Apabila bayi menangis, kelam kabut ayah dan ibu mencari puncanya. “Baby lapar rasanya Mama. Bila last Ma menyusu?” tanya si ayah.
“Eh! Tak sampai sejam tadi. Belum sampai waktu menyusu lagi Pa. Basah agaknya.” Balas ibu resah sambil memeriksa lampin bayi.
“Tak penuh pun lampinnya. Angin agaknya perut dia.” Ayah lantas kelam kabut mencari minyak telon untuk disapu di perut bayi yang tangisannya semakin kuat.
Walau disapu dan diusap, tangisan bayi masih belum reda.
Ibu memeriksa suhu badan bayi, “Tak panas pun badannya Pa.
“Kenapa ya Pa?” Ibu semakin resah.
“Cuba kuatkan kipas angin dan bukakan tingkap. Abang rasa bilik ini agak ‘stuffy’. Mungkin sebab itu.” Tanpa berlengah ibu menuruti cadangan ayah. Apa saja sanggup dilakukan untuk menghentikan tangisan bayi dan mendamaikannya.
Ads
“Sama saja Pa. Tak berhenti jugak. Kenapa ni Pa? Jom kita bawa ke klinik. Risau saya.” Ibu sudah hampir mati akal. Ibu selalunya cepat tersentuh apabila anak menangis tidak berhenti. Iyalah, bukan senang hendak mengandung dan melahirkan. Jika tidak cepat bertindak, kalau berlaku apa-apa, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengubah apa-apa.
Tiba-tiba
“Eh! Ini semut merah ni. Mana datang semut? Bukankah syarikat kawalan serangga datang sembur baru-baru ini.” Ayah bingkas memeriksa ‘cot’ bayi.
“Ya Allah Ma, tengok ni. Ini bekas digigit semut. Patutlah dia menangis tidak berhenti. Sakit ni Ma. Kesian.” Ayah menunjukkan benjolan kecil pada kulit bayi akibat digigit seekor semut durjana itu.
“Cepat-cepat ambik krim yang Ma beli online tu dan sapukan. Mudah-mudahan melegakan.”
Setelah digosok, dituam, disusukan, dibelai, dibuai, dan didodoi, tangisan bayi pun reda. Bayi terus tertidur dalam dakapan ayah. Lega ayah. Lega ibu.
Begitulah respon kita kepada bayi. Setiap tangisan bayi adalah satu bentuk komunikasi yang harus kita rungkaikan kerana mereka belum boleh berkata-kata. Kita tidak melihat bayi sebagai manusia yang manipulatif, dan cuba menguji. Ibubapa yang peduli dan proaktif akan cuba untuk memahami dan mencari punca bagi mencari solusi masalah yang dihadapi oleh bayi.
Ads
Adakah kita mula berubah?
Sikap kita mula berubah apabila anak sudah boleh berjalan dan berkata-kata. Kita tidak lagi dengan sepenuh hati cuba untuk mencari punca. Kita jarang bertanya kenapakah anak saya begini? Kita terus bertanya apa yang harus saya lakukan? Ada yang terus melabel anak nakal, biadap, degil dan diratib tidak berhenti-henti di hadapan anak.
Mungkinkah anak tidak mempunyai skil untuk menghadapi kekecewaan maka dia selalu dilihat meragam dan memberontak apabila kecewa? Jika itu puncanya, bekalkan anak dengan skil untuk menghadapi kekecewaan. Bukannya terus marah apabila dia meragam. Hukuman tidak membina skil tersebut.
Ads
Mungkinkah anak tidak tahu cara untuk berinteraksi? Dia tidak mempunyai kosa kata yang positif dan baik untuk digunakan. Yang dia tahu hanyalah perkataan yang kasar dan mencarut untuk meluahkan perasaannya. Anak ini juga tidak mempunyai skil. Bekalkan anak dengan skil komunikasi yang positf, bukannya dengan hukuman yang tidak membantu membina skil tersebut.
Mungkinkah anak tidak berupaya untuk mengungkapkan kesakitan fizikal yang dialaminya maka dia selalu meraung walau disebabkan perkara yang kecil? Ataupun anak mungkin mengasingkan diri dan tidak berkawan disebabkan kesakitannya? Bekalkan anak dengan skil untuk memberitahu dan meluahkan. Kita juga perlu lengkapkan diri kita dengan skil untuk mendengar dan memantau, bukan hanya skil untuk membebel.
Sebagaimana seorang bayi, tingkahlaku dan tindakan seorang anak termasuklah anak remaja, adalah satu bentuk komunikasi.
Tanya diri kita, apa yang cuba anak sampaikan?
Apakah keperluan yang tidak cukup?
Apakah yang terlebih?
Apakah skil yang anak perlukan?
Ibu ayah perasan tak apa yang kita buat untuk anak kadang kala kesilapan kita sendiri. Niat nak buat yang terbaik tapi pengakhirannya beri kesan tak baik pada anak.
Memang diakui ibu bapa berlumba-lumba nak anak pandai dan bijak dari anak orang lain tapi kaedah yang kita gunakan silap dan tak ikut fitrah anak kecil yang sepatutnya membesar ikut umurnya.
Mungkin waktu mereka kecil kita belum nampak ciri kegagalan pada anak itu tapi bila meningkat usia barulah kita rasa menyesal.
Apa yang dibincangkan oleh Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Hazhari Ismail mengenai crowd pleaser parenting memang tepat dengan situasi yang banyak berlaku dalam kalangan ibu bapa sekarang.
Crowd-pleaser Parenting
Antara banyak-banyak jenis ibu bapa, saya paling risau ibu bapa yang jenis crowd-pleasers (populist). Ni bukan ibu bapa yang pendiam, atau overprotective or biarkan whatever anak dia akan buat.
Tapi, ini jenis ibu bapa yang buat apa sahaja yang popular dan trending masa kini.
Contohnya, kalau tengah trending dengan flash card, semua benda dia ajar/beli barang yang berasaskan flash card. Tak kisahlah untuk umur anak berapa, kaedah yang digunakan macam mana. Betul ke atau salah ke? Asalkan bersama-sama memeriahkan industri flash card.
Kalau ibu bapasatu Malaysia tengah sibuk dengan ipad/tab untuk kanak-kanak, ibu bapa ni pun tak terkecuali. Beli satu. E-learning katanya. Tanpa menghiraukan masa penggunaan gajet si kecil, tiada interaksi. Asalkan boleh berbangga cerita kat member.
“Anak I, nyorok lah utube di mana-mana, dia boleh cari and swipe dengan laju.”
Rakyat Malaysia la ni tengah seronok dengan marathon or running. Ramai juga ibu bapa join sekali. Bawa anak naik stroller atau child carrier. Kan sihat tu? Tapi, tak ramai ikut. Sebab benda sihat ni selalunya takda masa.
Maka, nak follow tu tak salah. Cuma, reflect dan tengok balik anak-anak. Kalau benda tu betul, teruskan. Kalau benda tu salah, stop atau jangan mula kan.
Jangan jadi ibu bapa yang ignorance, dah tau salah, tapi pejam mata. Asalkan tak nyusahkan diri. Cuma mereka terlupa, anak itu sendiri telah disusahkan masa depan mereka.
Bagi yang bakal bergelar bapa buat kali pertama mahupun sudah mempunyai anak sebelum ini, anda perlu mempunyai ilmu bagaimana cara nak menguruskan uri bayi anda. Ada teknik yang betul ketika mencuci uri bayi dalam menjaga etika sebagai penganut agama Islam.
Namun ada yang tidak berani untuk menguruskan uri ini. Jangan risau dan panik, sebaliknya ikut kaedah yang dikongsikan ini. InsyaAllah anda pasti akan dapat melakukannya.
ORANG LELAKI KENA TAHU DAN BELAJAR BENDA NI!
Terutama sekali buat bakal-bakal ayah, nanti lahir je anak senang nak uruskan uri bayi ni.
BAHAN-BAHAN BERSIHKAN URI:
1. Limau Nipis 2. Garam 3. Asam Jawa 4. Asam Keping 5. Plastik 6. Kain Putih ( Napkin )
CARA BASUH URI:
1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatangan seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat. Sambil membersihkan uri tu bacalah doa-doa yang baik buat anak. Semoga anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat.
#carabasuhuribayi
Kredit : Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani’
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri mana yang tidak berbalah di dalam rumah tangga. Ada waktunya berselisih pendapat, malah ada juga bermasam muka dan merajuk. Namun inilah kemanisan dalam rumah tangga. Ada ketikanya semuanya dirasakan cukup indah dan bahagia. Asam garam inilah yang menjadikan kita lebih matang dalam melayari rumahtanggga. Kuncinya adalah toleransi.
Dr Say Shazril juga berdepan masalah yang sama dalam rumah tangganya. Gaduh-gaduh katanya bersama isteri tercinta. Begitu kongsi Dr Say menerusi instagramnya.
“Mungkin ada yang pandang saya sebagai suami mithali memahami bini dari semua segi. Namun hakikatnya itu semua fantasi. Kami tetap berkelahi. Dan kadang-kadang topik pergaduhan tiada isi.
“Contohnya gaduh sebab Eudora dia lambat support Jawhead saya dengan alasan skillnya tengah CD. Ataupun saya mengantuk malas menemaninya ke gym di pagi hari.
“Kadang-kadang kerap bergaduh “tak munasabah” ni buat rumah tangga kami suram. Ada kala kami tidak bertegur sapa dari pagi sampai ke malam. Ada kala kami tidak bertentang mata apa tah lagi bersalam,” kata Dr Say bercerita menerusi instagramnya.
Buang ego dan bertoleransi
Pun begitu kata doktor selebriti ini lagi, apa yang lebih penting adalah bertoleransi dalam hubungan. Tak kiralah siapa menang atau kalah, sebaiknya rendahkan ego kita pada pasangan. Begitu kongsinya.
“Walaupun pergaduhan dalam perkahwinan itu WAJIB, yang menentukan kejayaan pasangan itu mengharunginya adalah TOLERANSI. Toleransi mengikut DBP didefinisikan sebagai sabar dan bertolak ansur, menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain.
“Kita berkahwin dengan seseorang bukan untuk menjadikan dia sempurna sebab diri kita juga jauh dari kesempurnaan. The key is RENDAHKAN EGO baik kepada lelaki mahupun perempuan. Menang dengan pasangan tak menjanjikan kebahagiaan,” kongsinya lagi.
Malah bapa kepada bayi comel, Ace ini mengakui keadaannya kini baik-baik saja selepas melakukan tindakan yang tepat dalam rumah tangga.
“Sekarang kami lebih tenteram. Eudora CD setahun pun saya akur. Saya tidur setahun pun bini akur ke gym seorang diri. Toleransi is key peeps. Dah pi sayang pasangan korang cakap “abang/ sayang sorry asyik nak menang,” katanya lagi.
Terdahulu, Dr Say mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Dr Azura Abas pada 30 Mac 2014 dan kini pasangan sepadan ini dikurniakan seorang anak, Aezriel.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.