Biasanya jika seseorang wanita menghampiri tarikh datang haid, pasti akan ada tabiat makan yang pelik-pelik. Ada yang suka makan manis-manis, ada yang asyik mengunyah dan ada juga yang sukakan makanan pedas. Itu adalah gejala PMS (Premenstrual Syndrome) yang menyebabkan wanita berasa tidak selesa atau berkelakuan pelik beberapaha hari sebelum kedatangan haid.
Gejala PMS ini tidak sama antara satu wanita dengan yang lain. Menjawab soalan dari pengikut media sosialnya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih lanjut tentang hal ini.
“Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk pengetahuan doktor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doktor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM. PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gejala-gejala yang menyebabkan seorang wanita merasa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum kedatangan haid. Malah ada yang merasa perasaan ini 7-10 hari sebelum haid. Gejala-gejala ini berbeza-beza dari seorang wanita dengan seorang wanita yang lain.
Jadi tidak hairanlah jika saudari mengalami perasaan pelik untuk memakan coklat secara berlebihan. Ia mungkin disebabkan apabila seorang wanita mengalami haid, beliau memerlukan beberapa mineral dan zat yang boleh digunakan untuk meredakan tekanan dan perubahan hormon pada masa itu.
Coklat pula adalah makanan ringan yang mengandungi beberapa bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan. Coklat dapat merangsangkan pengeluaran bahan biokimia semulajadi seperti serotonin dan dopamin di dalam otak. Ini dapat mengurangkan rasa sakit tanpa perlu memakan apa-apa ubat.
Wanita yang sedang haid juga mengalami kekurangan mineral magnesium atau zat besi (iron), makan coklat pula dapat menambahkan kandungan mineral-mineral ini dalam badan. Selain itu coklat mempunyai rasa yang sedap, apabila ia cair dalam mulut, kerana kandungan lemak dan gula di dalamnya merangsangkan deria perasa pada lidah pada tahap maksima.
Oleh itu banyak saintis mengatakan bahawa seorang wanita yang sedang datang haid memakan coklat bukan disebabkan tubuh memberitahu otak bahawa ia kekurangan mineral, tetapi kerana ketagihan terhadap rasa coklat yang sungguh nikmat itu.
Seorang wanita apabila mula mengambil coklat sebelum haid, berkemungkinan besar beliau akan mengambil coklat pada bulan-bulan berikutnya akibat ketagihan psychology ini. Bagi yang telah menjadi pengambilan coklat sebagai amalan, berkemungkinan besar beliau akan menambah bilangan atau kuantiti coklat yang diambil.
Pengambilan coklat sebagai makanan ringan sangat baik. Namun mengambilnya dalam kuantiti yang banyak boleh memudaratkan kerana coklat mempunyai kandungan kalori dan lemak yang banyak. Seorang wanita boleh manambah berat badannya dalam masa sebulan dengan mengambil coklat secara berlebihan (lebih kurang 6 bar coklat sehari).
Jika saudari mengalami masalah berat badan dan tidak dapat meninggalkan coklat, saya mencadangkan:
1. Makan coklat dalam jumlah yang sedikit
Ads
2. Ambil coklat yang berkualiti tinggi. Coklat gelap lebih tinggi kualiti dan rendah kalorinya berbanding dengan coklat susu
3. Mengambil buah-buahan sebagai ganti mengurangkan pengambilan coklat
4. Apabila ada rasa keinginan untuk makan coklat, cuba tunggu 15-30 minit. Jika masih tidak dapat menahan keinginan, boleh makan potongan kecil coklat gelap.
5. Ambil suplemen multivitamin setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sebelum kedatangan haid. Selain itu kurangkan garam, kafein dan gula dalam pemakanan dan melakukan senaman ringan. Ia membantu saudari mengurangkan rasa sakit senggugut dan gejala PMS yang lain.
#HealthDrZubaidi
Tabiat suka makan manis memang perkara normal yang akan berlaku pada seorang wanita sebelum datang haid. Bolehlah nak makan, tapi jangan sampai berlebihan pula ya. Ikutlah saranan Dr Zubaidi tentang pengambilan coklat yang dibolehkan untuk anda ambil sebelum atau ketika kedatangan haid.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung mereka tepat jam 3.40 pagi tadi.
Lebih menarik lagi, kelahiran penuh bahagia ini rupanya sama dengan kelahiran Mira sendiri iaitu pada 9 Syawal.
Menerusi Instagramnya, suami kesayangan Mira Filzah ini berkongsi perkhabaran gembira kelahiran itu malah turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana segalanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.
“Isteri syurgaku, Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40 pagi,” tulisnya.
Menurut kata Emir, isteri dan anak lelaki mereka kini berada di dalam keadaan baik, sihat dan walafiat malah amat bersyukur ketika mendengar tangisan zuriat mereka buat pertama kali.
Dalam pada itu, Emir turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan isteri dan anaknya hingga detik melahirkan.
“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
“May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA,” tulisnya berkongsi.
Ruangan komen pasangan ini turut dihujani dengan ucapan tahniah malah tidak sabar-sabar menanti perkongsian si comel kesayangan Mira dan Emir.
Terdahulu, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar disatukan pada 3 September 2020. Kehadiran putera sulung pasangan ini melengkapkan lagi bahagia mereka bersama. Tahniah Mira dan suami!
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam Perdana Menteri mengumumkan Malaysia akan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok sehingga 31 Mac 2020. Semua tadika, taska, sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup sepenuhnya.
Malah premis kerajaan dan juga swasta turut ditutup bagi membendung penularan pandemik covid-19 yang semakin hari semakin meruncing di seluruh dunia. Sehingga semalam 16 Mac 2020 Malaysia telah mencatatkan sebanyak 553 kes positif dengan 12 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Waktu dua minggu yang ada ini boleh digunakan oleh ibu dan ayah untuk meluangkan masa bersama anak-anak sebaiknya. Rancang aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan bersama supaya anak-anak tidak bosan sepanjang dua minggu berada di rumah.
Eksperimen basuh tangan guna sabun
Salah satu aktiviti yang boleh dibuat adalah membuat eksperimen yang menarik seperti yang dilakukan oleh Kevin Zahri dan anak-anaknya ini. Seperti yang kita sedia maklum salah satu langkah pencegahan dan mengurangkan risiko penularan virus covid-19 adalah sentiasa memastikan tangan berada dalam keadaan bersih.
Kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun selain menggunakan hand sanitizer amatlah digalakkan pada masa sekarang. Tapi biasalah anak-anak kalau tak disuruh liat nak membasuh tangan.
Eksperimen yang dibuat oleh Kevin dan anak-anaknya Rafael dan Mikaela untuk menunjukkan kepada kanak-kanak keberkesanan membasuh tangan menggunakan sabun untuk melawan kuman.
Dalam video tersebut Kevin menggunakan barang-barang yang ada di rumah untuk eksperimen tersebut. Antaranya bekas yang berisi air kosong, serbuk lada hitam dan juga sabun basuh tangan.
Mikaela dan Rafael turut melibatkan diri dalam eksperimen tersebut dengan mencelupkan jari mereka ke dalam bekas yang dikatakan mempunyai kuman itu. Menurut Kevin eksperimen yang dibuat bagi menjelaskan kepada anak-anak kenapa mereka perlu membasuh tangan menggunakan sabun dengan kerap.
Aktiviti-aktiviti sebegini memang bagus untuk dilakukan bersama si kecil di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Dengan menjaga kebersihan seperti ini semoga penularan virus dan juga kuman lain yang ada dapat dibendung. Stay safe everyone!
Isu tentang bersalin secara pembedahan caesarean atau normal ini selalu diperdebatkan. Kebanyakan orang suka menghukum cara ibu bersalin caesarean ini kononnya tak tahan sakit dan tak terhapus dosa. Walhal tujuan utamanya ialah menyelamatkan nyawa bayi yang sedang lemas.
Perkongsian dariapada Dr Say Shazril ini memang benar. Ada sesetengah yang beranggapan kaedah bersalin secara pembedahan dipandang jelik dalam masyarakat. Mentaliti perlu diubah & tidak terus menghukum. Periksa dulu punca ibu dibedah kerana kebanyakan kes caesarean adalah untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.
Dr Say Shazril menerusi kemaskini Instagramk mengutarakan hal ini apabila isterinya, Dr Azura Abas melahirkan anak pertama mereka, Aezril melalui pembedahan walau pun pada awalnya telah mencuba untuk bersalin normal.
Ia bukan pilihan yang dilakukan sewenang-wenangnya, nyawa bayi amat berharga. Dalam situasi cemas bayi lemas (fetal distress), pembedahan caesarean adalah cara yang terbaik.
Topik : Bersalin Ikut Tingkap
Setel cerita susu, satu lg isu yg masih dipandang jelik msyrkt adlh jika seseorang ibu itu bersalin ikut tingkap (pembedahan/ caesarean). Masih sy ingt bile org tny bini “bersalin normal ke?” pastu bile bini jawab “bersalin caesar” terus bini dpt satu pandangan ibarat “habisla xterhapus dosa ko sb xmrasa kesakitan contraction, hilang nikmat hidup sb ko xbersalin normal“. Tanpa menanyakan ape sebab bini ceasar diorang terus ade mindset yang bini bedah sebab manja tak mampu tahan sakit.
Ingat bini saya sewenang-wenangnya nak bersalin ikut tingkap ka? Ingat bini manja xmampu tahan sakit, padahal dia pernah sebulan warded in pain akibat doctor lambat diagnose dia ada appendicitis yang akhirnya pecah & bernanah hinggakan dia operation belah perut besar-besaran.
INGAT TAK TAHU BAB MENERAN
Ingat bini yang belajar as doctor ni tak tahu cara-cara nak meneran yakni jgn angkut punggung, jgn menjerit, focuskan pernfasan kepada peneranan ke? Ingat bersalin ikut tingkap ni aman damai tak terseksa ka coz lepas pembedahan recovery lagi rumit kalau xjaga elok-elok jahitan pada luka boleh terbuka/ bernanah belum lagi kalau terbersin, pedih die smpi berair mata bini menanggung.
FETAL DISTRESS JADI PUNCA Kepada yang baru follow sy, bini sy bersalin caesar akibat baby lemas (fetal distress) semasa sedang meneran maka persoalan sy, patutkah bini sy teruskan meneran yg mungkin memudaratkan nyawa bayi atau patutkah keselamatan bayi diutamakan dengn cepat2 mengeluarkan dia melalui pembedahan?
MEMILIH CAESAR UNTUK SELAMATKAN NYAWA BAYI Segala yg berlaku bukan pilihan kami, kami terpaksa memilih caesar demi menyelamatkan nyawa baby. Tanya la mane2 ibu, siapa yg ximpikan bersalin normal, jadi tak adil jika kita terus menghukum wanita yg terpaksa bersalin bedah ni. Cukup2 la dgn mentaliti kebelakang ni peeps nk masuk 2020 dh tp kalau pemikiran ibarat 1920 berat nanang bohhh.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.