Masih kelirukah ibu bapa dengan jadual untuk bayi dan anak anda menerima imunisasi? Kami kongsikan Jadual Imunisasi Kebangsaan yang diberikan secara percuma kepada warga Malaysia di klinik kesihatan kerajaan yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai bayi, adalah WAJIB untuk mengambil tahu mengenai jadual vaksin terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Masih Ramai Yang Keliru Berapa Kali Anak Perlu Vaksin. Ini Jadual Imunisasi KKM 2019

Suntikan vaksin di Malaysia adalah WAJIB untuk bayi dan kanak-kanak. Ianya adalah PERCUMA di semua hospital dan Klinik Kesihatan Kerajaan. Sebagai Warganegara Malaysia, anda tidak dikenakan sebarang bayaran pun untuk suntikan vaksin untuk anak di klinik dan hospital kerajaan.

Ibu bapa mana yang tidak mahukan perlindungan maksima untuk anak-anak kan? Apatah lagi di zaman sekarang yang mana ancaman pelbagai virus dan bakteria itu kekal. Gunakan perkhidmatan suntikan vaksin percuma diberikan kerajaan ini agar memastikan anak dilindungi dan terhindar dari bahaya penyakit, terutama penyakit berjangkit.

Untuk itu, pastikan bahawa anak mendapat suntikan vaksin mengikut jadual vaksinasi yang telah disediakan oleh KKM. Berikan semua vaksin, tak boleh ada yang terkecuali.

Masih Ramai Yang Keliru Berapa Kali Anak Perlu Vaksin. Ini Jadual Imunisasi KKM 2019

JENIS-JENIS VAKSIN DAN KEGUNAANNYA

Untuk pemahaman anda mengenai dos vaksin atau imunisasi diberikan, berikut adalah maksud singkatan dalam jadual vaksin:

BCG – Basile Calmette-Guerin.
– Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.

DTap – adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.

IKLAN

DT – adalah Dos Booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.

Hib – adalah Haemophilus Influenzae type B.

MMR – adalah Measles (campak), Mumps (beguk) dan Rubella.

MR adalah Dos Booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.

JE – adalah Japanese Encephalitis.
(Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.)

HPV – adalah Human Papillomavirus.
Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

IKLAN

Untuk pengetahuan semua juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini jadual imunisasi pada tahun 2016 dengan menambah dos MMR (Measles, Mumps, Rubella) untuk bayi 9 bulan. Sebelum ini, hanya satu dos MMR diberikan pada bayi 12 bulan.

Dos MMR ditambah untuk bayi berusia 9 bulan kerana kajian 5 tahun sebelum tahun 2016 menunjukkan ramai bayi berusia 1 tahun ke bawah mengalami demam campak.

VAKSIN TAMBAHAN

Bagi ibu bapa yang inginkan imunisasi tambahan, anda boleh dapatkan dimana-mana klinik yang menyediakan imunisasi ini. Imunisasi tambahan perlu dibayar sendiri dan harganya sedikit mahal. Namun apalah sangat kos imunisasi tambahan jika nak dibandingkan dengan kos dan masa anda yang terpaksa ulang alik ke wad hospital jika anak anda jatuh sakit.

JADUAL IMUNISASI TAMBAHAN

Masih Ramai Yang Keliru Berapa Kali Anak Perlu Vaksin. Ini Jadual Imunisasi KKM 2019

IKLAN

Pneumokokal (‘Conjugated Vaccine’)
Adalah disyorkan untuk melengkapi 3 dos pada umur 1 tahun, di mana dos pertama diberi selepas umur 6 minggu.
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk cadangan jadual imunisasi pnumokokal mengikut umur anak anda.

Meningokokal
Adalah disyorkan kepada kanak-kanak yang melawati kawasan berisiko tinggi.
Satu dos vaksin memberi daya imuniti selama 3 tahun.

Rotavirus
Adalah disyorkan untuk mendapat dos pertama selepas umur 6 minggu.
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk dos seterusnya mengikut umur anak anda.

Varicella / Cacar Air
Untuk kanak-kanak berumur 12 bulan – 12 tahun : 1 dos diperlukan
Untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas : 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin sekurang-kurangnya 4 bulan.

Hepatitis A
Untuk kanak-kanak umur 1 tahun ke atas : 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin diantara 6 hingga 12 bulan.

VAKSIN SEBAGAI IKHTIAR

Kita boleh lihat betapa seriusnya penyakit-penyakit di atas ini dan akibatnya kepada orang yang tidak mengambil vaksin bagi menentang penyakit tersebut.

Oleh itu,semua ibubapa di luar sana ikutlah Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak ragu-ragu lagi dengan usaha pihak kerajaan bagi membanteras penyakit merbahaya.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI