Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.

Meriah Keluarga Datin Almy Nadia Main Badminton Dengan Raja Azura, Semuanya Di Pa&Ma Playdate!

Untuk episod pertama yang telah bersiaran pada 18 Mac 2023 yang lalu telah memaparkan keluarga Datin Almy Nadia beriadah dengan Raja Azura (Kak Engku) dan anak perempuannya. Menariknya episod kali ini, kedua-dua buah keluarga bermain badminton bersama. Memang gamat betul!

Meriah Keluarga Datin Almy Nadia Main Badminton Dengan Raja Azura, Semuanya Di Pa&Ma Playdate!

Sambil bermain badminton, mereka telah berbincang tentang topik keibubapaan. Datin Almy dan Kak Engku berkongsi pendapat tentang gaya parenting terbaik. Sambil itu juga mereka berkongsi cara mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.

IKLAN

Meriah Keluarga Datin Almy Nadia Main Badminton Dengan Raja Azura, Semuanya Di Pa&Ma Playdate!

Menurut Datin Almy dia seorang ibu yang tegas dan telah menerapkan tentang kasih sayang dan menjaga adik beradik pada anak-anaknya. Didikan itu juga bagi membentuk tanggungjawab dalam diri mereka.

Meriah Keluarga Datin Almy Nadia Main Badminton Dengan Raja Azura, Semuanya Di Pa&Ma Playdate!

IKLAN

Turut berkongsi gaya parenting dia dan suami, Datin Almy juga tidak menafikan denggan peredaran masa sekarang ada masanya anak-anak perlu dididik dengan gaya western parenting. Dalam episod ini juga menunjukkan disipling anak-anak Datin Almy yang harus menyelesaikan kerja sekolah mereka sebelum dibenarkan untuk keluar rumah.

Meriah Keluarga Datin Almy Nadia Main Badminton Dengan Raja Azura, Semuanya Di Pa&Ma Playdate!

IKLAN

Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta famili telah diketengahkan. Dengan keluasan tempat duduk, keluarga Datin Almy sangat selesa sepanjang perjalanan di dalam kereta tersebut. Memang luas dan selesa!

Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.

Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI