Menurut Yana, dia akui tidak mudah untuk menjaga anak lelaki dan pastinya akan berdepan dengan perkara yang lebih mencabar selepas ini.
“Nak… Gambar ni mommy akan post dan print untuk kenang kenangan. Dulu mommy jatuh basikal terkontal ke depan sebab mommy terguna break tayar depan untuk break akibatnya 2 gigi ke dalam.
Ads
“Semalam Mateen tolak belon bentuk car dan jatuh tersungkur kat simen. Akibatnya satu gigi ke dalam!
Ads
“Betul kata orang orang. Anak lelaki “more to go”!!! Banyak lagi kita akan tempuhi. Jahit, lebam, berdarah apa lagi…
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meminta Yana bersabar dan tabah mengharungi proses pembesaran anaknya selain mendoakan kesembuhan Mateen.
Sumber: ig Yana Samsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Emma Maembong selamt bersalin anak keduanya di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Rabu.
Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh suaminya, Muhammad Shazli menerusi laman Instagram pada satu jam yang lepas.
Bayi lelaki seberat 3.4 kilogram tersebut dilahirkan secara normal dan Shazli sempat memanjatkan kesyukuran kepada Illahi atas kurniaan yang sempurna ini.
“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial we got another one ♥️ baby boy coming in hot at 3.4kg 🔥 normal labor”
“Allah is the greatest.”
Tambah Shazli lagi, Shariq Gabriel, anak sulungnya kini sudah besar dan menjadi abang sulung.
“@shariqgabriel big brother now”
Shazli turut berkongsi video bersama Emma dan anak keduanya di dalam wad bersalin.
Ramai ibu ayah yang menyangka anak montel itu sihat. Pipinya tembam, tubuhnya berisi, nampak comel bila bergambar. Namun, tidak semua montel itu tanda sihat. Kisah yang berlaku kepada seorang anak kecil berusia 3 tahun ini seharusnya dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa.
Di sebalik tubuhnya yang kelihatan sihat dan ceria, si kecil itu rupa-rupanya disahkan menghidap diabetes jenis 2. Puncanya? Pemakanan harian yang dipenuhi dengan makanan segera sejuk beku seperti nuget dan sosej.
Menurut perkongsian seorang wanita di laman Threads, perkara itu diketahui selepas berbual dengan seorang pengasuh. Katanya, ibu bapa kanak-kanak tersebut sendiri membekalkan stok nuget dan sosej setiap dua minggu untuk dimasak oleh pengasuh.
“Bayangkan, budak tu tak pernah makan nasi. Badannya montel, ceria, nampak sihat. Tapi siapa sangka, dia sebenarnya menghidap diabetes,” jelas wanita itu.
Lebih membimbangkan, makanan ruji seperti nasi langsung tidak disentuh, sebaliknya diganti dengan makanan ringan dan manis yang hampir tiada khasiat.
Keadaan itu membuatkan pengasuh bimbang, lalu menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka. Namun, segalanya sudah terlambat apabila kanak-kanak kecil itu akhirnya disahkan menghidap diabetes dan kini perlu menjalani rawatan serta pemeriksaan berkala di hospital.
Bayangkan, pada usia sekecil 3 tahun, anak sudah terpaksa menanggung penyakit kronik yang biasanya dikaitkan dengan orang dewasa. Kasihan!
Pakar kesihatan sering mengingatkan bahawa makanan segera tidak sepatutnya dijadikan pilihan harian untuk anak-anak. Ia hanya sesuai dimakan sekali-sekala, bukan sebagai menu utama.
👉 Biasakan anak dengan makanan sebenar (real food) – nasi, sayur, buah, ayam rebus atau sup. 👉 Elakkan terlalu kerap memberi makanan ultra-proses seperti nuget, sosej, burger atau jajan. 👉 Peka dengan tanda awal diabetes pada kanak-kanak – kerap haus, kerap kencing, cepat letih dan berat badan naik mendadak. 👉 Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala bagi memastikan anak membesar dengan sihat.
Kasih sayang pada anak bukan sekadar memastikan mereka kenyang, tetapi memastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran sihat. Jangan kerana mahu mudah dan cepat, kita korbankan kesihatan anak yang tidak ternilai.
Jangan panik, ini langkah penting yang ibu ayah kena tahu!
Bila anak tiba-tiba demam, lepas tu timbul bintik merah atau lepuh kecil di tangan, kaki dan dalam mulut—ibu bapa mana yang tak risau? Itu tanda-tanda klasik penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang bawah 6 tahun.
Jom kita tengok langkah yang ibu bapa perlu ambil jika anak dijangkiti HFMD.
HFMD sangat mudah berjangkit. Anak yang dijangkiti perlu dikuarantin di rumah sekurang-kurangnya 5-7 hari untuk elakkan jangkitan merebak ke adik-beradik atau rakan tadika.
Elakkan hantar anak ke taska, taman permainan atau tempat awam.
Demam biasanya berlaku 1-2 hari sebelum ruam timbul. Beri ubat demam seperti paracetamol ikut dos yang betul. Jika anak nampak lemah, tak aktif atau kurang minum, segera ke klinik.
Nota: Elak beri ibuprofen jika ada ulser mulut yang teruk kerana ia boleh peritkan lagi luka.
Basuh tangan anak dengan kerap, dan lap badan dengan kain bersih dan suam. Jika ada lepuh, jangan pecahkan sendiri—biarkan ia kering dengan sendirinya.
HFMD boleh buat anak sakit tekak dan tak nak makan. Tapi paling penting, pastikan dia tidak dehidrasi. Beri minuman sejuk, sup suam, atau ais krim untuk legakan sakit mulut dan galakkan minum air.
Jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti:
Kurang buang air kecil
Demam tinggi lebih 3 hari
Mengantuk luar biasa
Ruam semakin teruk
Jangan tunggu—bawa anak ke klinik atau hospital segera.
Mainan, botol susu, baju, cadar dan tuala anak perlu dicuci dengan sabun atau air panas untuk membunuh virus yang mungkin melekat. Virus HFMD boleh hidup di permukaan selama beberapa hari!
HFMD bukan hanya untuk kanak-kanak—orang dewasa juga boleh dijangkiti! Jadi, ibu bapa kena basuh tangan selepas jaga anak, dan elakkan kongsi makanan atau tuala.
HFMD bukan sekadar demam biasa. Ibu bapa perlu peka dan bertanggungjawab—pantau anak betul-betul, jangan ambil mudah bila nampak ruam atau ulser mula muncul. Jangan sesekali benarkan anak ke sekolah atau taman permainan bila masih bergejala.
Asingkan anak, beri ruang untuk pulih, dan cegah dari menjangkiti kanak-kanak lain. Tindakan kecil hari ini boleh lindungi ramai lagi anak lain daripada turut jatuh sakit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!