Tangisan bayi selalu membuatkan kita mula panik. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang baru berpengalaman menjadi ibu dan ayah. Tangisan bayi yang berpanjangan menjadi satu kerisauan. Bayi menangis itu normal kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi dengan ibu dan ayahnya.

Pun begitu jangan biarkan bayi menangis terlalu lama kerana ia boleh membuatkan bayi mula rasa tidak selamat dan selesa. Menurut Dr Redza Zainol, banyak kemas emosi yang akan dialami oleh bayi kecil kita jika kerap dibiarkan menangis pada tempoh yang lama. Ini yang dikongsikan beliau.

Menangis Tanda Bayi Berkomunikasi Dengan Mak Ayah, Tapi Jangan Biarkan Lama, Bahaya!


Kita yang tak tahu pasal perangai anak, boleh pula kita cakap bayi menangis tu sebab terlebih manja.

Bayi umur bawah 3 bulan yang normal dan sihat, akan menangis hingga 3 jam sehari. Mereka menangis sebab lapar, penat, tak selesa dan juga sebab dibiar keseorangan. Jadi dengan menangis lah cara mereka berkomunikasi dengan kita.

IKLAN

Mengikut kajian di Johns Hopkins University di Baltimore, mak ayah yang sentiasa beri perhatian pada tangisan bayi akan buatkan :

Menangis Tanda Bayi Berkomunikasi Dengan Mak Ayah, Tapi Jangan Biarkan Lama, Bahaya!

*Bayi rasa selamat
*Bayi rasa selesa
*Bayi rasa mereka disayangi oleh mak ayah
*Bayi rasa yakin untuk meneroka / bermain

IKLAN

Mak ayah yang tak beri perhatian pada tangisan bayi pula akan buatkan :

  • Bayi rasa jauh dari mak ayah
  • Bayi rasa tak disayangi oleh mak ayah
  • Bayi rasa sedih
  • Bayi rasa terputus hubungan dengan sekeliling

Menangis Tanda Bayi Berkomunikasi Dengan Mak Ayah, Tapi Jangan Biarkan Lama, Bahaya!

Ada satu lagi kajian yang mengatakan, bayi yang sentiasa rasa selamat dengan mak ayah sepanjang setahun pertama kehidupan, dia cenderung menjadi anak yang lebih berdikari, berkeyakinan dan gembira.

IKLAN

Jadi janganlah abaikan bayi kita bila mereka menangis. Sedih tau.

Kalau bayi masih menangis walaupun sihat, kenyang dan lampin dah ditukar, boleh cuba 6 cara mudah ni untuk redakan tangisan bayi.

  • Letakkan bayi atas rocking chair dan hayun perlahan-lahan.
  • Usap ubun-ubun atau tepuk belakang anak dengan lembut.
  • Cuba bercakap dengan anak atau bacakan ayat Quran dengan suara perlahan.
  • Bawa anak berjalan di halaman rumah dengan stroller atau berjalan kaki.
  • Bawa anak bersiar-siar menggunakan kereta.
  • Cuba sendawakan anak. Boleh jadi dia tak selesa sebab belum sendawa.

Menangis Tanda Bayi Berkomunikasi Dengan Mak Ayah, Tapi Jangan Biarkan Lama, Bahaya!

Bantu saya #sebarkan ilmu ni supaya lagi ramai mak ayah yang tahu cara menjaga bayi yang betul.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI