Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, pada 18 Mac 2020, semalam hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Tinjauan semalam mendapati rata-rata pengguna Facebook mengadu masih ramai yang tidak mematuhi kawalan tersebut malah masih sempat minum-minum kopi di warung dan tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan.
Sekali lagi semalam PM buat kali kedua merayu agar rakyat Malaysia “Stay at home” supaya dapat sama-sama mencegah wabak Covid-19 dari terus merebak.
Seorang pengguna facebook yang juga juru foto sempat mengambil gambar di beberapa tempat sekitar bandar Ampang. Suasana lenggang menunjukan warga Ampang mematuhi perintah kawalan tersebut.
Suasana di sekitar bandar Ampang yang sempat dirakam oleh saudara Nazri Hashim
Kedai makan beroperasi hanya untuk ‘tapau’
Kawasan di sekitar De Palma Ampang
Kompleks Parking LRT Ampang
Syabas warga Ampang. Teruskan usaha ini sehingga 31 Mac 2020 supaya kita dapat membendung wabak Covid-19 secara menyeluruh.
Aktres cantik, Datin Rebecca Nur Al-Islam berkongsi di laman instagramnya berkenaan pemberian hadiah iaitu baju raya yang sangat cantik untuk kesemua pembantunya (bibik). Hadiah berkenaan (reward) diberi kepada kesemua bibiknya yang selama ini menjaga anak-anak dengan baik.
Teruja dengan baju raya yang dihadiahkan, bibik-bibik beliau tidak sabar untuk memakai baju berkenaan sebelum hari raya. Datin Rebecca yang mendirikan rumahtangga bersama Dato’ Nur Azma dikurniakan 5 orang cahaya mata.
Sekali Sekala Reward untuk bibik
Ehhh Si Chantik Yang Manis. Amboiiii dah Nak Beraya Ke Bikkkk…mummy Becca cakap Suruh simpan Buat Raya,Tapi Mereka Cakap TerLalu Cantik ni,Rasa nya Enggak Sampei Raya Udah Di Pakeii.
Skali Skala Reward For Them,For Taking Care Of My Kids,Why Not Kan.
Doakan Datin Rebecca Murah Rezeki
InsyaAllah Doa Kan La Majikan Kamu Ini Sentiasa DiMurahi Lagi Rezeki Melimpah Ruah,InsyaAllah Akan DiKongsi Juga Dengan Kamu Semua.
Sentiasa Doakan Seisi Rumah Sebelum Ke Tempat Kerja
Isnin -Jumaat,Setiap pagi apabila mummy Becca melangkah Keluar Rumah,Maknanya Mummy Becca Keluar Mencari Rezeki begitu juga En Suami Akan Keluar Mencari Rezeki Yg Halal
Dan Melangkah KeluarNya Mummy Becca Selalu BerDoa ”Ya Allah Jaga La Anak Anak Ku,Jaga la Setiap Langkah Anak Anak Ku,Tiada Nya Ku Di Sisi Mereka,,KU Keluar Mencari Rezeki Sesama Utk Keluarga BesarKu…Dan Sentiasa Kau Jagain Dan PerElokkan La Perangai Bibik BibikKu, BeriKan La Mereka Hati, Fikiran Yg Penuh Kasih Sayang TerHadap Anak AnakKu
Alhamdulillah Rezeki, Bibik Semua Baik-Baik
Alhamdulillah Syukur Sentiasa,Rezeki Keluarga Saya,Dapat Pembantu Rumah Semua Baik2 InsyaAllah, But Sometime They have attitude,But It’s ok maybe Datang Bulan
Ramai yang memuji baju yang diberi oleh beliau sangat cantik. Netizen turut mendoakan semoga Datin Rebecca dimurahkan lagi rezekinya. Ternyata kebaikan Datin boleh di jadikan contoh kepada semua, baik dalam melayan pekerjanya dan tidak berkira dengan orang yang menjaga anak-anaknya.
Tak terduga dugaan yang datang apabila insan yang kita cintai akhirnya kembali kepada pencipta. Tiada siapa yang sangka, tiada siapa duga. Betulah kata pepatah, ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Illahi.
Hanya yang merasa yang tahu betapa penatnya melawan perasaan rindu, sedih dan harus kuat demi anak-anak. Begitulah kisah Puan Shahida apabila suaminya dijemput Illahi ketika dia sedang berpantang anak ke empat mereka.
TEMPAT YANG SAMA, CERITANYA KINI BERBEZA
Suami saya yang juga ayah kepada kembar yang pernah viral dulu, telah pergi menghadap Ilahi semasa saya berpantang 25 hari anak ke4.
(Video yang pernah viral di page Pa&Ma suatu ketika dahulu yang dikongsi oleh Puan Shahida, gelagat arwah suami beliau melayan kerenah si kembar mendapat perhatian netizen)
Hargailah suami atau isteri selagi masih ada. Bila dia telah pergi menghadap Ilahi, tiada lagi tempat meluah perasaan berkongsi suka dan duka. Segala perihal rumahtangga, anak dan kerjaya perlu dihadapi sendiri, ditelan sendiri.
Segala penat lelah terpaksa tanggung sendiri kerana tiada lagi tempat meluah rasa hati. Bersabarlah duhai hati. InsyaAllah ada hikmah yang menanti. Baru sahaja bertukar status kepada ibu tunggal anak empat.
HANYA TINGGAL KENANGAN
Suatu ketika dahulu, di mahligai inilah tempat kami sekeluarga meluangkan masa bersama bergelak ketawa berkongsi suka dan duka.
Di sinilah juga tempat yang menjadi saksi betapa manisnya hidup berumahtangga. Dan kini, rumah ini kosong sekosong kosongnya ibarat kosongnya hati ini tanpa insan yang paling rapat di hati.
Tiada sudah kedengaran hiruk piruk suara tangisan serta gelak tawa anak-anak tatkala bergurau senda bersama Ummi Abah.
Lenyap sudah segala gelagat dan gurauan manja Abg terhadap Syg dan anak-anak. Pupus segala kekalutan dari pandangan mata, bilamana Abg dan Syg menguruskan anak-anak dari hari ke hari. Yang tinggal hanyalah potret dan video Abg untuk ditatapi buat peneman harian pengubat kerinduan.
Setiap memori di rumah ini kekal bersemadi dalam hati. Tak pernah lekang dari fikiran terpahat utuh di ingatan. Terlalu banyak untuk diceritakan. Tak perlu dirungkaikan satu demi satu. Cukuplah ia terpateri kemas dalam hati. Terlalu mahal dan tak terhitung nilainya.
Tak sempat Syg lalui hari tua bersama Abg. Terkubur impian kita untuk sama-sama tengok anak4 membesar di depan mata. Niat hatiku nak kekal lama apakan daya jodoh kita hanyalah sementara di dunia yang fana ini. Semoga dipertemukan kembali di SyurgaNya yang kekal abadi.
Begitulah adat resam kehidupan. Teruskan melangkah menyusuri perjalanan yang dirancang Tuhan.
Di sini jua memori tercipta Walau seketika terjalin kasih kita Mungkin di sini kita kan terpisah Kenangan bersama tiada ku lupa Yang terpahit jua termanis Semuanya bagiku terindah Kuingati buat selama-lamanya
Doa dan alFatihah tak jemu ku kirimkan buat dirimu cintaku
Allah dah ambil sedikit kebahagiaan dalam hidup saya. Terpaksa terima walau hati tak rela. Terus bangkit demi anak empat.
Cinta sampai Syurga
Kau himpunkanlah kami di JannahMu tanpa terhakis sedikit pun rasa cinta dan kasih sayang di antara kami semua
Rindu Yang Mendalam
Abg. Malam tadi Syg mimpi.
Dalam mimpi tu Syg melilau mencari Abg di celahan orang ramai. Syg perhatikan wajah seorang demi seorang. Namun hampa, wajah insan yang paling Syg rindu pada saat dan ketika ini tetap tak kunjung tiba.
Tapi Syg terus berusaha mencari dan mencari lagi tanpa mengenal erti putus asa. Merata-rata Syg berkeliaran dalam himpunan puluhan manusia.
Syg rindu nak genggam tangan Abg, cium pipi Abg. Dakap erat-erat tubuh gagah Abg tanpa melepaskan Abg sampailah di helaan nafas Syg yang terakhir.
Sehinggalah tiba suatu saat Syg tersedar dari lena. Berdegup kencang jantung ini mungkin terlalu penat lelah berlari-lari di alam mimpi, mengharap pada yang tak pasti. Syg toleh kiri dan kanan, Abg tetap jua tiada di sisi.
Sejurus itu juga Syg terhenti dari lamunan dan angan-angan. Ternyata, Abg benar-benar tiada lagi dunia ini. Bukan hanya di dalam mimpi, malah di dunia realiti. Pedih hati, sebaknya jiwa ini hanya Dia yang mengerti. Ibarat ada peluru kecil yang menembusi dada. Lukanya mungkin terlalu sukar untuk dirawati.
Benarlah. Rindu itu suatu kemanisan, sakitnya itu apabila merindui tapi tiada balasan
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.