Akibat tertekan anak tidak mendengar kata, tambahan isterinya sedang sarat mengandung menyebabkan seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju, Rabu lalu.
Bagaimanapun perbuatan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas guru tadika sekolah anaknya di Persiaran Utama, di Kulim, melihat mangsa berusia lima tahun itu dalam keadaan lesu, batuk dan terdapat kesan lebam di muka ketika hadir ke tadika.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, gurunya kemudian bertanya kepada mangsa sebelum dia memberitahu dipukul bapanya ketika berada di rumah mereka di Kulim Hitech Park, Kulim.
Menurutnya, gurunya membuat pemeriksaan sebelum mendapati terdapat kesan lebam di belakang badan, tangan, muka dan punggung.
“Bimbang dengan keadaan mangsa, dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis.
“Susulan itu, polis kemudian menahan bapa mangsa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ahmad Nasir berkata, siasatan awal suspek mengaku memukul anaknya menggunakan penyangkut baju plastik kerana mangsa nakal dan tidak mahu mendengar kata.
“Suspek yang ditahan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara anaknya kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Shakilla Khoriri berkongsi video di mana dia sedang mengambil anak perempuanya, Ameena di lobby bangunan setelah Ameena selesai beraya bersama Fizi Ali.
Menurut Shakilla, dia berasa ralat kerana satu-satunya anak perempuan tercinta terpaksa bergilir-gilir beraya setelah dia dan Fizi Ali mengambil keputusan berpisah secara baik.
“Tahun kedua beraya dalam keadaan macam ni. I feel bad for her. Really”
Tambahnya lagi, dia sentiasa berpesan kepada Ameena agar menjaga tingkah laku serta menghormati sesiapa sahaja walaupun baru diusia 4 tahun.
“Takpa this year beraya dengan daddy. Aku harap anak kecil ni ingat setiap pesan mak dia. Sebab aku bersusah payah mendidik dan mengajar banyak perkara. Ameena makin besar, anak yang bijak. Mata kepala dia melihat apa yang dia lihat. Dia bercakap apa yang dia tahu. Mengikut contoh apa yang dia rasa BETUL yang orang buat depan dia.”
Shakilla turut mendedahkan dia tidak pernah memutuskan silaturahim Ameena dengan Fizi Ali walaupun sudah berpisah.
“Begitu lah anak-anak ni membesar.”
“Aku tak besarkan Ameena dengan perasaan dendam dengan siapa-siapa.”
Dunia teknologi sememangnya dunia tanpa batasan, pelbagai perkara yang boleh di akses tanpa had sama ada perkara yang memberikan manfaat atau sebaliknya. Namun bagi kita sebagai orang dewasa tentu sekali kita boleh menilai mana yang baik ataupun mana yang buruk. Berbeza pula dengan anak-anak kita, generasi yang hidup dalam kecanggihan teknologi. Mereka perlu dikawal dan dibimbing agar tidak terjatuh dalam dunia tanpa sempadan ini.
Baru-baru ini viral satu video dimana seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu mengeluarkan kata-kata kesat dalam FB Live. Netizen turut meluahkan rasa tidak selesa kerana anak-anak kecil mungkin terdengar bahasa yang kasar dan tidak elok ini.
Bahasa, perkataan, sikap sebenarnya bermula dari didikan di rumah. Didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan dengan bahasa-bahasa yang baik supaya mereka membesar menjadi manusia yang bertutur dengan bahasa yang baik-baik, bersikap yang baik-baik.
Menurut perkongsian Ibu Rose, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya berakhlak baik.
Semasa anak masih di dalam kandungan
Begini, sejak anak itu masih di dalam kandungan, kita sudah memberi input mengenai pentingnya berakhlak mulia, apa itu akhlak mulia dsbnya.
Selepas Lahir
Bila dia sudah lahir, kita teruskan memasukkan ke dalam mindanya akan bagaimana perbuatan yang baik itu dan kenapa. Siapa contohnya dsb. Kita nyanyikan dan dodoikan dia dengan lagu-lagu yang bersenikata yang membina akhlaknya.
Bila dia sudah boleh tengok buku, kita bacakan kepadanya cerita-cerita yang memberi contoh perbuatan yang baik untuk diikut dan apakah yang tidak baik untuk diikut.
Anak 2 Tahun
Maka setelah dia mula menunjukkan kemahuan sendiri (2 Tahun) kita kuatkan lagi input itu dan ingatkan dia akan nasyid, buku dan semua cerita yang kita bacakan dulu untuk reinforce.
Namun pada usia ini dia belum boleh memikirkan kesan natijah. Jadi walaupun sayang mengingatkan dia, dia tetap dengan kemahuannya.
It is ok…ianya proses.
Masuk Fasa 3 Tahun atau 4 Tahun
Masuk 3 tahun atau 4 tahun, masa itu tekankan contoh-contoh yang telah diberi dan puji perbuatan yang baik dan mula memberi amaran jika melakukan perbuatan yang salah. Contohnya, memukul orang, bercakap kasar dsbnya.
Pada masa ini anak perlu diberi faham setiap perbuatannya ada kesan dan natijah dan dia perlu mula menggunakan kepintarannya untuk memikirkan kesan yang dia mahu…namun ingat pada usia 4 tahun itu, dia masih macam orang bawak kereta lesen L. Oleh itu bila buat Time Out tu berpada-padalah.
Jika sayang sudah memberi anak-anak garis panduan untuk berkelakuan, sebab dan musabab serta cara dan contohnya sayang sendiri dan orang-orang sekeliling adalah teladannya, maka anak pada usia 5 tahun, tidak akan membaling barang jika marah, sepak bila tak dapat apa yang dikehendaki atau menggunakan kata-kata kesat. Jika dia melakukan juga, anda perlu tegas dan memberi dia hukuman supaya dia tahu perangai itu tidak baik dan dia belajar berperangai dengan akhlak terpuji.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...