Bermula seawal 5 pagi, ibu-ibu yang bekerjaya akan sibuk menguruskan anak-anak untuk dihantar ke pusat asuhan dan sekolah. Waktu pulang anak-anak kecil ini pula terkadang sehingga 8 malam jika si ibu mempunyai tugasa yang banyak di pejabat. Hari minggu pula belum tentu hak milik anak-anak kecil ini memandangkan ibunya mempunyai tangunggjawab besar.
Begitulah hari demi hari, masa bersama anak-anak sangat terhad. Sehingga satu saat kita sebagai ibu bapa tidak sedar anak sebenarnya sudah besar. Banyak detik-detik yang mungkin terlepas untuk diraiikan.
Alhamdulillah dapat rezeki pengasuh yang baik
Ads
Zaman muda asyik fikir kerja, kerja, kerja je
Bertambah kasihan pada anak
Ads
12 tahun saya terlepas moment tu, cuba recall tapi kosong
Rupanya berenang bantu anak jadi berani dan yakin diri. Sememangnya setiap ibu bapa pastinya ingin anaknya lahir sebagai seorang yang sihat, cerdas, lincah dan berani. Sehubungan itu, pelbagai aktiviti dilakukan untuk merangsang kecedasan, kekuatan fizikal dan mental anak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan kepada anak
Bermain adalah salah satu aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak yang membantu bagi perkembangan anak lebih positif, kreatif dan berani. Selain itu, aktiviti berenang juga boleh merangsang keberanian anak anda.
Berenang merupakan salah satu bentuk aktiviti luar yang sangat penting bagi kecerdasan dan sekali gus merangsang keberanian anak anda. Bukan itu sahaja, ia boleh melatih otot-otot fizikal anak lebih mantap.
Latihan berenang lazimnya melibatkan rangsangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Aktiviti ini perlu dilakukan bersama tenaga pengajar untuk menjamin keselamatan anak anda.
Selain itu juga diperlukan beberapa alat untuk berenang iaitu pelampung dan pakaian berenang supaya anak dapat begerak dengan selesa.
5 manfaat berenang
Anda sudah boleh mulai mengajar anak berenang sebelum usia satu tahun. Ketika ini, dia memang suka bermain air. Bermain air membuat anak anda gembira. Oleh karena itu, mudah untuk anda mengajarnya berenang kerana si manja memang suka air!
1.Menghilangkan rasa takut pada air
Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, Jika aktiviti ini dilakukan sejak bayi, masalah ini tidak akan berlaku. Jadi ajaklah anak belajar berenang seawal usianya atau satu tahun..
2.Keseronokan baru
Bermain tidak semestinya bilik mandi atau di taman. Kolam renang boleh menjadi tempat untuk anak anda bermain dengan penuh keseronokkan.
3.Merangsang gerakan motor kasar
Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain, semua komponen tubuhnya akan terlatih melalui renang kerana seluruh anggota tubuh bergerak mulai dari kaki, tangan, hingga kepala walaupun tekniknya belum cukup sempurna.
4.Berani dan keyakinan diri.
Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Apabila dia berenang, dia akan melakukan dengan sendiri dan mengerakkan seluruh tubuhnya untuk membuatkan dirinya bergerak di dalam air. Aktiviti memerlukan keberanian buat si manja. Berikan kata-kata semangat kepadanya!
5.Hubungan sosial
Berenang bersama-sama di kolam bersama orang ramai akan membuatkan hubungan sosial berkembang dengan lebih baik. Anak dapat mengenali orang lain lebih ramai lagi. Cara ini membantunya untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, sekali gus mempengaruhi psikologinya untuk berani berenang.
Langkah belajar renang
1.Lakukan latihan awal dengan menggunakan kolam plastik di rumah sebelum masuk ke kolam sebenar. Basahkan tubuhnya seperti ketika memandi di kolam dia tidak takut pada air. Juga jadikan suasana lebih ceria semasa mandi supaya suasana itu membuatkan dia berasa gembira dan yakin selamat berada di dalam air.
2.Apabila dia sudah menujukkan keberanian, ajaklah dia masuk ke kolam sebenar. Namun hati-hati dengan kedalaman kolam itu untuk mengelak dia tenggelam di dalam kolam.
3.Kejernihan air. Pastikan kebersihan kolam untuk melatih anak berenang. Ini kerana anak mungkin tertelan air semasa anda mengajarnya berenang.
4.Gunakan pelampung yang mampu menahan tubuhnya atau yang dilingkarkan pada pergelangan tangan. Fungsi pelampung ini selain sebagai alat penyelamat, boleh membantu anak berlatih “mengapung”. Sambil menggunakan pelampung, bawa ia menyusuri pinggir kolam. Tapi ingat, jangan sesekali melepaskan pegangan. Anda perlu sentiasa mengawasinya.
5.Agar anak lebih termotivasi bereksplorasi di dalam air, ajak kanak-kanak lain untuk bersama belajar dengannya. Cara ini membuatkan dia lebih bersemangat. Secara tidak langsung, apabila ramai kawannya yang ikut serta berlatih dalam diri akan berasa yakin bawah berenang adalah aktiviti yang menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak masih tidak pandai bercakap? Pelat dan bercakap terlalu laju yang kita sendiri tidak faham?
Lagi satu anak faham apa yang kita ucapkan kepada mereka tetapi mereka hanya sekadar tersenyum dan jika bercakap sekalipun bahasanya boleh dikatakan seperti ‘Bahasa German’.
Kalau ya anak-anak anda ada masalah ini, jangan biarkan. Lakukan aktiviti yang boleh membantu kelancaran pertuturan anak kita sendiri di rumah.
Perkongsian dari Puan Hidayah Azir ini cukup mudah dan boleh membantu ibu bapa merancang aktiviti seperti ini sejak awal. Selain memberi keseronokan ia juga sangat bermanfaat.
Mempunyai peraturan di rumah memang sangat penting untuk membantu ibu ayah mudah mendidik anak-anak mendengar kata dan berdisiplin. Hari ini ramai ibu bapa yang komplen atau mengadu kenapa anak mereka sukar mengikut arahan dan mendengar kata.
Mungkin kita tak perasan atau terlupa untuk mengajar anak tentang peraturan dan disiplin dalam kehidupan. Masih belum terlewat untuk kita menetapkan peraturan yang mesti dipatuhi oleh anak-anak dan ibu ayah sendiri seperti disarankan oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar, Co-Founder dan Principal Parent, Parent Connect.
“Ada peraturan atau tidak di rumah?”
Inilah soalan yang sering saya tanya apabila ada ibu bapa yang meminta pandangan tentang anak yang sukar dikawal.
Ada ibu bapa yang mengangguk dan ada yang menggeleng apabila ditanya.
Mungkin peraturan itu bunyinya keras dan menghukum, jadi ada ibu bapa yang kurang selesa mengadakan peraturan.
Ada yang takut peraturan akan mematikan semangat dan membunuh kreativiti dan sifat meneroka pada kanak-kanak.
Tambahan lagi di sekolah sudah banyak peraturan, guru pula ramai yang garang, jadi ramai yang merasakan anak-anak perlu diberi kebebasan mutlak di rumah supaya mereka lebih ‘chill’ dan ‘relax’.
Bagi yang tidak banyak masa untuk diluangkan dengan anak pula, mereka lebih suka gaya keibubapaan yang permisif tanpa peraturan kerana ingin mengelakkan konflik dengan anak.
Takut anak sentap.
Takut anak merajuk.
Takut anak berkecil hati.
Jika ‘peraturan’ dikaitkan dengan hukuman, kemarahan, kritikan, dan konflik, maka peraturan itu akan dilihat sebagai sesuatu yang negatif.
“Parenting is not to decide what to do when children step outside the boundary. Parenting is to guide children on how to live within the boundary.”
Anak-anak memerlukan had dan batasan untuk memastikan mereka ‘safe and secure’ untuk terus meneroka dan mencapai potensi diri. Tanpa had dan batasan – peraturan – mereka akan membuang masa tercari-cari ruang yang selamat kerana persekitaran mereka tidak dapat dijangka (unpredictable). Perasaan ‘safe and secure’ ini penting untuk proses pembelajaran dan latihan untuk menghadapi kehidupan bermasyarakat.
BAGAIMANA MEMBINA PERATURAN DI RUMAH?
Faktor paling penting yang perlu ada untuk menggubal peraturan dalam rumah adalah kerjasama antara kedua ibu bapa.
Langkah pertama untuk menggubal peraturan adalah kedua ibu bapa duduk berbincang tentang aspek yang memerlukan peraturan di rumah. Seeloknya peraturan itu digubal sebelum sesuatu masalah timbul. Oleh itu ibu bapa perlu peka akan perkembangan anak, persekitaran anak dan pengaruh dalam hidup anak.
Adakah perlu peraturan berkaitan penggunaaan teknologi? Adakah perlu peraturan berkaitan waktu tidur? Adakah perlu peraturan berkaitan kerja sekolah? Adakah perlu peraturan berkaitan rutin seharian? Adakah perlu peraturan berkaitan menonton tv? Adakah perlu peraturan berkaitan waktu makan?
Setiap keluarga mempunyai masalah dan cabarannya yang tersendiri, oleh itu terserah kepada ibu bapa untuk menentukan aspek dalam keluarga yang memerlukan peraturan.
Nilai dalam setiap keluarga adalah berbeza-beza.
Jika satu hari nanti anak bertanya “Kenapa di rumah kawan boleh, di rumah kita tidak boleh?”.
Terangkan kepada anak kenapa ‘keluarga kita’ memerlukan peraturan tersebut.
Terangkan tentang nilai keluarga kita.
Contohnya sebelum memberi keizinan untuk anak menggunakan internet, ibubapa perlu tetapkan:
-Bilakah penggunaan internet dibenarkan,
-Berapa lamakah ia boleh digunakan,
-Bagi tujuan apakah internet itu boleh digunakan.
Jika anak mengikut peraturan untuk sesuatu jangkamasa apakah ganjaran yang akan diberikan – ganjaran tidak semestinya bersifat material.
Jika melanggar peraturan, apakah akibat (consequence) terhadap yang melanggar peraturan?
Semua ini perlu ditetapkan terlebih dahulu.
Selepas berbincang, ibu bapa perlu menyampaikan kepada anak apakah peraturan tersebut dan kenapakah ahli keluarga memerlukan peraturan tersebut.
Ada juga peraturan yang fleksibel mengikut tahap perkembangan atau usia anak.
Contohnya anak yang bersekolah menengah boleh tidur lewat kerana banyak ulangkaji atau kerja sekolah yag perlu disiapkan.
Anak pra sekolah tidak ada kerja sekolah (sepatutnyalah) maka perlu tidur awal supaya anak tidak membuang masa dengan gajet atau menonton TV sahaja.
“RUMAH SAYA ADA PERATURAN TETAPI ANAK TIDAK IKUT. KENAPA?”
Anak tidak ikut peraturan kerana,
1) Ibu bapa tidak konsisten.
Peraturan hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Anak tahu ibu bapa tidak serius. Jika ibubapa tidak serius tentang nilai, anak-anak juga tidak peduli tentang nilai dan peraturan.
Kita perlu konsisten sehinggalah amalan menjadi tabiat dan tabiat kemudiannya menjadi nilai yang dibawa sampai bila-bila.
2) Apabila anak ikut peraturan, tidak ada apa-apa respon daripada ibu bapa.
Tiada pengakuan, tiada senyuman, tiada pujian, tiada ganjaran. Anak jadi malas dan bosan.
3) Apabila anak tidak ikut, tidak ada apa-apa respon daripada ibu bapa.
Tiada ‘consequence’, tiada implikasi kerana tidak ikut peraturan. Anak tidak hairan.
Peraturan akhirnya hanyalah satu hiasan yang ‘nice to have’ sahaja.
Apabila anak biasa hidup dalam nilai dan peraturan yang ditetapkan di rumah, anak juga akan mengamalkan nilai dan peraturan dalam masyarakat. Insya Allah.
Bukankah kita ingin melihat masyarakat yang lebih bertamadun?
Mulakanlah dari rumah.
Apakah aspek yang memerlukan peraturan di rumah anda?
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.