ilmu memasak seharusnya diperlu diterapkan kepada anak-anak sejak kecil agar anak mahir untuk berada di dapur. Baik anak perempuan mahupun anak lelaki, kesemuanya harus dibiasakan sejak kecil lagi.
Bagi superdaddy, Khairul Abdullah, menyedari akan kelebihan memasak ini untuk anak-anaknya, sejak awal-awal lagi kemahiran memasak sudah dipraktikkan kepada anak-anaknya.
Biar anak berdikari dan tahu selok belok di dapur malah mahir memasak sepertinya yang menyediakan hidangan berkhasiat untuk anaknya setiap hari. Ini yang dikongsikan oleh beliau di facebooknya malah seharusnya dicontohi oleh kita semua.
Sebagai seorang lelaki yang mahir memasak, semestinya aku nak anak-anak turut mahir atau sekurang-kurangnya boleh memasak. Benda ni kena pupuk, tak kiralah anak lelaki ke perempuan.
Salah satu cara adalah dengan bagi depa main masak-masak. Ini untuk tarik minat dan bagi depa full experience mengunakan alatan memasak.
Nak bagi yang real tu setakat memasak yang simple dan guna alatan yang simple dan tak tajam dan merbahaya tu of course kita benarkan. Tapi kalau dah nak kena potong bagai tu seram jugak kan.
Aku bacalah, kelebihan memasak dengan anak-anak atau bermain masak-masak dengan anak-anak bukan setakat bagi depa suka dan pandai masak, its more than that.
1. Meningkatknan kemahiran hidup. Anak yang suka memasak dan boleh memasak, campak kat mana pun dia tak kebulur nanti.
2. Menjadikan anak tidak memilih makanan. Bila depa reti dan pandai masak, inshaAllah depa makan apa sahaja, tak jadi picky eater.
3. Meningkatkan kualiti kesihatan. Kajian menunjukkan orang yang makan di rumah (home cooked) adalah lebih sihat dan bahagia. Jadi kita nak anak-anak sihat.
4. Membangunkan fizikal anak. Pegang, potong, gunting, gelek, gulung, susun semuanya ni menjadikan fine motor skils anak-anak lebih bagus.
5. Kebijaksanaan. Anak-anak belajar berkomunikasi, belajar mengira, belajar sains melalui memasak ni. Kalau ada playkitchen ni depa belajar memasak, berjual-beli dan macam-macam kemahiran.
6. Membina hubungan yang baik. Anak-anak akan lebih bonding dengan mak-ayah, adik beradik, rakan-rakan. Depa akan belajar berkerjasama dan bertolak ansur.
Haaa, itu serba sedikit kebaikan bagi anak-anak memasak bersama kita dan jua main masak-masak sendiri atau bersama adik beradik dia yang lain.
Aku harap anak-anak aku ada basic skill memasak ni. Benda penting untuk survive ni. Bukan tentang masak apa yang sedap, tetapi tentang kebolehan mengolah barang asas kepada makanan. Contohnya kalau ada tepung sahaja, apa yang dia boleh masak dengan tepung tu. Apa sains di sebalik tepung, air, garam dan telur.
Once dia ada that skill, inshaAllah dia tak kebulur dan boleh hidup di mana-mana sahaja. Okeh, aku sekarang tengah berkira-kira nak beli playkitchen tu. Dah tengok dah di Shopee brand Mamakiddies, rega dia RM399. Sat nak pecah tabung.
Ehhh, ehhh, lagi satu. Memasak tak menjadikan anak lelaki kita lembut dah lemah gemalai macam sotong okeh.
Macam aku ni, kekal kacak dan macho jer pun. Dan, pandai masak sambal sotong.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!