Tahun ni Astro sambut raya #MeriahLainMacam! Sepanjang bulan Mac, Astro telah mengadakan acara penuh kemeriahan sempena lagu raya terbaharu berjudul Nyam Nyam Ketupat yang telah dinyanyikan oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy.
Acara Nyam Nyam Ketupat ini menyaksikan kehadiran selebriti terkenal seperti Sherry Alhadad, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Azira Shafinaz dan ramai lagi. Keluarga Yana Samsudin dan Alif Muhaimin pun ada!
Hadiah Istimewa dan Kempen Menarik Menanti!
Ads
Astro tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan suasana, dan sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung, mereka turut mengedarkan tote bag istimewa, sampul raya eksklusif, dan kurma sebagai simbol menyambut bulan yang mulia ini.
Paling menarik, terdapat kempen Menangi Bermacam-macam Hadiah dengan Astro One sempena Ramadan dan Raya! Para pengunjung berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang pasti membuatkan sambutan Raya tahun ini lebih meriah.
Ads
Peluang Menang Hadiah Bernilai RM200,000!
Bukan hanya hadir untuk hiburan semata-mata, pelanggan juga berpeluang menyertai kempen Astro One yang berlangsung dari 1 Februari hingga 26 April. Hadiah bernilai sehingga RM200,000 menanti para pemenang . Ada TV, tablet, telefon pintar, pengering rambut jenama Dyson, Periuk Le Creuset, baucar Touch ‘n Go, Shopee dan banyak lagi.
Ads
Mereka yang melanggan di outlet terpilih atau secara dalam talian turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah menarik dan nikmati pengalaman meriah lain macam dengan Astro One!
Pelanggan sedia ada juga boleh turut serta dalam kempen ini dengan menaik taraf ke Astro One atau menambah Astro Fibre.
Pastikan anda tidak ketinggalan! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan cara untuk menyertai, layari laman web rasmi astroinfo.co/rara2025
Jom raikan Ramadan dan Raya bersama Astro, penuh dengan keceriaan, hadiah menarik, dan kenangan manis bersama yang tersayang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila merancang pergi bercuti bersama anak-anak, tentunya ibu ayah akan mementingkan keselesaan dan keriangan anak.Selain wajib ada kolam atau taman tema air, hotel yang menyediakan ruang untuk anak-anak melakukan aktiviti atau play area menjadi keutamaan apabila memilih hotel. Dengan adanya kemudahan sebegini mampu membantu mengurangkan ragam anak-anak kecil.Secara tidak langsung membolehkan ibu ayah berehat tanpa gangguan anak-anak. Malah kemudahan ini juga membuatkan anak-anak boleh bermain sehingga waktu malam . Disebabkan itu juga,terdapat beberapa hotel dan resort menawarkan konsep children friendly atau hotel mesra kanak-kanak yang menjadikan kanak-kanak tetamu istimewa mereka.Apa lagi ibu ayah? Jom bercuti dengan memilih mana yang sesuai dengan keperluan,selera dan bajet masing-masing. Selamat bercuti!
1.Philea Resort and Spa, Melaka
Resort lima bintang ini terletak di Ayer Keroh, Melaka menawarkan percutian eksklusif di kelilingi alam semulajadi yang menghijau serta deruan air yang mendamaikan. Pastinya ia memberikan ketenangan kepada anda dengan suasana sebegini. Di sini anda boleh bersantai di kolam renang atau memanjakan diri di spa yang disediakan. Anak-anak selain mandi di kolam , tentunya teruja untuk meluangkan masa bermain di bilik bermaian kanak-kanak, Phili Kidz. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 9.30 malam. Di sini, anak-anak anda dapat meluangkan masa di persekitaran indoor yang dilengkapi aktiviti dan kemudahan mesra kanak-kanak agar mereka dapat terus aktif sementara anda berehat dan menikmati percutian dalam persekitaran yang mendamaikan.
2.Heritage Hotel, Cameron Highlands
Bagi yang inginkan suasana percutian dingin dan nyamaan Cameron Highlands adalah lokasi terbaik! Antara hotelnya ialah Heritage Hotel menawarkan penginapan yang tenang sesuai jika anda inginkan penginapan yang lebih dikelilingi alam semulajadi. Selain itu, anda sekeluarga juga boleh memilih untuk bermain pool, air hockey ataupun table football pada harga tambahan di game room yang disediakan. Sementara anda meluangkan masa bersama di game room, anak-anak yang lebih kecil pula boleh berseronok di play area yang sesuai untuk kanak-kanak usia pra-persekolahan. Jika anda gemar membaca, mini library yang disediakan adalah satu lagi pangkalan istirahat yang sesuai untuk anda.
3.Hotel Legoland, Nusajaya Johor
Memang tidak dinafikan hotel ini antara pilihan ramai untuk menjadi penginapan percutian kerana ia mesra kanak-kanak. Terdapat 3 tema untuk dipilih – Kingdom, Pirate dan Adventure. Apabila berada di lobi hotel, pastinya anak-anak kagum apabila kawasan lobi dibuat seperti taman permainan dengan mainan lego yang boleh dimain oleh kanak-kanak. Di satu sudut disediakan lego blok besar untuk kanak-kanak yang lebih muda usianya, dan di situ juga disediakan mainan x-box. Kanak-kanak bebas untuk bermain di kawasan ini dengan penuh keriangan. Lebih mengejutkan, apabila sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam lif hotel, muzik rancak dimainkan beserta cahaya lampu ala-ala lampu disko di dalam lif. Anak-anak pastinya melompat keriangan mengikut rentak muzik!
4.Golden Sands Resort, Pulau Pinang
Ia adalah salah satu hotel yang menjadi pilihan percutian keluarga terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak bersama. Terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, resort ini menawarkan pelbagai aktiviti kanak-kanak, sesuai bagi mereka yang memang mahu meluangkan masa bersantai di hotel. Selain bermain air di Splash Zone, hotel ini juga menyediakan kelab kanak-kanak yang dinamakan Cool Zone untuk tetamu berusia 5 ke 12 tahun dari pukul 9.30 pagi ke 9.00 malam. Ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak mereka di sini untuk meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti yang dijudualkan. Terdapat petugas yang akan menjaga dan memantau kanak-kanak di sini. Sebagai tambahan, Golden Sands juga menyediakan kawasan indoor playground yang dinamakan Adventure Zone, bukan sahaja untuk kanak-kanak, malahan terbuka untuk orang dewasa juga. Jadi, bukan sahaja anak-anak boleh berseronok, malahan anda sendiri boleh kembali ke zaman kanak-kanak dan berseronok bersama mereka!
5.Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan
Antara sebuah hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa. Sebuah hotel 5 bintang berkonsepkan hotel di atas air, serta mempunyai private pool dan bilik stim (sauna) disetiap bilik. Dengan ini, anda nikmati segala kemudaha secara privasi tanpa sebarang gangguan. Malah kedudukan hotel yang terapung atas air membuatkan anda dan seisi keluarga akan disajikan dengan pemandangan yang indah laut. Kalau anda menginginkan sebuah percutian yang mewah dan berprivasi, inilah salah satu penginapan yang boleh dijadikan pilihan. Selain itu, setelah puas berendam dan bermain air, boleh membawa anak melakukan aktiviti di bilik permainan di Kidz Word yang terletak di bangunan utama hotel ini.
Selamat bercuti!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah anda ibu bapa kepada anak-anak yang sedang membesar? Jika ya, jangan lepaskan peluang datang ke Malaysia Islamic Children’s Fair (MICF) yang akan diadakan pada 21 – 23 November ini, di Shah Alam Convention Centre.
Hujung minggu ini sememangnya hari yang sesuai untuk membawa anak-anak ke pameran berkaitan dengan perkembangan dan keperluan mereka khususnya kanak-kanak Muslim. Pameran yang diadakan buat kali ke-2 ini menyediakan perkongsian aktiviti, produk dan perkhidmatan berkaitan perkembangan anak-anak Muslim.
Ibu bapa dan pendidik boleh menjadikan pameran ini sebagai platform untuk meneroka material dan metadologi dalam perkembangan pendidikan anak-anak bagi membantu pembangunan fizikal, rohani dan emosi mereka mengikut acuan Muslim yang betul.
Ibu bapa dan usahawan saling dapat berhubung antara satu sama lain dalam membangunkan perkembangan pendidikan kanak-kanak Muslim. Pa&Ma turut mempunyai booth jualan majalah di MICF. Anda boleh mendapatkan majalah Pa&Ma dan Genius Pa&Ma sepanjang tiga hari pameran ini berlangsung.
Menariknya di MICF akan diadakan acara PlayVenture iaitu program unik yang menggabungkan ruang bermain (play area) dengan pembelajaran aktif (active learning). Ruang seluas lebih kurang 216 meter persegi ini memuatkan pelbagai aktiviti bermain yang mengandungi unsur pembelajaran yang diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak secara holistic.
PlayVenture berkonsepkan permainan kreatif (creative play). Ia seolah-olah membawa kanak-kanak berada di sebuah bandar yang dipenuhi dengan pelbagai ruang dan peluang meneroka sesuatu yang baharu dengan cara yang menyeronokkan.
Setiap ruang dihiasi dengan rekaan yang sesuai dengan aktiviti di tempat tersebut. Antara ruang aktiviti yang disediakan adalah:
Setiap ruang akan disediakan poster maklumat tentang manfaat aktiviti tersebut dalam kalangan kanak-kanak. Diharapkan melalui aktiviti di PlayVenture, kanak-kanak mampu mengurangkan diskriminasi terhadap mereka yang berlainan upaya dari mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...