Punya gaya yang tersendiri, lantang bersuara dengan isi yang bernas, dan penuh semangat bila bercakap tentang seni itulah Mimi Fly.
Di sebalik personalitinya yang nampak funky dan bertenaga di atas pentas, Mimi sebenarnya seorang wanita yang punya impian jelas, hati yang besar dan jiwa seni yang sangat halus. Setiap gerakan dan bait lagunya, pasti ada makna yang ingin disampaikan.
Majalah Pa&Ma bertuah dapat bertemu Mimi dalam satu temubual eksklusif sempena majlis NR Glam Raya dan pelancaran produk NERA Postnatal.
Dalam sesi yang penuh inspirasi itu, Mimi bukan sahaja berkongsi tentang kejayaan lagu Serumpun, tetapi juga cerita di sebalik tabir bagaimana dia membawa seni ke satu tahap yang lebih bermakna melalui bahasa isyarat.
Bertemu Mimi Fly dalam suasana penuh glam nyata aura positif dan semangatnya begitu menginspirasikan. Dalam temubual santai tapi penuh makna, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham berkongsi tentang perjuangan dan impiannya dalam bidang seni.
“Serumpun” Lagu Penyatuan Yang Menjadi Fenomena
Lagu ciptaannya sendiri, “Serumpun”, telah menjadi trend luar biasa di media sosial. Rentak catchy dan mesej penuh kasih sayang buat rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan latar belakang tak segan silu menyanyi dan menari bersama.
“Saya nak semua rasa disatukan, satu hati kita semua ‘serumpun’ walaupun berbeza budaya,” kata Mimi sambil tersenyum.
Ads
Tapi lebih menarik, bila lagu ni mula tular, ramai perasan satu benda – gerakan tangan dalam persembahan Mimi bukan sekadar tarian biasa, tetapi gerakan bahasa isyarat.
Bahasa Isyarat, Seni Yang Menyentuh Jiwa
Mimi kongsikan saat magis bagaimana tercetusnya idea untuk masukkan elemen bahasa isyarat dalam lagu Serumpun.
“Masa ilham tu datang, memang meremang satu badan.”
“Bagi saya, bahasa isyarat tu satu seni. Saya nak dekatkan diri dengan komuniti orang kurang pendengaran supaya semua orang boleh ‘dengar’ dan rasa karya saya.”
“Tak sangka, ramai juga sebenarnya yang macam saya – mula sedar dan alert tentang pentingnya penglibatan OKU dalam seni.”
Ads
BELAJAR DENGAN CIKGU OKU
Mimi akui dia tidak fasih dalam bahasa isyarat pada awalnya, namun mula belajar secara serius.
“Saya memang nak belajar. Saya tak ada ramai kawan dari golongan OKU, tapi itu bukan alasan. Saya mula belajar dengan Cikgu Amril, guru pendidikan khas yang pekak dan bisu. Dia sangat sabar, kelakar, dan karakter dia sangat kuat sampai buat saya jatuh cinta dengan bahasa ni.”
“Cikgu Amril bukan ajar saya bahasa isyarat Malaysia je, tapi juga yang lebih universal, termasuk English sign language. Dari situ, minda saya terbuka.
“Saya sedar seni ni tak sepatutnya eksklusif untuk golongan tertentu je. Semua orang berhak rasa keindahan dalam muzik, termasuk komuniti yang istimewa ni.”
Ads
Mimi juga percaya, bila kita belajar bahasa mereka, kita tak ada lagi benteng dengan komuniti OKU.
“Saya sentiasa belajar. Tapi saya percaya, bila kita faham bahasa isyarat, kita sebenarnya dah mula faham isi hati mereka.”
Seni Yang Membina Jambatan Kasih Sayang
Mimi Fly bukan calang-calang artis. Apa yang dia buat bukan sekadar menyanyi atau menghibur tapi menyentuh hati, membuka ruang untuk semua orang rasa disertakan.
Karyanya Serumpun, dengan gabungan muzik dan bahasa isyarat, adalah bukti seni mampu jadi alat penyatuan, pengertian dan kasih sayang merentas batasan fizikal dan budaya.
Majalah Pa&Ma bangga dapat bersama Mimi Fly dalam satu sesi eksklusif yang penuh inspirasi ini.
Semoga usaha seni Mimi terus diberkati dan jadi contoh untuk lebih ramai penggiat seni tempatan agar berkarya dengan hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila bergelar ibu ayah, hidup kita pastinya berubah 360 darjah selepas kehadiran cahaya mata. Segala cara hidup berubah sama sekali. Ia memberi peluang untuk belajar mengutamakan keluarga. Apa-apa mesti anak didahulukan dan jadi keutamaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan rumah tangga dan anak-anak, kadang-kadang kita perlukan masa untuk “pause” dan ketawa bersama. Kena jaga juga ‘mental health’ untuk elak sebarang tekanan pada diri ibu ayah malah juga anak!
Itulah sebabnya Muzikal Lawak Superstar 2025 (MLS5) menjadi pilihan ramai ibu ayah, sebuah program yang bukan saja menghiburkan, tetapi selamat untuk tontonan anak-anak.
TEMA MLS5 SESUAI TONTONAN SEISI KELUARGA
Dengan tema unik Clash of Empire, setiap kumpulan membawa watak seperti pahlawan, raja, maharani dan legenda dunia menjadikan persembahan bukan sahaja lucu, tetapi kreatif dan penuh nilai cerita. Anak-anak pasti teruja melihat kostum, props dan muzik yang digunakan.
Musim ini juga menampilkan ramai wajah yang dekat dengan penonton Malaysia seperti Achey, Zulin Aziz, Joey Daud, Fad, Man Raja Lawak dan ramai lagi, membuatkan program ini senang dicerna oleh seisi keluarga.
Menjelang Final MLS5 pada 29 November, hanya empat kumpulan terbaik akan berentap:
• Nanas
• Kimbab
• Roda
• Puteh
Setiap persembahan disajikan dengan karya muzikal yang disusun rapi, lengkap dengan lagu, naratif dan mesej yang anak-anak pun boleh faham.
Jadi hujung minggu ini, apa kata jadikan MLS5 sebagai agenda family time? Bersama-sama ketawa, berehat dan raikan detik ringan bersama keluarga. Strim secara langsung di Astro Prima, Astro GO & sooka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cikgukreatif, ‘tangkap’ gambar murid kelas guna kotak, ‘vibe’ macam di studio. Tugas seorang guru tidak semudah yang disangka. Perlu kreatif ketika terutama apabila mengajar murid sekolah rendah.
Murid-murid sekolah rendah lebih suka belajar sambil membuat aktiviti yang menyeronokkan. Jadi, cikgu haruslah mempunyai banyak idea untuk mengajar murid-murid di dalam kelas.
Cikgu Kreatif, ‘Tangkap’ Gambar Murid Kelas Guna Kotak
Tular baru-baru ini apabila seorang cikgu lelaki dipuji ramai gara-gara kreativitinya mengambil gambar kelas dengan menggunakan kotak.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cekguzul, kelihatan cikgu itu berkongsi proses mengambil gambar kelas dengan muridnya menggunakan kotak kosong yang boleh memuatkan setiap orang di dalamnya.
“Prosesnya sangat menyeronokkan. Selain seronok dapat muat dalam kotak, saya dan murid-murid seronok dapat buat sama-sama projek deko kelas kami ini.
“Doakan kami juga dapat tambah baik kelas kami lagi termasuklah langsir atau mungkin dinding ke kan? Sekarang tengah usahakan untuk jadual dan info murid dulu,” katanya.
Memang seronok dapat cikgu kreatif. Murid-murid pun teruja nak masuk kelas!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian. Sebelum berumah tangga, sudah tentu kita memasang niat untuk menjadi yang terbaik buat pasangan.
Tetapi semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri?
Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelahkanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood. Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua. Awal perkahwinan, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah. Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan. Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya, menangis.
Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang ister mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.