Masalah bayi kembung perut memang sentiasa susahkan hati mama. Siapa tak risau bila si comel asyik menangis tak henti-henti.

Orang tua-tua cakap bayi mudah terkena masalah kembung perut. Kalau dia menangis tanpa sebab walaupun sudah diberikan susu, ditukarkan lampin dan didukung maka periksalah keadaan perutnya.

Kenapa bayi kembung perut?

Menurut Hello Doktor secara purata seorang bayi akan mengeluarkan gas antara 13 hingga 21 kali setiap hari.

Punca bayi kembung perut sering disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan khas.

Gas atau berangin perkara normal berlaku pada bayi usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan.

Banyak perkara boleh mengakibatkan bayi mengalami perut berangin. Bayi akan menelan udara Ketika menangis, menghisap putting dan menyusu – sama ada terus daripada payudara ibu atau botol susu.

Perut si kecil juga boleh menjadi berangin kerana menelan udara berlebihan apabila berada dalam posisi penyusuan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.

Bayi baru lahir juga mungkin mempunyai alahan atau intoleransi terhadap bahan dalam susu formula atau susu ibu yang mengakibatkan perut berangin.

Tip kurangkan bayi kembung perut

Bagi ibu menyusu, sesetengah makanan yang dimakan turut menjadi punca bayi mengalami kembung perut. Jadi ibu kena jaga jenis makanan yang dimakan jika sedang menyusukan anak.

Selain daripada itu ada beberapa petua yang boleh ibu lakukan. Antaranya guna krim atau minyak herba untuk disapukan pada perut bayi dan pakaikan barut bayi.

Sejak turun-temurun lamanya ibu-ibu percaya petua memakaikan krim herba pada bayi selepas mandi dapat mengelakkan bayi mereka daripada menghadapi masalah kembung perut. Ramai mengakui banyak kebaikan krim herba untuk bayi mereka. Di antara kebaikannya adalah:

1. Mengelakkan perut bayi kembung perut

IKLAN

Orang tua-tua berpesan supaya sapu minyak angin pada perut bayi selepas mandi dan memakaikan barut sepanjang masa. Petua ini bagi mengelak bayi kembung dan menangis sepanjang malam.

Ini kerana untuk tiga bulan pertama selepas kelahiran, kebiasaannya bayi mudah mengalami kembung.

2. Melindungi bayi dari serangga

Kulit bayi yang halus sangat mudah terkena gigitan serangga seperti nyamuk. Kadang-kadang tanpa disedari oleh ibu. Jadi mulalah timbul ruam merah pada bayi anda.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, ibu-ibu boleh manfaatkan krim herba sebagai pelindung. Aroma dari krim herba dapat mencegah daripada serangga mendekati bayi.

3. Menghangatkan badan bayi

Salah satu kebaikan krim herba adalah untuk menghangatkan badan bayi supaya dia dapat menyesuaikan diri dengan suhu sekelililng kerana mereka masih kecil.

Krim herba mana satu sesuai

Terdapat pelbagai jenis krim herba di pasaran, jadi ibu perlu tahu apa kriteria penting sebelum memilih krim yang sesuai untuk bayi. Ini antara kriteria yang perlu di ambil kira.

IKLAN

1. Baca label pada produk dengan teliti

Ini adalah langkah pertama yang ibu perlu titik beratkan setiap kali ingin membeli sesuatu produk untuk bayi anda. Hal ini kerana untuk memastikan krim herba tersebut tidak mengandungi apa-apa bahan pewarna, bahan pewangi atau bahan kimia yang boleh membahayakan dan menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.

2. Produk yang telah diuji di makmal dermatologi

Ibu bapa perlu melihat label untuk memeriksa jika produk krim herba tersebut telah diuji atau tidak. Ujian ini hanya boleh dilakukan oleh doktor atau pakar dermatologi bagi membuktikan kesahihan produk tersebut.

3. Produk bebas phthalate, paraben, steriod dan formaldehida

Bahan kimia ini akan mendatangkan bahaya kepada kulit bayi. Oleh itu, jangan sesekali memilih produk yang memiliki bahan kimia ini.

Balm Pearl Herbs sesuai untuk digunakan oleh dewasa dan kanak-kanak seawal usia bayi enam bulan. Untuk permulaan, ibu bapa disarankan menyapu nipis sahaja balm pada bayi.

IKLAN

Masalah Bayi Kembung Perut Susahkan Hati Mama. Ini Cara Atasinya Dengan Mudah

Apakah keistimewaan Balm Pearl Herbs

a. Membantu meredakan batuk

Bagi anak yang mengalami batuk dan berkahak, ibu bapa digalakkn untuk membuat tepukan percussion di badan anak untuk membantu melonggarkan kahak yang berada di paru-paru selepas menyapu Balm Pearl Herb ini. Ia secara tidak langsung dapat mempercepatkan proses peyembuhan anak

b. Membantu menyembuhkan luka kecil

Balm disapukan pada luka-luka kecil seperti bekas gigitan nyamuk, terhiris objek yang tajam, luka melecur yang kecil dan sebagainya. Balm Pearl Herbs juga boleh dijadikan sebagai antiseptik untuk menghentikan darah daripada mengalir terlalu banyak.

c. Membantu meredakan selesema bayi

Bila anak kita selesema pasti anak akan rasa tidak selesa untuk tidur terutama waktu malam. Dengan adanya Balm Pearl Herbs ni dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Balm Pearl Herbs mengandungi Eucalyptus Oil yang membantu menambaik saluran pernafasan termasuk selesema. Disapukan nipis sedikit balm pada hidung bayi & pada dada bayi selepas mandi.

Pearl herbs cosmetics adalah syarikat penjenamaan semula yang mengeluarkan ubat tradisional sejak 1975, kami mengeluarkan ubat herba tradisional untuk keluarga. Kami juga mengeluarkan beberapa minyak dan ubat tradisional untuk bayi, ibu dan keluarga.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI