Wow memang terbaik. Usaha pelakon, Fasha Sandha menurunkan berat badannya ternyata membuahkan hasil malah menjadi inspirasi kepada ramai ibu-ibu.
Mana tidaknya, biarpun pernah melahirkan anak melalui kaedah pembedahan sebanyak tiga kali namun aktres handalan ini masih tetap berjaya mengekalkan bentuk badannya.
Menurut perkongsian Fasha melalui Instagramnya, dia yang mencuba tidak makan nasi selama dua minggu serta kekal dengan senaman dan latihan setiap hari berbangga kerana beratnya sebanyak 3.8kg dapat diturunkan.
Menurut kata Fasha lagi, walaupun dia tidak berdepan masalah berat badan terlampau atau pun obesiti, dia tetap mahu mendapatkan berat badan ideal untuk menjayakan sebuah watak sedikit masa lagi.
“Alhamdulillah tak makan nasi 2 minggu je and hari-hari workout berat turun 3.8kg. Tapi keseronokan tu macam turun 38kg oooo.
“Oh ya, mengikut ketinggian saya, saya tak overweight mahupun obese. Bmi saya kategori normal tapi saya nak runcing-runcing lagi untuk penggambaran watak heavy Dec nanti. Doakan saya ya,” katanya.
Ads
Bahkan paling membanggakan, kata Fasha dia rela untuk bersusah payah demi mendapatkan berat badan yang diinginkan berbanding jalan singkat lain untuk tampil runcing.
“Memandangkan saya tak memilih jalan pintas dan singkat, kena la bersiksa dan struggle.
“Jujur cakap, genetik saya genetik besar-besar, jadi memang kena mental kuat nak kurus ni. Doakan saya road to 60 berjaya ya Kesayanganku ❤️
Ads
“PT saya cakap, saya kena berbangga, sebab pernah mengandung 5 kali (2 kali keguguran) dan pernah melahirkan C-ser 3 kali, tapi BMI masih normal. Nangis jap. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Malah Fasha turut berkongsi tipnya yang turut mengamalkan diet eat clean untuk menurunkan berat badannya.
Dalam pada itu, usaha ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut dipuji ramai malah menjadi inspirasi untuk kekal cantik serta menurunkan berat badan ideal.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Lima sekeluarga melalui detik mendebarkan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki dihanyutkan arus deras di Jalan Bukit Rokan, Gemencheh, awal pagi tadi.
Memetik laporan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, kesemua mereka yang berumur empat hingga 40-an itu yang dalam perjalanan dari Jelai ke Bukit Rokan diselamatkan selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 12 tengah malam.
“Orang awam yang melalui kawasan tersebut nampak si ayah menolak kereta dan cuba membantu tetapi gagal kerana air terlalu deras dan dalam. Kita selamatkan empat ahli keluarga termasuk tiga anak pasangan berkenaan di atas kereta itu kira-kira jam 3 pagi.
“Si ayah sudah hanyut ke tengah ketika itu dan pasukan berjaya menyelamatkan mangsa hampir dua jam kemudian. Kesemua mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.”
Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut berdepan dengan cabaran berikutan air terlalu deras dan dalam serta terpaksa berpatah balik menggunakan laluan yang lebih selamat bagi mencari kenderaan yang dihanyutkan arus itu.
Sumber: Sinar Harian & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri semalam untuk membuka hampir keseluruh sektor ekonomi bermula 4 Mei ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengeluarkan SOP kepada pengusaha Taska untuk mereka beroperasi semula.
Dengan pembukaan semula taska-taska, ibu bapa yang bekerja mampu menarik nafas lega untuk kembali bekerja setelah Perdana Menteri mengumumkan sektor awam dan swasta akan mula beroperasi pada Isnin nanti.
Dalam SOP Taska yang dikeluarkan oleh MKN, terdapat tiga peringkat tindakan sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 yang perlu dibuat oleh pengusaha taska iaitu sebelum memulakan operasi, semasa operasi dan juga selepas beroperasi.
Sebelum memulakan operasi:
Pengusaha, guru dan kakitangan Taska perlu disahkan bebas Covid-19
Premis Taska mesti dibersihkan dan dinyah kuman.
Guru dan kakitangan Taska perlu diberikan latihan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan, serta pelaksanaan aktiviti
Mengisi Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan oleh kanak-kanak, ibu bapa/ penjaga dan kakitangan sebelum Taska beroperasi. Langkah Pencegahan Penularan Covid-19 (semasa operasi)
Semasa operasi:
Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala dilarang daripada berada di Taska dan perlu diasingkan untuk dirujuk bagi nasihat perubatan.
Kakitangan/ kanak-kanak yang pernah menjadi kontak rapat dengan orang disahkan positif Covid-19 atau baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke Taska dalam tempoh 14 hari.
Melaksanakan saringan sebelum masuk/ semasa berada/ sebelum balik setiap hari bagi mengesan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas. Kakitangan atau kanak-kanak yang mempunyai suhu badan 37.5° Celsius ke atas dilarang berada di Taska.
Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di Taska setiap hari sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari.
Pengusaha hendaklah menyediakan hand sanitizer
Meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak 1 meter di lantai khususnya di ruang makan, ruang tidur dan ruang membasuh tangan.
Penggunaan face mask dalam kalangan kakitangan sepanjang masa berada di Taska.
Melatih kanak-kanak Taska kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial.
Selepas operasi:
Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di Taska.
Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk memandikan kanakkanak terlebih dahulu, dan mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah setelah balik dari Taska.
Dalam pada itu, langkah yang perlu dilakukan sekirannya terdapat warga dalam Taska disahkan positif Covid-19 juga turut dinyatakan iaitu pengusaha Taska perlu:
Menutup Taska serta-merta.
Berhubung dengan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Melakukan disinfeksi mengikut panduan yang ditetapkan oleh KKM.
Turut dinyatakan dalam SOP berkenaan adalah waktu beroperasi yang dibenarkan dan juga kapasiti pekerja untuk setiap taska.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati siapa yang tidak luluh apabila kehilangan permata hati, apatah lagi anak yang selama ini menjadi sumber kekuatan dan kasih sayang dalam keluarga. Begitulah yang dirasai oleh penyanyi terkenal era 90-an, Rahmad Mega, apabila anak perempuannya yang istimewa, Nur Ara Elisya, menghembuskan nafas terakhir semalam.
Menerusi perkongsian Rahmad di media sosial, beliau memaklumkan bahawa anak tersayang, Nur Ara Elisya yang berusia 16 tahun telah meninggal dunia, meninggalkan seribu satu kenangan indah buat keluarga.
Berita duka itu dikongsikan Rahmad menerusi laman sosial Instagram.
“Assalamualaikum untuk semua warga Betong. Saya meminta maaf tidak dapat hadir untuk malam ini.
“Saya sudah berada di Kuching dan pergi ke lokasi, tetapi mendapat berita anak baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.
“Saya terpaksa bergegas balik ke Semenanjung,” katanya.
Isterinya yang juga pelakon, Ainina Ahmad B memaklumkan Allahyarham Nur Ara Elisya telah kembali ke rahmahtullah di Hospital Pakar Kanak-kanak UKM pada pukul 2 petang, Ahad.
Sementara itu, menurut Presiden Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) dan Timbalan Presiden Music Malaysia, Ayob Abd Majid, Rahmad dijangka tiba di Kuala Lumpur dari Kuching pada 9:30 malam ini.
Sekadar info, Nur Ara Elisya yang mengalami sindrom Prader-Willi pernah melalui pembedahan bertujuan meluruskan tulang belakang membengkok pada Februari lalu. Allahyarham merupakan anak bongsu Rahmad dengan Ainina.
5 Fakta Ringkas Sindrom Prader-Willi (PWS)
✅ Sindrom Genetik Jarang Berlaku
1 dalam 15,000 kelahiran, berpunca daripada kecacatan kromosom 15.
✅ Selalu Rasa Lapar (Hiperfagia)
Anak PWS sukar kawal selera makan, mudah alami obesiti jika tidak dipantau.
✅ Otot Lemah & Lewat Berkembang
Bayi lemah otot (hipotonia), lambat duduk, berjalan dan bercakap.
✅ Masalah Pertumbuhan & Hormon
Tumbesaran terbantut, perlukan rawatan hormon untuk bantu perkembangan.
✅ Perlu Sokongan Sepanjang Hayat
Rawatan, bimbingan dan kasih sayang penting untuk bantu anak jalani kehidupan lebih baik.
Sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.