Bila anak sakit, pastinya seorang ibu akan turut merasai kesakitannya. Apa lagi saat melihat anak yang menangis dek kerana kesakitan.

Menerusi beberapa entri di instagramnya, isteri kepada pelawak Fad Bocey, Syahirah A. Rahman berkongsi kisah anak kembarnya, Favian Adrazin Hayyan yang terpaksa menjalani pembedahan gigi semalam.

“Menangis Nak Pegang Mommy”, Anak Selamat Jalani Pembedahan, Syaheera & Fad Luah Rasa Syukur!

Namun menerusi entri terbaru, ibu kepada empat orang cahaya mata ini meluahkan rasa syukurnya sebaik pembedahan selesai.

“Hayyan dah okay. Cuma tengah lali ubat bius tak habis lagi. Dia bangun sat pastu terlena balik.

“Alhamdulillah atas doa kalian, hanya Allah yang boleh balas semuanya. Thank you to the best doctor nazatul in @avisenawcsh.

Terdahulu, menerusi entri berlainan, Syaheera memaklumkan anak kembarnya itu bakal menjalani satu pembedahan. Malah satu hantaran yang dikongsikan oleh Fad di instagramnya awal pagi semalam turut mendoakan semoga pembedahan anaknya berjalan lancar.

“Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan untuk Hayyan. Daddy dan mommy doakan Hayyan kuat ok. Doakan anakanda saya yang akan operation gigi jap lagi, ” kongsi Fad.

IKLAN

“Menangis Nak Pegang Mommy”, Anak Selamat Jalani Pembedahan, Syaheera & Fad Luah Rasa Syukur!

Ibu mana yang mampu melihat di saat anaknya menangis. Paling menghayat hati bila mana Syaheera turut berkongsi sekeping gambar ketika anak manja ini di bawa ke bilik pembedahan.

Apa lagi mendengar cerita Syaheera bila mana Hayyan menangis mahu bersama ibunya.

“Menangis Nak Pegang Mommy”, Anak Selamat Jalani Pembedahan, Syaheera & Fad Luah Rasa Syukur! “Menangis Nak Pegang Mommy”, Anak Selamat Jalani Pembedahan, Syaheera & Fad Luah Rasa Syukur!

“Part paling tak boleh tengok bila dia kena hidu gas. Dia menjerit nak pegang mommy. Sampai la dia tertidoq. I’m here Hayyan, waiting for you,” tulisnya.

Hayyan minta adik-adik doakannya

IKLAN

Satu entri yang dimuat naik Syaheera mengenai anak kembarnya itu mencuri perhatian seluruh peminatnya. Menerusi sekeping gambar yang dikongsikan Syaheera sehari sebelum pembedahan menunjukkan sikap matang dan penyayang Hayyan kepada adik-adiknya.

“Menangis Nak Pegang Mommy”, Anak Selamat Jalani Pembedahan, Syaheera & Fad Luah Rasa Syukur!

“Told him go hug Aminah and Zayyan sebab subuh kita dah kena keluar. Part paling sedih bila mommy dengaq dia cakap dengan adik-adik dia, “nanti semoga abang tau (semoga tu maksudnya doa)”.

“Dia keliru agaknya sebab sebelum tidoq malam selalu mommy mintak depa doa. Setiap kali doa mesti cakap semoga mommy daddy baik, semoga semoga semoga…hahahaha dia ingat semoga tu doa la.

“Menangis Nak Pegang Mommy”, Anak Selamat Jalani Pembedahan, Syaheera & Fad Luah Rasa Syukur!

“Tapi comel sangat bila dia pesan nanti semoga abang okay. Doakan everything will be okay for Hayyan,” kongsinya lagi.

IKLAN

Semoga Hayyan cepat-cepat sembuh dan dapat kembali ke pangkuan adik-adiknya segera.

Terdahulu Syaheera dan Fad berkahwin pada 14 Mac 2015 dan kini mereka dikurniakan empat orang cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.

Artikel berkaitan: Muka Dah Jadi Biru Sebab Takut, Syaheera Kongsi Detik Kelahiran Anak, Luah Penghargaan Buat Fad

Semangat Mommy Meneran, Ingatkan 3kg Rupanya, Syaheera Syukur Allah Mudahkan Perjalanan Bersalin Kali Ni

“Menangis Nak Pegang Mommy”, Anak Selamat Jalani Pembedahan, Syaheera & Fad Luah Rasa Syukur!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @syaheeraarahman & @fadbocey

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI