Meniarap bukan sahaja boleh kuatkan leher bayi dan elak kembung, tapi ada banyak lagi kelebihan lain. Mulakan awal banyak lebih baik.

Jangan hanya dukung atau duduk di stroller sahaja, beri bayi masa untuk meniarap lebih lama! Tummy time atau meniarap ada banyak kebaikannya kepada bayi. Ia bukan sahaja satu milestone bayi, tetapi aktiviti rangsangan untuk si kecil. Menurut Aisyah Rozalli, Occupational Therapist (Juruterapi Cara Kerja) menerusi perkongsiannya di Facebook, bayi yang baru berusia sehari pun sudah boleh mula tummy time dalam jangka masa singkat iaitu seminit atau dua minit selepas selesai menyusu.

Meniarap Kuatkan Leher & Elak Bayi Kembung. Umur Sehari Dah Boleh Mula!

9 TIP MENIARAP KEPADA BAYI

  1. Boleh diberikan pada bayi seawal usia 1 hari.
  2. Mulakan dengan meletakkan bayi pada riba ibu ataudi atas bantal dan mengusap-usap bahagian belakang bayi. Ini akan membantu bayi berasa selesa dengan posisi meniarap (pastikan posisi bahagian kepala bayi lebih tinggi dari punggung pasa permulaan ini).
  3. Apabila bayi kelihatan lebih “alert”semasa meniarap di riba atau bantal, meniarapkan bayi di atas lantai atau tilam yang sedikit keras (supaya tidak terlalu terbenam. Jika mahu letak bayi di atas comforter, pastikan tidak tebal kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas jika bayi menyembamkan muka ke bawah).
  4. Mulakan tummy time selama hingga 5 minit dahulu dan tambahkan masa bila bayi semakin selesa dan semakin lama mengangkat kepala dalam posisi meniarap.
  5. Letak cermin kecil di hadapan bayi semasa bayi meniarap supaya bayi terstimulasi untuk melihat refleksinya pada cermin.
  6. Meniarap bersama bayi dan berbual dengannya (bayi bawah usia 1 bulan hanya mempunyai jarak penglihatan sejauh lebih kurang 13-15 cm. Jadi, anda perlu berada rapat agar bayi anda dapat melihat anda).
  7. Gunakan permainan berbunyi untuk merangsang bayi anda melihat ke arah bunyi tersebut.
  8. Pastikan anda ada bersama sepanjang aktiviti tummy time untuk bayi kecil. Elakkan dari membiarkan bayi tidur tanpa pengawasan semasa meniarap.
  9. Apabila bayi sudah pandai terlentangkan badannya dari posisi meniarap, ia menunjukkan bayi anda sudah mempunyai kekuatan atas tubuh yang lebih baik. Ia adalah satu pencapaian untuknya!

Meniarap Kuatkan Leher & Elak Bayi Kembung. Umur Sehari Dah Boleh Mula!

5 KEBAIKAN MENIARAP KEPADA BAYI

#1. RANGSANG KOMUNIKASI

IKLAN

Sambil meniarap sambil cakap dengan bayi, sambil tepuk-tepuk. Kita bagi stimulasi untuk tingkatkan ‘auditory attention’ bayi. Kalau nak seronok lagi, tiarapkan baby atas perut aama atau papa. Bagi bayi nampak muka mama dan papa, hubungan menjadi lebih rapat.

#2. KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU & LENGAN

Ini semua otot-otot utama yang akan bantu bayi anda belajar menghisap susu dengan lebih efisien, angkat kepala ke kiri dan kanan, belajar merayap dan merangkak dengan lebih mudah.

Otot-otot yang kuat ini pun penting untuk keselamatan bayi sebagai contog sekiranya dia tertidur meniarap atau mengiring, dia cukup kuat untuk pusingkan kepalanya dan selamatkan hidungnya dari tersembam dan lemas (semoga Allah jauhkan).

IKLAN

Meniarap Kuatkan Leher & Elak Bayi Kembung. Umur Sehari Dah Boleh Mula!#3. STIMULASI SENSORI DARI SEKITAR

Masa meniarap, bayi dapat melihat persekitarannya. Jadi tidaklah bayi hanya menatap siling dan ke atas sahaja. Bila bayi dapat tengok persekitaran, mereka akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input dari sekitarnya.

Meniarap Kuatkan Leher & Elak Bayi Kembung. Umur Sehari Dah Boleh Mula!

IKLAN

#4. ELAK ‘FLAT HEAD’

Bila bayi tidak mempunyai otot leher yang kuatakan berisiko untuk berbaring di sebelah bahagian sahaja. Maka, sebelah bahagian tersebut akanakan ‘flat’ atau leper. Ia dinamakan plagiocephaly.

#5. KURANGKAN KEMBUNG PERUT

Cuba letakkan bayi meniarap setiap kali lepas menyusu. “Burrrppp!” punya kuat bayi tu nanti sendawa. Maka, kuranglah risiko bayi kembung perut dan kuranglah potensi bayi meragam.

Sumber: OT AisyahRozalli


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI