Apa salah si comel ini? Di buang dalam semak dan dibiarkan dalam cuaca panas benar-benar tindakan yang tidak bertanggungjawab. Mujurlah masih panjang umur apabila ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Masih berdarah, dihurung semut

Menerusi laporan Sinar Harian, penemuan bayi lelaki di kawasan semak di Jalan Sidang Hassan Bukit Katil, Melaka petang (4 November) disedari oleh sekumpulan kanak-kanak berbasikal.

Bayi lelaki yang dipercayai dibuang dan dihurung semut dan masih berdarah itu ditemui oleh seorang wanita sebelum membuat laporan.

“Menangis Saya Dukung Bayi Ni”. Ditinggalkan Dalam Semak, Dibalut Dengan Baju

Hanya dibalut dengan baju t-shirt

Yuszida Hashim, 40, berkata, bayi yang masih bertali pusat ditemui sekumpulan kanak-kanak berbasikal di kawasan berhampiran semak terbabit sebelum dia kebetulan melalui jalan itu dengan menunggang motosikal kira-kira jam 3 petang.

IKLAN

Menurutnya, dia segera mengangkat bayi yang dibalut dengan sehelai baju berwarna hitam yang hampir menutup mukanya, lalu memeluk bayi terbabit untuk mengurangkan tangisan sebelum meminta salah seorang kanak-kakak terbabit meminta sehelai kain batik dari rumah penduduk berdekatan untuk membalut bayi berkenaan.

“Menggigil dan menangis saya ketika melihat keadaan bayi itu, walaupun rasa serba salah lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik koronavirus (Covid-19) namun dalam fikiran saya ketika itu bayi itu perlu diselamatkan lebih-lebih lagi cuaca agak panas dan kakinya bercalar terkena lalang.

“Sedih rasa hati bila saya angkat di belakang bayi itu bukan sahaja penuh najis malah semut telah mula menghurungi bayi tersebut,” katanya sebelum salah seorang penduduk menghubungi ambulans dan polis,” katanya.

Tambahnya, dia percaya bayi berkulit cerah itu baharu dibuang kira-kira 10 minit sebelum dia berpatah balik dari sebuah kedai pisang goreng untuk pulang ke rumah di Taman Bukit Katil.

IKLAN

“Tadi masa saya lalu jalan ini untuk ke kedai kejadian, masih tiada apa-apa yang belaku, namun apabila patah balik memang terkejut ada bayi di semak dan saya terus menghubungi suami yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk beritahu kejadian itu,” kata ibu kepada dua anak.

“Menangis Saya Dukung Bayi Ni”. Ditinggalkan Dalam Semak, Dibalut Dengan Baju

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kes itu dari seorang lelaki yang menghubungi Balai Bukit Baru jam 3.05 petang.

Menurutnya, bayi seberat 2.2 kilogram (kg) sedang menerima rawatan di Wad Kanak-Kanak Hospital Melaka dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

IKLAN

Katanya, siasatan lanjut mendapati bayi lelaki itu tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan diberikan bantuan pernafasan kerana mengalami masalah jangkitan dan pernafasan bayi laju.

“Laporan hospital yang diterima mengatakan fizikal bayi juga dalam keadaan yang baik dan dipercayai lahir cukup bulan.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya

Sumber: Sinar Harian

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI