Dalam Negara

Mayat Bayi Perempuan Cukup Sifat Ditemui Dalam Tandas Awam!

Share

Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui tidak bernyawa di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit.

Menurut maklumat awal, bayi yang masih bertali pusat itu ditemukan bersebelahan sinki dan dibungkus dengan kain telekung sebelum orang awam yang menyedari kejadian itu segera memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Mayat Bayi Dalam Keadaan Menyedihkan

Penemuan tragis itu mengundang rasa sedih dan simpati dalam kalangan masyarakat setempat, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku pada hari Jumaat yang penuh keberkatan bagi umat Islam.

Gambar: Sinar Harian

Keadaan mayat bayi Bukit Serindit yang masih bertali pusat menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai. Ramai yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib bayi yang tidak berdosa itu.

Reaksi ADUN dan Masyarakat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem turut meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap kejadian tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau menyifatkan insiden mayat bayi itu sebagai sesuatu yang amat menyedihkan, terutama melibatkan seorang bayi yang tidak berdosa.

Masih Dalam Siasatan Polis

Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung butiran lanjut kes berkenaan. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta individu yang terlibat dalam kes mayat ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

 

Published by
SRM