Kini ramai ibu yang terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan daripada ibu bapa dan ahli keluarga. Kadang-kadang ibu bukan sengaja untuk berpantang seorang diri, tetapi terpaksa kerana pelbagai sebab seperti anak yang besar sudah bersekolah, berada jauh daripada ahli keluarga dan sebagainya. Jangan risau anda masih boleh berpantang sendiri, tetapi perlu menitikberatkan beberapa perkara bagi menjayakan proses penyembuhan itu.

Artikel Menarik: [Kena Bentan Waktu Pantang, Kalau Tak Hati-Hati Tubuh Boleh Jadi Lumpuh]

Bagi anda yang ingin berpantang sendiri, perkara pertama yang anda harus lakukan ialah mencari pembantu rumah. Namun, jika gagal sebaik-baiknya suami mengambil cuti sekurang-kurangnya tiga minggu bermula dari tarikh bersalin untuk membantu menguruskan anda, bayi dan anak-anak lain.

Artikel Menarik: [Ibu Betul Berpantang Susah Sakit Urat & Sendi. Habis Pantang Cepat Rasa Segar]

Buat stok rempah herba dan ikan yang boleh dimakan ketika berpantang. Sebaik-baiknya seminggu sebelum tarikh cadangan pembedahan, dapatkan stok ikan mentah, bersihkan dan simpan sebagai stok sejuk beku. Kemudian hanya perlu minta suami bakar atau kukus sahaja ikan yang ada untuk setiap kali waktu makan.

  1. Anda juga digalakkan membuat bekalan susu kambing. Minumlah setiap hari susu kambing kerana ia adalah makanan yang lengkap nutriennya dan membantu penyembuhan luka.
  2. Pastikan habatus sauda juga dijadikan amalan ketika berpantang kerana ia membantu mengelakkan gejala sejuk dan kebas-kebas pada terutamanya pada bahagian kaki ibu bersalin.
  3. Beli penyangkut pakaian di dalam rumah dan segala alatan yang menjimatkan masa untuk anda mengemas terutamanya pakaian anda dan anak-anak.
  4. Pastikan anak yang lain mempunyai penjaga.
  5. Sediakan tabung kewangan (tanpa perlu keluar ke bank) kerana jika perlu membeli barangan dapur, anda boleh menghubungi runner ketika suami sudah mula bekerja.
  6. Buat tinjauan kedai yang menjual jenis lauk dan masakan yang boleh dimakan ketika di dalam pantang. Jika berlaku kecemasan, anda boleh terus tempah dari kedai tersebut.
  7. Anda juga boleh mendapatkan nombor telefon pembantu rumah yang bekerja separuh hari untuk dihubungi sekiranya sukar untuk mendapatkan pembantu rumah sepenuh masa.
  8. Dari segi kesihatan pula, dapatkan perawat pantang atau terapis terbaik. Pastikan selain daripada urutan, perawat juga boleh memberikan anda khidmat nasihat atau tip untuk saat-saat tidak terduga seperti ketika anda susah dan sakit. Nasihat mereka yang berpengalaman sangat membantu.
  9. Anda juga perlu menyimpan resipi berpantang selama 44 hari supaya tidak cepat bosan dengan menu yang sama setiap hari.

Tinggalkan Komen