Masuk sahaja bulan puasa, ramai ibu sudah mula bimbang kerana menyusu membuatkan mereka lapar, lesu, haus, mengantuk, susu drop, pening dan sebagainya. Malah hampir 90% ibu mengeluh susu mengalami penurunan ketika mereka berpuasa, manakala 10% pula tidak terganggu produksinya pada ketika berpuasa.

Menurut Dr Nurhaya Yaakob daripada Dr Nurhaya Lactation Center, Pulau Pinang, penyusuan boleh diteruskan seperti biasa dengan pengambilan makanan yang sihat dan tepat sepanjang bulan puasa. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau.


Komposisi air di dalam tubuh manusia adalah kurang lebih 65%-70%. Ini bermaksud peratusannya lebih dari setengah. Air digunakan dalam tubuh kita untuk mengawal suhu tubuh, memproses makanan di usus, metabolisme badan, memulihkan sel-sel yang rosak dan cedera dan berbagai-bagai lagi.

Pembentukkan susu adalah fungsi sekunder, di mana sekiranya ibu-ibu kurang minum air atau berada pada fasa dehidrasi, tubuh badan akan menjaga sistem-sistem ini dahalu, kerana jantung tetap harus berfungsi, otot tetap harus bergerak, suhu tubuh tetap harus di jaga.
Kesannya, produksi susu akan mulai menurun kerana bahan utama pembentukan susu adalah air. Di dalam susu ibu terdapat 88.1% air. Namun begitu pada saat berpuasa, badan akan berusaha menyesuaikan agar tubuh dapat beradaptasi dengan cara kurang kencing, kurang berpeluh dan sebagainya untuk menjaga kandungan air di dalam tubuh badan kita.

TIPS-TIPS MENYUSU DI BULAN RAMADHAN

1. Menjaga Hidrasi Tubuh
Kita berpuasa selama 12 hingga 13 jam tanpa makan dan minum namun ibu berpuasa masih berada dalam keadaan sihat tubuh badan. Jadi fasa 12 hingga 13 jam tanpa air dan makanan itu tidak akan memudaratkan keadaan penyusuan ibu sekiranya ibu menjaga hidrasi dengan baik setelah berbuka puasa. Maka ia akan menggantikan air yang kurang di siang hari.

Ada ibu yang sensitif dengan tidak minum dan tidak makan, tetapi penjagaan pengambilan air setelah berbuka puasa sangat membantu. Bagaimana caranya? Ambil air sedikit-sedikit tapi kerap contohnya :

Apabila berbuka puasa, minum satu gelas air dan diikuti dengan jumlah air yang lain selepas makan, dan diikuti setiap jam berikutnya. Tidak perlulah diambil pada satu tempoh dengan jumlah yang banyak.

IKLAN

Setiap kali lepas menyusu di malam hari, simpan botol air di sebelah katil agar mudah di capai setelah selesai menyusu di malam hari. Kemudian disusuli dengan jumlah air mencukupi ketika bersahur. Biar kerap tetapi sedikit. Elakkan jenis minuman tinggi gula.

2. Elak Minuman Berkafein
Pada masa berpuasa elakkan pengambilan minuman manis, minuman bersoda, kopi serta makanan yang bergaram tinggi. Kafien dan garam mempunyai kesan diuretik.
Apa itu diuretik? Diuretik adalah keadaan di mana kondisi atau sifat lajunya urinasi. Dalam bahasa mudahnya adalah apabila ibu mudah membuang air kecil kerana makan atau minum minuman berkafein serta mengambil makanan tinggi garam.

3. Elakkan Makanan Berminyak
Bila kita makan makanan bergoreng dan berminyak seperti sambal, rendang, kita akan mudah haus. Ketika bersahur elakkan jenis makanan -makanan berminyak seperti ini.

4. Pilih Makanan Low Glycemic Index (IG)
Pada saat ibu bersahur, amalkan pemakanan yang memiliki indek glycemik yang RENDAH. Apa yang di maksudkan dengan indeks glycemik adalah seberapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah.

Makanan yang meningkatkan gula darah dengan cepat di panggil HIGH GLYCEMIC INDEX yang terdiri daripada makanan seperti bubur nasi, mee maggi, bihun, keow teow dan rakannya.

IKLAN

Makanan yang meningkatkan gula darah secara sederhana di panggil MODERATE GLYCEMIC INDEX. Makanan yang meningkat gula darah secara perlahan di panggil LOW GYCEMIC INDEX. Jenis makanan ini pula terdiri daripada jenis kekacang, sayuran, buah-buahan berserat serta bijirin. Variasikan pilihan makan rendah IG dan berwarna warni.

Tips memilih pemakanan Rendah IG:
• Pilih satu jenis makanan rendah IG ketika mengambil snek atau hidangan utama.
• Makanan makanan tinggi IG dalam jumlah yang sedikit.
• Pilih beras basmati.
• Pilih roti bijirin dan pasta gandum penuh (whole grain).
• Amalkan pengambilan kacang dan lentil seperti kacang kuda, chia seed, dan sekutunya.
• Pilih kentang rebus berbanding kentang lenyek.
• Amalkan suku-suku separuh di saat berbuka puasa serta sahur.

5. Makan Buah Tinggi Kandungan Air
Tembikai, sengkuang, oren adalah antara buah yang tinggi kandungan air. Buah-buahan yang tinggi serat dan tinggi air bagus untuk menjaga pencernaan agar tidak sembelit.

6. Elak Skip Sahur
Sekiranya ibu merasakan tidak berselera untu bersahur, pilih makanan yang tidak terlalu berkuah, tidak berminyak, tidak bergoreng, tetapi memiliki ciri-ciri makanan di atas. Jangan terlalu diikutkan nafsu demi kesihatan ibu. Anda perlu makan dan minum ketika sahur untuk menyusukan anak.

7. Jadual Perahan Tepat
Apabila menjelang Ramadhan, kita sangat khuatir akan keadaan di mana lesu dan mudah terjadinya kurang gula dalam darah seperti pening dan pitam. Bagi ibu yang mempunyai jumlah stok yang banyak, disarankan untuk mengurang satu jadual perahan, demi menjaga fokus dan produktif semasa bekerja. Maka apa yang ibu boleh lakukan adalah:

IKLAN

Perah sesi 1: Sebaik sahur sambil menunggu solat subuh.
Perah sesi 2: Pada jam 10-11 hari
Perah sesi 3: Pada jam 3 petang
Direct feeding setelah pulang kerja (balik kerja awal)

Sekiranya ibu memerah stok untuk esok hari atau pada hari berikutnya maka teruskan memerah seperti biasa. Sekiranya dikurangkan bimbang produksi susu semakin menurun sehingga tidak cukup untuk hari-hari seterusnya.

Salah satu cara yang ibu boleh aplikasikan adalah berpuasa selang sehari sekiranya benar-benar tidak mampu. Selang sehari adalah lebih baik bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, mudah pening dan hilang fokus. Ini akan membuatkan ibu dapat berehat seketika.

8. Power Pumping
Power pumping adalah salah satu cara meningkatkan produksi susu bagi ibu-ibu yang menjadi eksklusif pumping mother. Ibu hanya perlu membuat power pumping ini sekali dalam seminggu, atau dua kali sekiranya berlaku penurunan terlalu banyak. Pilih pada hari bercuti agar ibu dapat berehat. Lakukan sebelum tidur dan buka bangun di tengah malam. Lakukan power pumping setiap minggu untuk menjaga produksi susu.

POWER PUMPING DOUBLE PUMP
10 minit pump -10 minit rehat
10 minit pump -10 minit rehat
10 minit pump -10 minit rehat
Total = 60 minit

POWER PUMPING SINGLE PUMP
10 minit kiri, 10 minit kanan
10 minit kiri, 10 minit kanan
10 minit kiri, 10 minit kanan
Total = 60 minit

9. Breast Compression
Lakukan breast compression pada saat penyusuan terutama di petang hari kerana pada saat ini aliran susu semakin perlahan. Breast compression dapat membantu meningkatkan aliran susu lebih laju dan bayi pun tidak terlalu marah ketika menyusu.

Yakin bahawa ibu boleh melakukannya! berusaha dan kemudian bertawakal kepadaNya disamping mengamalkan pemakanan yang sihat.