Mencabar sungguh bila anak asyik nak melekat sepanjang masa dengan ibu. Hilang sikit dari pandangan mata, meraungnya macam kena pukul. Bila keadaan ini berlaku, pandangan orang sekeliling buat kita pula sakit hati.

Mak-mak yang anak jenis ‘melekat’ je yang tau perasaan ni.

Perkongsian dari seorang ibu, Wawa Shauqi mengenai pengalamannya sendiri dan macam mana dia hadapi situasi tersebut dengan tenang.

Ingat lagi waktu beraya kali pertama dengan anak kecil. Mencabar juga jiwa dan perasaan ni. Celik je mata anak, dia minta dukung.

Bila orang lain dukung, langsung dia meraung. Macam lah orang tu pernah cubit dia. Yang terpilih pula rasa diri istimewa sangat. The Chosen One kekononnya.

Bila perangai tak nak kat orang tu dibawa ke kampung, rasa nak menangis dalam hati. Bukan takat menangis nak melayan kerenah anak yang melekat waktu kita bertempur di dapur. Tapi juga letih bertempur dengan makcik bawang di sekeliling.

“Kenapa anak kamu macam ni Wa?”

“Tapahape la anak ko ni. Mak mandi pon nak nangis.”

Mencabar Betul Anak Jenis Nak Melekat. Cuma Yang Terasanya Bila Orang Mengata

Uish, pedih hati Tuhan aje yang tahu. Tapi nak pedih lama-lama tak jadi, sebab teringat. Dulu, saya pernah komen pasal perangai anak sedara sendiri. Sekali, hambik ko! Allah bagi saya sendiri hadap. Padan muka! ?

Buat ibu-ibu yang ada anak overly attached ni, bebes…. i feel you. You all tak ada pilihan, bila balik kampung, atau jumpa orang luar, you all kena tebalkan hati.

IKLAN

Kalau ada yang belum kahwin nak mengata, senyum saja. Sampai masanya, dia sendiri akan merasa. Macam sis ni. Ops!

Bila dah sampai kampung, nak mengadap anak saja, memang tak bolehlah kan! Kat dapur banyak lagi kerja menanti. Nak tak nak, kena juga tunjuk muka, tunjuk effort.

Kalau tak, tahun depan tak ada siapa sudi nak beraya dengan kita. Yelah! Nampak muka time makan aje, siapa suka! ?
————————————————————————————–

Maka solusinya:

1) Bila anak menangis takut orang, bawa masuk ke bilik dan tenangkan anak dulu. Bila anak dah tenang, kembalilah buat kerja. Awal-awal kita akan letih melayan perangainya.

Luckily, anak akan belajar adapt dirinya jika kita beri peluang.

2) Kalau anak jenis taknak kat suami, ini lagi kesian. Lagi sedih kalau jenis suami tak ambil tahu.

IKLAN

Maka, pilihlah tugas mengupas bawang. Bila air mata sedih keluar, orang tak ada la suspicious sangat yang kita tengah kesedihan.

Paling tidak, orang mengusik, “Tak biasa potong bawang ke?” padahal menangis sebab hati tengah sakit, kan. ?

3) Minta bantuan suami/ anak saudara lain jagakan anak, sementara kita bantu adik beradik/ ipar duai di dapur.

4) Korbankan 1-2 utas sayur beri pada anak untuk dia main. Kalau anak masih masuk benda dalam mulut, pilihlah benda yang selamat.

Tak pun, beri peralatan dapur yang buat anak ralit di sebelah kita.

5) Kalau anak jenis dah pandai dengar cakap, sebelum sampai kampung, ingatkan pada anak berkali-kali.

Katakan yang mama akan busy tolong buat kerja dapur. Dan tak dapat nak melayan sangat.

IKLAN

6) Minta kerjasama dari anak saudara yang lain untuk melayan anak, sementara kita buat kerja.

7) Untuk yang tiada pilihan, jalan terakhir adalah, letak anak di gendongan dalam carrier.

Mudah orang nak simpati kat kita kalau kita buat kerja sambil gendong anak ni. Jarang orang sampai hati bagi kita buat kerja banyak-banyak.

————————————————————————————–

Banyak-banyak bersabar mommies. ‘Seperation anxiety’ di kalangan bayi berusia 6 bulan hingga 2 tahun adalah sangat normal.

Malah ia adalah petanda yang sihat bahawa kita dah bina ikatan yang kuat di antara anak. Bila dengan kita, mereka rasa lebih selamat.

Mencabar Betul Anak Jenis Nak Melekat. Cuma Yang Terasanya Bila Orang Mengata

Anak punya sayang kat kita, dah tahap macam lebih dari dia sayang kat organ badan sendiri. Bagi mereka, kitalah jantung, kitalah limpa dan kitalah nyawa mereka. Kalau berjarak sikit, terasa bagai berjarak nyawa.

Akan tiba masanya bila mereka mula beradaptasi dengan baik, perlahan-lahan kita akan rasa diri makin tak disayangi. Sobs!
Waktu tu, nak peluk cium kita pun dia takmo dah. Sebab rasa segan dilayan seperti budak kecik.

Sementara mereka masih nak melekat dengan kita ni, raikan ia sebagai saat yang akan dirindui.

Sumber: Wawa Shauqi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI