Kita rasa anak kita masih kecil walhal anak kecil kita sudah memahami dan tahu emosi, rasa sedih dan sebagainya. Jadi janganlah menidakkan emosi anak. Elak sama sekali merendah-rendahkan anak.

Menurut kata Parenting Influencer, En Mohd Fhais Salim, ada beberapa perkara yang kita perlu elakkan dalam mendidik anak.

Marah Macam Mana Pun, Kawallah Emosi, Elak Anak Rasa Rendah Diri!

5 benda yang kita tak boleh buat pada anak!

Marah macam mana pun, jangan sesekali kita gagal kawal emosi

1 – Marah dia di depan orang lain.

Itu bukan marah nak mendidik tapi marah nak memalukan anak. Makin lama makin hilang hormat anak pada orang tua.

2 – Tengking anak walaupun dia salah.

Kita nak mengajar anak tentang adab tapi di mana adab kita ketika menegur.

Marah Macam Mana Pun, Kawallah Emosi, Elak Anak Rasa Rendah Diri!

3 – Tidak peduli bila anak panggil.

IKLAN

Tidak peduli atau stonewalling ini akan menjadi punca tingkahlaku anak semakin hari semakin teruk. Cara baik tak jalan, guna cara jahat asalkan dapat perhatian.

4 – Suruh diam bila dia tengah bermain.

Ribuan sel sel otak sedang bersambung masa bermain, sekali kena teriak DIAM terus jatuh berguguran sel otak tadi.

Marah Macam Mana Pun, Kawallah Emosi, Elak Anak Rasa Rendah Diri!

5 – Menafikan emosi dia.

Anak menangis sebab sedih dikatakan benyek. Anak jerit sebab marah dikatakan kurang ajar. Menafikan emosi hanya buat anak makin susah nak faham emosi diri.

Kasihan anak-anak kita.

IKLAN

Mereka tak ada orang lain dah, kita sahaja la yang diharapkan untuk membentuk dan melentur mereka.

Baik kita didik, maka baik la masa depan dia. Salah kita didik, maka lagi banyak la kesalahan yang akan dia buat kelak.

Wallahu A’lam,

~ Mohd Fhais Salim

Beli mainan anak di SINI.

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

IKLAN

Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

Marah Macam Mana Pun, Kawallah Emosi, Elak Anak Rasa Rendah Diri!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Marah Macam Mana Pun, Kawallah Emosi, Elak Anak Rasa Rendah Diri!

Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI