Keterujaan untuk menimang cahaya mata pasti akan dirasai oleh setiap pasangan suami isteri. Tak kisahlah sama ada anak pertama, kedua atau seterusnya rasa berdebar itu tetap ada. Tambah pula, bila nak mengetahui jantina bayi, itu juga momen yang ditunggu.
Seperti kisah ibu ini, Puan Suhaida Mohd Suhaimi, kisah kelahiran anak keenam pada 27 September 2019 adalah yang paling tak dapat dilupakan kerana mulanya ingatkan bayi perempuan rupanya bila dah keluar adalah bayi lelaki.
Malah segala persiapan juga semuanya berasaskan warna pink dan terpaksa dipakai juga sehingga usia anak 2 minggu sebelum diberikan semua kelengkapan itu kepada orang yang mempunyai bayi perempuan.
Berkongsi pengalaman lucu tersebut, Suhaida menjelaskan ketika melakukan scan diusia kandungan 6 bulan, doktor memang cakap bayi perempuan. Dalam beberapa kali juga buat scan termasuk buat 4D dan keputusan memang nampak jantina perempuan.
“Memang tak sangka sama sekali dan kami suami isteri berpegang pada keputusan scan itu membeli semua kelengkapan anak warna pink.
“Tambah pula saya tiada alahan mengandung cuma memang suka kunyah ais. Malam-malam akan buka peti ais semata-mata nak cari ais,” katanya.
Ads
Berikut perkongsian Suhaida di Facebooknya:
Annur Annis Eryna nama diberi masa dalam perut. Keluar perut jadi Muhammad Aqil Amsyar.
Pengalaman dan suprise paling best, scan 6 bulan katanya perempuan. Ayah reda sebab nak baby lelaki. Tak puas hati. Scan lagi kali ni 4D untuk nak bagi nampak jelas lagi.
Ads
Dr pun cakap perempuan juga. Ibu pun beriya lah beli segala baju, bedung dan barang semua berasaskan warna pink. Dengan nama berbulan ibu cari..
Aqil ketika menyambut hari lahirnya dan kini dah genap 3 tahun
Nahhhhh sekali keluar belalaiii. Masa Dr angkat dan tanya tengok anak awak ni lelaki ke perempuan. ibu pun jawab..eh kenapa lelaki.
Jururawat dan doktor pun ketawa. Masa baby kat dada ibu lagi ibu dah call ayah dan tak tahu nak gelak ke nak nangis. Maka bergelak lah kami. Kejadiannya jadilah Mat Jambu kat hospital.
Ads
Kongsi Suhaida lagi, walaupun kisah ini dah 3 tahun berlalu, kenangan tersebut akan ingat sampai bila-bila. Cuma sekarang ini Aqil masih belum faham lagi kisah kelahirannya dan mungkin bila dah besar nanti bolehlah diceritakan momen lucu ini padanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Dalam dunia pendidikan yang semakin maju, kita sering menumpukan perhatian kepada pencapaian akademik, tetapi jarang memberi fokus kepada isu kesihatan asas yang boleh menggugat proses pembelajaran itu sendiri. Salah satu daripadanya ialah masalah kutu rambut, satu ancaman kecil namun serius yang boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan emosi, sosial dan pembelajaran anak-anak. Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa masalah kutu rambut masih kerap berlaku terutamanya di sekolah rendah, terutamanya dalam komuniti berpendapatan rendah dan padat penduduk. Ini menuntut pendekatan yang lebih holistik dan proaktif.
Apa Itu Kutu Rambut?
Kutu rambut ialah parasit kecil berukuran sekitar 2-3 mm yang melekat kuat pada rambut berhampiran kulit kepala. Ia bertelur di pangkal rambut berhampiran kulit kepala yang hangat dan lembap — persekitaran ideal untuk telur menetas. Kutu tidak membawa penyakit berbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan jangkitan sekunder apabila kanak-kanak menggaru dengan kuat, menyebabkan luka terbuka yang mudah dijangkiti bakteria. Dalam sesetengah kes, alahan kepada air liur kutu boleh menyebabkan ruam dan keradangan kulit yang serius.
Bagaimana Kutu Rambut Merebak?
Kutu merebak terutamanya melalui:
Sentuhan Kepala ke Kepala: Aktiviti seperti bermain, berpelukan, atau duduk rapat ketika belajar.
Perkongsian Alat Peribadi: Topi keledar, tudung sekolah, bantal, getah rambut dan sikat adalah antara alat yang berisiko tinggi.
Persekitaran Tertutup dan Padat: Dalam kelas yang penuh sesak tanpa pengudaraan baik, kutu mudah merebak dari seorang ke seorang.
Keluarga dan Komuniti: Jangkitan di rumah boleh merebak ke sekolah dan sebaliknya, menjadikan kutu sebagai masalah dua hala antara rumah dan sekolah.
Tips Pencegahan Kutu Rambut
Gunakan Minyak Aromaterapi – Minyak pokok teh (tea tree oil), lavender dan neem terkenal dengan ciri anti-parasit. Campurkan beberapa titis dalam syampu anak.
Sikat Anti-Kutu (Nit Comb) – Gunakan sikat bergigi halus logam setiap hari jika ada risiko jangkitan. Ia sangat efektif untuk menanggalkan telur.
Program Pemeriksaan Sekolah – Cadangkan agar sekolah menjalankan pemeriksaan berkala dengan kerjasama klinik kesihatan.
Rawat Sekeluarga Sekaligus – Jika seorang dijangkiti, semua ahli keluarga perlu diperiksa dan dirawat serentak bagi mengelak jangkitan semula.
Didik Anak Tentang Stigma – Anak-anak perlu diajar bahawa kutu bukan tanda kotor, tetapi masalah kesihatan biasa yang boleh dirawat. Ini penting untuk mencegah buli dan ejekan.
Kepentingan Menangani Isu Ini
Satu kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati sehingga 30% pelajar sekolah rendah di kawasan luar bandar pernah dijangkiti kutu rambut. Ini bukan sekadar isu kebersihan tetapi turut menjejaskan emosi kanak-kanak:
Kesan Psikologi: Kanak-kanak merasa rendah diri, takut diejek dan hilang keyakinan.
Kesan Akademik: Gatal yang berterusan mengganggu tumpuan di kelas.
Kesan Sosial: Anak mungkin disisihkan kerana dianggap “pembawa kutu”, walaupun punca sebenar ialah ketidaktahuan dan kurang pendidikan kesihatan.
Menangani isu ini dengan serius bukan sahaja melindungi seorang anak, tetapi seluruh komuniti sekolah daripada jangkitan berulang.
Peranan Ibu Bapa, Guru dan Masyarakat
Ibu Bapa: Jadikan pemeriksaan rambut sebahagian rutin mingguan. Berikan ruang untuk anak bercakap jika mereka rasa tidak selesa di kepala. Jangan hukum — bantu dan rawat.
Guru dan Sekolah: Cipta sistem laporan rahsia dan sokongan untuk murid yang dijangkiti. Elak pendedahan terbuka yang boleh memalukan murid.
Kesihatan Komuniti: Klinik dan farmasi boleh menyediakan sesi kaunseling kesihatan rambut dan menawarkan kit rawatan yang mampu milik.
Pihak Berkuasa Tempatan: Masukkan isu kutu dalam kurikulum kesihatan di sekolah rendah dan sediakan risalah untuk edaran berkala.
Kutu rambut bukan sekadar gangguan kecil — ia cerminan sejauh mana kita memandang serius kesihatan asas anak-anak. Ia memerlukan lebih daripada sekadar rawatan fizikal; ia menuntut pemahaman, empati dan pendidikan. Dengan kesedaran menyeluruh, tindakan kolektif dan sokongan komuniti, kita mampu menghapuskan kutu rambut daripada menjadi norma di sekolah-sekolah. Mari kita jadikan kepala anak-anak kita bukan tempat kutu membiak, tetapi tempat ilmu dan keyakinan berkembang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi seorang ibu atau ayah meluahkan kemahuan mereka kepada anak-anak adalah perkara yang mudah, kerana kita mempunyai satu ‘kuasa’ untuk mendominasi ruang lingkup perbicaraan itu. Tetapi untuk seorang anak melafazkan kemahuannya serta perkara yang difikirkannya bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi jika ibu dan ayah lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja berbanding di rumah.
Untuk itu, kami kongsikan beberapa perkara yang seringkali terlintas di fikiran anak-anak yang ingin mereka ungkapkan kepada ibu bapa tetapi jarang sekali berkesempatan.
1. Mahu Selalu Bersama & Rapat Dengan Ibubapa
Haaa, macam tidak percaya ke? Perkara ini bukan sahaja termaktub untuk anak-anak di peringkat usia kanak-kanak, tetapi secara umum untuk semua anak-anak. Maksudnya, yang berumur 20, 30 tahun pun mempunyai fikiran yang serupa. Tetapi tentulah dalam peringkat kanak-kanak, si anak lebih memerlukan ibu bapa. Kan?
Tahu, mungkin anda adalah dalam kalangan ibu bapa yang bekerjaya, tetapi itu tidak menjadi alasan untuk anda gagal meluangkan masa anak-anak. Luangkanlah masa bersama mereka, kalau tidak mampu lama pun, luangkan masa setengah atau sejam setiap hari bersama mereka, tanpa gajet dan televisyen. Berbuallah bersama mereka.
2. Sentiasa Mahu Ibubapa Konsisten
Konsisten tentang apa ya?
Mudah sahaja, anak-anak sangat mengharapkan supaya ibu bapa dapat konsisten dalam percakapan (nasihat) dan perbuatan mereka sehari-hari. Sikap tidak konsisten dalam nasihat dengan perbuatan yang sendiri dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi tanda tanya yang besar dalam diri setiap anak-anak.
Contohnya begini, anda menasihati anak anda supaya tidak makan atau minum ketika berdiri, kalau nak makan kena duduk. Tetapi pada suatu hari, anda sendiri pun makan dan minum sambil berdiri. Walau apa jua alasan anda berbuat demikian, ianya sangat sukar untuk diterima oleh si anak.
Si anak mahukan sikap konsisten ini supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam dan mempraktiskan setiap nasihat yang telah anda beri.
3. Kenanganmu Bukan Masa Hadapanku
Kawan-kawan, janganlah sering membandingkan masa lalu kita dengan zaman yang sedang dihadapi oleh anak-anak kita. Kadangkala ada sebahagian daripada kalangan kita yang bahkan membandingkan sehingga kepada harga makanan dan sebagainya, konon-kononnya supaya anak-anak boleh bersyukur.
Percayalah kawan, ia tidak akan berjaya.
Bahkan mungkin, anak-anak menjadi jelek dan bosan dengan cerita kita. Tidak mahu lagi mendengar kisah kita kerana menganggap ibu bapa tidak memahami jiwa dan keadaan mereka yang lahir dalam zaman yang baru ini. Fahamilah kawan, mereka diciptakan Allah di zaman ini, bukan di zaman kita dahulu!
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.
Sumber:ohsemmama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menggunting rambut anak kecil di bawah usia dua tahun memang mencabar. Kelincahan mereka dan istilah tak duduk diam buat mak ayah jadi makin sukar.
Idea pelakon, Emma Maembong dan suaminya yang menggunting rambut anak mereka, Shariq Gabriel semasa tidur ini memang pilihan paling tepat.
Malah paling kreatif, Emma dan suami menggunakan tip mudah dengan pita pelekat untuk meluruskan rambut hadapan anaknya. Memang kreatif.
“Potong rambut @shariqgabriel 😂,” tulis Emma ringkas.
Paling menarik, si comel Shariq Gabriel bukan saja tidak terjaga dari tidurnya bahkan hasil rambutnya juga comel dan sekata bila menggunakan pita pelekat.
Melalui perkongsian videnya, Emma terlebih dahulu menyelimuti anaknya dengan kain dan kemudian meletakkan pelekat di rambut hadapan mengikut ukuran yang diinginkan.
Lantas kemudiannya dengan berhati-hati, suami Emma, Muhammad Shazli Azhar menggunting rambut si comel kesayangan mereka hingga selesai. Memang mudah dan senang.
Sehingga kini video comel perkongsian Emma itu menerima lebih 84 ribu tanda suka dari pengikutnya di Instagram.
Dalam pada itu, wargamaya turut meninggalkan pelbagai reaksi malah memuji cara kreatif Emma menggunakan pita pelekat itu yang sememangnya memudahkan. Terbaiklah Emma!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.