Sebagai seorang ibu, sudah pastinya kita mahukan hanya yang terbaik buat anak-anak. Setiap ibu mempunyai impian tersendiri untuk melihat anak-anaknya berjaya bahkan ada juga yang juga menginginkan dirinya sendiri dapat mengecapi sesuatu yang membanggakan.

Sesetengah ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah atau bekerja mungkin ada menyimpan hasrat untuk mencapai sesuatu yang ‘lebih’ dalam kehidupan mereka.

Developmental Psychologist, Pija Ramli, berkongsi tentang hal ini. Bukan untuk ibu sahaja, bahkan tulisannya juga ada menyebut tentang ayah. Tidak terhenti kehidupan seseorang hanya kerana dikurniakan anak.

Ayuh, baca penulisan ini;

Saya masih ingat kata-kata ayah yang menjadikan saya hari ini
-memilih untuk menjadi ibu dan terus berjalan demi sebuah ilmu.

Ibu Mampu Pegang Satu Jawatan Dalam Kerjaya Tapi Tak Gugur Peranan Sebagai Ibu

Kata mereka, anak perlu didahulukan.
Maka cita-cita dan impian itu terus dikuburkan, mati.
Ibu juga mampu memegang suatu jawatan dalam kariernya namun itu tidak akan menggugurkan peranannya sebagai seorang ibu.
Tahniah kepada ibu-ibu yang berusaha memastikan keluargamu telah disiapkan makanan sebelum keluar bekerja dan memastikan mereka pulang dengan hidangan di atas meja 🥺

“Memilih Menjadi Ibu & Uruskan Keluarga Adalah Ibadah.” Pengorbanan Kita Ajar Anak Tentang Hidup
Sumber foto: Facebook Pija Ramli

Begitu juga dengan ibu yang memilih untuk sepenuhnya melaksanakan tugasan di rumah namun itu tidak akan sedikit pun merendahkan penghargaan kepada dirinya.
Tidak semua ibu memilih untuk bekerja hanya kerana menginginkan gaya hidup mahal, untuk melancong setiap bulan.

IKLAN

Tidak semua ibu memilih untuk bekerja hanya untuk merasa tinggi.
Ada ibu yang di dadanya penuh cita-cita dan impian sejak awal demi sebuah ilmu.

Ayah mungkin tak boleh tinggalkan harta yang banyak tapi ayah akan tinggalkan ilmu sebab insya Allah dengan ilmu, dia akan jaga kakak sampai bila-bila ‘
Maka harta yang ada dilaburkan utk pendidikan anak.

Baca Juga:

“Perempuan Kalau Merajuk Suka Tengok Tingkap Eh?”. Gelagat Ayah Pujuk Anak Cuit Hati Warganet

Mudah Dukung Baby, Belakang Badan Pun Tak Sakit. Mona Allen Kongsi Cara, Guna Swaddle Je!

IKLAN

Anak Lebih Respect, Rapat Dengan Ayah. Buat Je Perkara Ni, Boleh Nampak Kesannya!

Tak Terhenti Hidup Ketika Kita Ada Anak..

Ibu ayah sekalian,
Hidupmu tidak akan terhenti apabila engkau melahirkan nyawa baru.
Tuhan tidak mengurniakan seorang anak hanya untuk mematikan semangat, harapan dan cita-citamu. Bahkan Tuhan mengurniakan anak untuk mengajarkanmu sesuatu.
Pandanglah anak, jagalah anak, didiklah anak dan teruslah mencapai cita-citamu. Kerana sememangnya anak dikurniakan Tuhan untuk mengajarkanmu tetap berusaha walau payah supaya akhirnya pengharapan hanya kepada Dia.

“Memilih Menjadi Ibu & Uruskan Keluarga Adalah Ibadah.” Pengorbanan Kita Ajar Anak Tentang Hidup
Sumber foto: Facebook Pija Ramli

Belajarlah, bekerjalah sekiranya itu yang terbaik untuk memberikan yang terbaik kepada keluargamu kerana cita-cita serta pekerjaan yang baik tidak akan membuatkanmu mengabaikan keperluan emosi anak dan suami walau harimu cukup sibuk.
Memilih menjadi ibu dan menguruskan keluarga adalah ibadah.

IKLAN

Anak Akan Belajar Tentang Ketabahan Dalam Hidup

Mencari ilmu dan bekerja juga satu ibadah.
Maka, teruslah melangkah.
Namun jangan lupa untuk berehat bila penat.
Gapailah impianmu agar suatu hari nanti anak itu akan turut belajar sebuah ketabahan dalam menjalani kehidupan dan menguruskan tekanan dengan menjadikan ibunya sebagai contoh.

This is me trying to set the baseline for my children -bukan berdasarkan jumlah wang di dalam akaun simpanan untuk persiapan hari tua, ataupun memandang harga diri berdasarkan simpanan yang ada tapi untuk menggalakkan growth mindset supaya simpanan yang ada terlabur dengan bermanfaat agar hari tua nanti dilalui dengan tenang untuk persiapan ke dunia abadi.

Pija Ramli
Catatan untuk diri sendiri.

Kadang-kadang kita mungkin terpaksa melupakan apa yang menjadi impian setelah sekian lama semata-mata hanya kerana menginginkan yang terbaik buat keluarga. Dengan kekuatan semangat dan sokongan orang sekeliling sebenarnya kita cukup kuat.

Percayalah setiap ibu dan juga ayah mempunyai kekuatan yang tak pernah kita rasakan yang kita mampu untuk melaluinya. Teruskan menjadi yang terbaik bukan hanya untuk anak-anak, tetapi dirimu sendiri!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI