Tak perlu nak pening-pening fikirkan apa menu yang sesuai untuk anak mengunyah. Salah satu yang boleh dicuba adalah dengan menyediakan mini crunch choco jar yang menggunakan tiga bahan je.
Berbaloi buat sendiri kerana sangat mudah. Masak secara double boil dan gaul saja. Cuma yang penting, coklat yang dicairkan mesti dicampurkan dengan sedikit minyak untuk pastikan ia cair dan tidak beku bila hendak makan.
Nak lagi mudah, letak dalam bekas kecil-kecil dan sedia dimakan bila-bila masa. Nak tahu lanjut resipinya, ini yang dikongsikan oleh Fainda Farahin Fainda Farahin
Bahan-bahan
3 keping coklat Cadbury
500 gm mini crunch (boleh beli kat bakery)
1 cup minyak jagung/minyak masak
Ads
Cara membuatnya:
– Bakar mini crunch selama 5 minit dalam suhu 150 celcius
Ads
– Double boil coklat dan minyak. Saya masukkan sedikit dark chocolate untuk kurangkan manis.. *optional untuk dark chocolate
– Setelah kesemua cair.. pastikan coklat betul-betul sejuk ye baru masukkan ke dalam bekas.
Ads
– Masukkan mini crunch dan chocolate ke dalam bekas. Dah siap. Selamat mencuba
Teringin nak dapatkan barangan pada harga jimat, klik saja di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak menolak satu-satu jenis makanan, itu bermakna mama perlukan menu baru untuk mengubah seleranya. Selain nasi yang dijamah setiap hari, mama boleh sediakan menu barat yang diolah menjadi lebih santai seperti ala-ala Sherperd Pie.
Menu Pai Kentang Ayam yang dikongsikan oleh Aida Azmir ini nampak menarik. Kaya keju yang mampu menaikkan berat anak. Sesekali bangkit juga selera anak dengan menu berkeju. Hebat!
Menu ni ala-ala Sherperd Pie. Bezanya saya kukus je. So tak ada masalah kalau ada yang nak guna oven. Let’s start ~
Semua bahan biasa yang ada dirumah, perasa hanya guna semasa rebus kentang saya letak garam sedikit. Dalam menumis saya letak sedikit lada hitam serbuk. (Tak letak pun boleh) . Menu ni ikut kesesuaian umur anak-anak momies semua yea. Tapi untuk anak saya dari umur 8 Bulan saya dah start bagi dia cuba makan ni. So selamat mencuba!!
Pai Kentang Ayam
Bahan-bahan:
Kentang
Isi Ayam (daging cincang, udang pun boleh)
Bawang Holland
Bawang putih
Lobak merah -cendawan butang kalau suka pun boleh)
Susu full cream
Cincang kecik-kecik ikut kesesuaian umur anak.
Bawang semua cincang (yang ni kasar sikit).
Kentang perlu direbus dulu, sejukkan dan lenyekkan. Dah siap macam Mashed potato kan tapi belum siap lagi.
Tumis bahan semua yang ada tadi, masukkan isi ayam, lobak dan susu full cream. Biarkan didih seketika hingga sedikit kering.
Bahan utama dah siap. Masukkan isi ayam & kentang lecek ke dalam cup/foil @ mangkuk tahan panas. Ratakan dengan elok.
Yang ni cheese. Nak letak mozzarella pun boleh, tak ada masalah. Nak cantik letakkan parsley pun ok. Saya gunting je buat camni. Bagi rasa lemak-lemak. Pastu sedia untuk dikukus. Tunggu 15-20 minit. Kalau bakar dalam oven 20-25 minit pun ok dah.
Siap. Mari la kita makan bersama tapi untuk anak kena sejukkan dulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tercari-cari resipi kek terbaik untuk hari raya nanti? Cuba ubah kelainan dengan Kek Ogura Unikorn yang pastinya buat anak-anak teruja hendak makan. Menariknya kek yang satu ini bukan hanya cantik malah diperbuat daripada bahan-bahan istimewa antaranya penambahan santan yang membuatkan kek lebih lembut dan berlemak rasanya.
Resipi ringkas tetapi sedap yang dihasilkan oleh Noriza Jaja ini mama wajib cuba. Barulah anak-anak teruja di pagi raya. Senang, mudah dan sedap! Jom cuba.
Siapa suka unikorn? Ramai kan. Hari ni akak buat kek ogura bertemakan unikorn. First time buat tak berapa kemas dan cantik tapi akak share juga la ye.
KEK OGURA UNIKORN
BAHAN A:
5 kuning telur gred A
1 biji telur gred A
1/4 sudu garam halus
70 gram minyak jagung
95 gram santan pekat kotak
70 gram tepung kek (diayak)
BAHAN B:
5 putih telur
70 gram gula kastor
1/4 sudu jus lemon @cuka masakan
Pukul ringan telur kuning dan sebiji telur. Masuk minyak jagung, santan dan garam. Pukul sebati.
Masukkan tepung dan kacau. Kemudian tapiskan adunan. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga berbuih dan masuk jus lemon dan gula kastor sikit-sikit hingga habis. Pukul hinggga jadi soft peak (kembang gebu bertanduk).
Masuk adunan meringue putih telur sikit-sikit ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan whisk hingga adunan jadi sebati.
Bahagi adunan kepada 4 bahagian dan masuk warna unikorn iaitu biru turquoise, kuning lemon, pink dan ungu.
Lapik loyang 7″@8″ dengan baking paper. Tak perlu lenser dengan butter.
Letak setiap adunan warna secara rawak bertindan-tindan hingga habis. Hentak loyang unttk keluarkan buih udara.
Bakar guna kaedah waterbath suhu 160°c selama 1 jam atau hingga masak ikut oven masing-masing ye. Keluarkan loyang waterbath dan bakar lagi kek dalam 10 minit untuk keringkan bawah dan tepi kek.
Lepas kek masak stay dalam oven sekejap. Renggangkn pintu oven skit lepas tu keluarkan dari oven dan keluarkan kek. Tunggu sejuk dan potong.
Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Resipi Tat Cadburry Kulit Rapuh Inti Coklat Tak Cukup Makan Sebiji Dua!
Cuba Biskut Raya Unicorn Pula
Tak cukup dengan kek raya, apa kata kita buatkan anak yang cukup gemar dengan siri kartun My Little Pony ini dengan biskut unicorn pula. Barulah meriah dan gembira di pagi raya. Jom cuba resipi biskut ni pula.
Tak Payah Pakai Mixer, Kacau Dengan Senduk Pun Jadi, Comelnya Samperit Cheese Unicorn Ni!
Jika dulu ibu menunggu waktu hujung minggu untuk menyiapkan kek dan biskut untuk anak, kini tidak lagi. Tempoh PKP yang panjang ini membolehkan ibu mencuba segala jenis resipi yang sebelum ini tersimpan kemas.
Tak perlu tunggu menjelang raya, biskut samperit comel ini boleh mama cuba sepanjang tempoh PKP ini dengan tenang. Anak-anak boleh jadi pembantu setia. Jom cuba resipi comel yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Zulayka ini.
Salam semua, terima kasih semua yang kata samperit ibu comei. Sebagai tanda terima kasih hari ni ibu share lagi sekali resepi berserta cara buat samperit ni ye.
Ni bahan-bahannya…
400gm tepung jagung (sepeket)
1 ketul butter
50gm Cream cheese
4 sudu besar tepung custard
1/2 tin susu pekat
1 tutup esen vanilla
Choc chip
Ni kejadian lepas letak butter, cream cheese, esen vanilla dan susu. Tak payah pakai mixer, kacau je dengan senduk. Kacau manja-manja je. JANGAN KACAU SAMPAI KEMBANG.
Dah agak-agak sebati, masukkan tepung custard. Banyak macam tu tau, 4 sudu makan.
Dah jadi doh yang lembut, licin dan tak lekat kat tangan macam kat gambar tu. Bahagikan 3 bahagian, 2 kecil dan 1 besar.
1 bahagian kecil letak warna biru atau warna apa-apa yang korang suka. 1 bahagian lagi letak warna merah atau warna apa-apa yang korang suka juga.
Lepas tu korang cubit-cubit doh tu dan uli macam kat atas tu. Ibu syorkan korang gunakan warna-warna lembut dan kurangkan penggunaan warna untuk hasilkan biskut yang cantik.
Lepas tu satukan doh yang korang cubit tadi tu then uli dia jadi macam dalam gambar tu. Dah tu, korang ambil sikit.
Letak dalam acuan macam kat atas tu, lepas tu tekan la. Jangan letak penuh acuaan, buat sikit-sikit dulu. Masa ni korangg terap siap-siap adunan samperit ni sampai siap sebab masa ni adunan sangat senang & mudah cantik untuk di terap. Ni ibu pakai acuan tembaga bunga pecah 12.
Sementara korang nak letak choc chip atas dia, panaskan oven 10 minit. Dah siap semua, bakar suhu 170°c selama 40 minit atau sampai masak, ikut oven masing-masing. Api atas bawah ye.
Tip: Nak tau dia atau belum, korang tolak sikit dia meluncur laju. Kalau agak-agak kesat tu, belum masak lagi lah tu.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teringin nak makan tauhu begedil yang penuh dengan inti, resipi ini sangat mudah untuk anda cuba. Makan pula dengan sambal kicap rasanya cukup ‘kick’. Ramai yang anggap tauhu sumbat daging ni sama seperti tauhu begedil tetapi sebenarnya tak sama.
Beza tauhu sumbat daging ni ia menggunakan tauhu empat segi dan dipotong dua. Jadi lepas dah buat semua inti, bolehlah disumbat dan dicelup telur sebelum goreng.
Jika anak-anak yang susah nak makan nasi, buat resipi ni pun dah boleh mengenyangkan. Bolehlah ikut citarasa anak. Resipi yang dikongsikan Tyra Manan ni dah lengkap dengan step by stepnya dan insya-Allah jadi.
TAUHU SUMBAT DAGING BUKAN BEGEDIL
BAHAN-BAHAN:
Tauhu
Daging cincang – 500g
Bawang putih – 6 ulas
Bawang goreng – 40g
Lada putih – 2tbsp
Garam kasar – 1tbsp
Tepung ubi – 100g
Telur putih – 2 biji
CARA-CARA:
Kisar daging sampai betul-betul halus guna food processer, bila dah halus baru masukkan bawang putih, lada putih, garam kasar, bawang goreng, telur putih, ais & kisar lagi bagi sebati dan jadi kental.
Bila dah sebati semua, keluarkan dan gaul dengan tepung ubi sedikit demi sedikit sampai agak-agak tak melekat kat tangan. Kalau still lagi melekat-lekat boleh tambah lagi tepung ubi.
*Kuantiti ais ikut kehalusan daging untuk jadikan kental.
*Kalau takde food processer boleh kisar guna blender tapi jangan blend terus sekali banyak.
CARA NAK SUMBAT
Potong tauhu jadi segi tiga, belah tengah untuk keluarkan isi tauhu sikit dan sumbatkan daging tadi. Lepastu boleh la goreng.
CARA NAK GORENG
– Kacau telur, black pepper & garam.
– Celup tauhu dalam telur dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas & deep fry.
– Dah siap boleh la makan dengan sos cili ataupun kuah kicap.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.