Semalam berlangsungnya majlis Baby Shower & Gender Reveal Amyra Rosli di Delicious, Bangsar Village. Majlis tersebut dihadiri ahli keluarga serta rakan media bagi meraikan pelakon itu yang sedang hamil tujuh bulan. Menariknya kerana Amar Baharin juga tidak mengetahui jantina anak dalam kandungan Amyra.

Sempat berkongsi tentang pengalamannya mengandung kali ini, Amyra memberitahu dia sukakan makanan manis. Pun begitu, dia tetap mengawal pengambilan makanan manis kerana khuatir mendapat kencing manis.

Mengandung Kali Ni Asyik Kemas Rumah & Memasak, Amyra Hamil Anak Perempuan!

Berbeza dengan kandungan kali pertama, pada waktu itu Amyra lebih suka makan masam-masam. Pelakon cantik ini juga berkongsi yang kali ini badannya lebih besar. Doktor juga mengatakan yang berkemungkinan bayinya akan lebih besar dari anak pertama mereka.

Mengandung Kali Ni Asyik Kemas Rumah & Memasak, Amyra Hamil Anak Perempuan!

IKLAN
AMAR TERKEJUT & BERSYUKUR

Bukan sahaja tetamu yang hadir dikejutkan dengan pendedahan jantina anak kedua mereka, Amar sendiri terkejut apabila mendapat bayi mereka perempuan. “Dia memang rahsiakan daripada saya, dua bulan lamanya. Bila saya tanya, dia tak cerita apa-apa.

Waktu jumpa doktor pun, saya tak diberitahu tentang jantina anak. Jadi bila dapat tahu yang saya akan dapat anak perempuan, saya bersyukur sangat. Naluri saya merasakan anak lelaki, tapi tidak,” kata Amar apabila ditanyakan tentang kejutan ini.

RAJIN MENGEMAS RUMAH, SUKA MEMASAK

Menurut Amar lagi, untuk kandungan kedua ini Amyra sangat suka mengemas rumah. Kadang-kadang sehingga dia sendiri menyuruh Amyra untuk berehat. Berbeza dengan kandungan sebelum ini, Amyra juga suka memasak. “Dulu dia tak boleh memasak langsung. Pernah sekali dia minta saya belikan daun sup, saya tersalah beli daun ketumbar. Disebabkan bau daun ketumbar tu, Amyra terus tak boleh memasak. Tapi kali ni, asyik nak masak je. Apa saja yang ada, dia akan masak,” tambah Amar lagi.

IKLAN
PEMINAT KATA BABY GIRL

Amyra memberitahu yang dari dahulu Amar merasakan bayi mereka lelaki. Tetapi kebanyakan peminat membuat andaian yang dia hamilkan anak perempuan. Amar juga tidak tahu dari mana mereka dapat meneka jantina bayi mereka, tetapi katanya mungkin kerana peminat mahukan mereka mendapat ‘anak sepasang’, sebab itulah rata-rata peminat mengatakan yang kandungan isterinya itu adalah bayi perempuan.

Mengandung Kali Ni Asyik Kemas Rumah & Memasak, Amyra Hamil Anak Perempuan!

Apabila ditanyakan tentang nama anak, Amyra mengatakan yang mereka akan mula berbincang selepas pendedahan dibuat. “Letih dua bulan rahsia dengan Amar ni. Sebelum ini nak cerita apa-apa pun tak boleh, termasuklah nak rancang nama anak. Jadi, balik ni kami bincang tentang tu,” kata Amyra. Tambahnya lagi, hanya ibu dan adik-adiknya serta doktor yang tahu tentang jantina anak keduanya. Suaminya langsung tidak tahu dan bukan mudah untuk dia merahsikan hal sebesar ini daripada pengetahuan suaminya.

IKLAN
KALI INI LEBIH PENAT

Ada juga doktor beritahu, kandungan kali ini lebih besar dar Anaqi dulu. Berat badan saya pun naik banyak kali ini. Badan pun rasa lebih letih,” cerita Amyra. Kata Amar, untuk kandungan kali ini Amyra lebih banyak letih dan alahan berbanding dahulu. Walaupun nampak semua perbezaan itu, Amar tetap merasakan kandungan isterinya adalah lelaki kerana Amyra cenderung ke arah itu.

“Dia tengok nama lelaki, lepas tu cara bercerita pun macam baby boy. Rupanya semua itu lakonan dia untuk mengelirukan saya,” tambah Amar lagi.

Mengandung Kali Ni Asyik Kemas Rumah & Memasak, Amyra Hamil Anak Perempuan!

Pa&Ma mendoakan agar setiap urusan anda berdua dipermudahkan dan semoga baby dilahirkan dengan selamat. Amyra dijangka akan bersalin pada bulan Februari 2020 nanti. Tahniah buat Amar dan Amyra!

Sumber foto: Amar Baharin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI