Waktu berpantang, pelbagai nasihat dan pantang larang akan kedengaran dari apa yang boleh dimakan sehinggalah cara mandi dan jenis air yang boleh diminum.
Dalam siri “Myth Busting” terbarunya di Instagram, Dr Amalina Bakri, pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini bertugas di UK, tampil menjelaskan bahawa minum air sejuk selepas bersalin TIDAK menyebabkan rahim jatuh atau dimasuki angin. Ini hanyalah kepercayaan turun-temurun dan bukanya fakta perubatan.
❄️ “MYTH BUSTED: Cold water lepas bersalin tak buat rahim jatuh atau masuk angin. Yang penting? Hidrasi. Air yang anda minum akan bertukar jadi suhu badan.” – Dr Amalina
Ads
Tak Salah Hormat Tradisi, Tapi Ilmu Perubatan Kena Diutamakan
Dr Amalina mengakui bahawa memang tidak salah untuk menghormati adat dan tradisi. Namun, katanya lagi, amalan tradisional perlu diseimbangkan dengan ilmu dan pengetahuan perubatan yang sahih.
“It’s okay to honour tradition, but always combine it with medical knowledge. You deserve truth and healing — not fear.”
Ads
Air Sejuk Tak Bahaya, Malah Bantu Pulihkan Badan
Selepas melahirkan, tubuh ibu kehilangan banyak cecair dan tenaga. Dalam keadaan ini, air memainkan peranan besar untuk rehidrasi, mempercepatkan penyembuhan luka dan juga menyokong penghasilan susu ibu.
Jadi, sama ada air sejuk atau suam, yang penting cukup minum air!
Ads
Air yang masuk ke dalam badan akan disesuaikan dengan suhu tubuh tidak akan ‘mendinginkan’ rahim seperti yang sering dicanangkan.
Pa&Ma Saran: Bijak Pilih, Elak Takut Berlebihan
Ibu-ibu tersayang, tiada salahnya nak ikut petua nenek moyang. Tapi jangan sampai menolak kebenaran sains dan membahayakan diri sendiri. Jangan takut untuk minum air hanya kerana ‘katanya’ rahim akan jatuh.
Apa yang lebih penting, dengar nasihat doktor, cukup rehat, makan makanan berkhasiat dan kekal tenang sepanjang tempoh berpantang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah burn out ibu bukan masalah biasa yang perlu dibiarkan. Emosi ibu terganggu, anak-anak akan turut terkesan. Malah anak-anak bakal menerima kesan jangka masa panjang.
Jadi jangan dibiarkan berlarutan. Berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan diri sendiri sebaiknya. Perkongsian tip yang dikongsikan oleh saudari Fatihahsidek ini wajar dijadikan panduan dan inspirasi untuk menjadi yang lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak. Kita pulihkan diri kita dahulu, demi anak-anak.
Saya tak nak bincang punca isteri burnt out. Sebab punca boleh datang dari pelbagai sebab. Cuma, sebagai orang yang pernah mengalami anxiety & depresi saya belajar sesuatu.
Kadang, kita rasa kita dah amalkan positive minded, tapi kadang tekanan tu boleh datang dari segi lain pula. Mungkin financial, mungkin terlalu push diri, mungkin persefahaman tak sampai dengan pasangan atau orang sekeliling dan bermacam tekanan lain yang menjadi punca.
Cuma, bila kita dah jadi parents— banyakkanlah ilmu untuk parenting. Sebab bila dah jadi parents, ianya bukan hanya tentang diri kita. Tapi hidup makhluk kecil yang Allah amanahkan kepada kita juga.
Banyak ilmu yang kita boleh gunakan untuk improve skills parenting kita. Jangan sebab surrounding kita pemarah, kita pun besarkan anak dengan kemarahan. Kita tak rasa salah pun. Yelah mak pak kita marah kita, pukul kita pun kita rasa kita tetap jadi orang. Kita rasa.
Padahal, jadi orang ke kita bila kita selamba belasah anak dalam bas. Kita marah anak supaya jangan menyusahkan. Kita kurung anak dalam bilik bila anak teriak. Kita rantai kaki anak sebab anak buas. Banyakkanlah mencari ilmu.
Dan. Kalaulah tiba tiba kita dok belajar dah ilmu ilmu hidup dengan positive, ilmu anger management, ilmu parenting ke apa— kita tetap diuji dapat mental illess macam anxiety or depresi. Dapatkanlah support. Rawat diri cepat cepat.
Saya tau macam mana kita tiba tiba boleh lose control bila macam macam dalam kepala, dalam masa sama anak teriak. Sekelip mata kita boleh buat benda yang bukan bukan.
Apa yang saya buat, bila saya rasa saya bukan lagi diri saya dulu?
1. Saya banyak bercakap dengan suami— saya rasa saya tak sihat. Saya rasa saya dah bukan diri saya.
2. Saya banyak bercakap dengan anak— sayang, boleh ke sayang tolong ibu? Sayang kalau nak apa apa sayang cakap elok elok ya. Jangan menjerit jerit ya. Ibu takut ibu jadi tak ok. Ibu sayang kakak. Kakak tolong ibu ya.
3. Saya dapatkan support daripada family— banyak masa anak, family yang bawak diorang main. Naik motor. Bawak jalan. So banyak masa saya duduk sendiri dan cuba faham “ apa sebenarnya jadi kepada diri saya masa tu”
Mungkin ada yang tak bernasib baik seperti saya yang ada support system yang baik. Tapi, cubalah. Cuba sedaya upaya dapatkan orang untuk support.
4. Saya juga selalu cuba untuk stay concious. Which is saya cuba sangat untuk kawal minda saya. Banyak ingatkan diri untuk tak terbawa bawa oleh pemikiran yang “ lagi satu”. Banyakkan mengunci kata kata dalam kepala. Biar dia stay sebagai kata kata sahaja.
Jangan biarkan kata kata tu menguasai diri. Stay concious! Bila mula je diri kita yang satu lagi tu bercakap, bangun! Jangan layan.
Bangun, bercakap dengan orang yang positive. Bangun, buat pergerakan yang boleh distract pemikiran yang bukan bukan. Betulkan breathing. Betulkan posture badan.Bersenam, packing, kemas rumah, apa apa saja yang melibatkan pergerakan.
Kadang, disebabkan mental breakdown. Benda yang kecik pun boleh memusnahkan diri kita.
Kita jadi oversensitive. Kita jadi overthinking. Bukan setakat demotivated. Malah rasa diri tak guna. Bila rasa diri tak guna, buat apa lagi hidup?
So, luahkan. Bercakap pada orang yang tepat. Bila kita cakap, at the end nanti kita akan sedar yang masalah yang sangat besar tadi tu sebenarnya kecik sahaja. Keep cakap. Sampailah dah stabil balik.
5. Ubah environment. Please ubah environment. Jauh daripada benda yang mengganggu fikiran kita. Jauh daripada trauma kita. Bila ubah environment, kita ada ruang baiki semula diri kita. Dan paling penting, kita boleh nampak semula hidup kita dari perspektif yang lain pula.
And the last one, kalau kita perasan diri kita dah tahap yang fikirkan suicide, mula mencederakan anak anak— ambiklah langkah drastik.
Walaupun sukar, tapi itulah yang terbaik untuk diri dan juga anak. Serahkan mereka kepada pihak yang lebih baik. Tak kiralah, family members, cari family angkat, ataupun Jkm.
Serahkanlah mereka, sementara kalian kembali sihat. Berpisahlah sementara demi penyatuan yang lebih baik dikemudian hari.
Itu adalah langkah sukar bagi sesiapa sahaja yang bergelar ibu. Tapi, itu saja yang tinggal. Demi mengekalkan takhta kalian sebagai ibu yang baik.
Sedapnya bau baby kan? Bayi ni dah ada satu bau pada tubuhnya yang boleh buat kita tak rasa stres. Bila mandikan anak, ada juga yang suka pakaikan bedak pada anak. Bukan sebab nak wangi saja, tapi kadang-kadang bedak digunakan sebab kurangkan masalah ruam.
Petikan dari Verywell Health menyatakan bedak khas untuk bayi diperbuat daripada bedak mineral mahupun tepung jagung. Tiada bukti perubatan yang menunjukkan keberkesanan memakaikan bedak untuk merawat masalah kulit kering dan ruam.
Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan bedak boleh menyebabkan gangguan pernafasan kerana partikel debu halus yang masuk ke paru-paru mereka. Ada juga beberapa hasil kajian lain yang mengaitkan penggunaan bedak dengan serangan kanser tertentu.
Sebenarnya anak tidak perlu dipakaikan dengan bedak. Pemakaian bedak berisiko menyebabkan anak tersedut partikel kecil dalam bedak ke saluran nafas.
Ini boleh mengakibatkan gangguan pernafasan dan sedihnya, boleh menyumbang kepada kematian. Sesetengah ibu bapa menggunakan bedak untuk merawat masalah kekeringan kulit atau ruam.
Sebenarnya, tidak perlu disapukan dengan bedak. Cukup sekadar mengenakan pakaian nipis kepada anak dan elakkan mereka daripada mengalami peluh secara keterlaluan. Lebih aik lagi, selalulah gantikan pakaian anak.
Minyak telon yang selalu kita gunakan untuk mengurangkan masalah kembung perut juga tidak elok diamalkan selalu. Perhatikan anak-anak jika mengalami alergi jika dioleskan dnegan minyak telon.
Sesetengah kulit bayi atau kanak-kanak tidak tahan dengan kehangatan minyak telon maka ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit mereka. Simptom iritasi adalah seperti kulit menjadi kering, kemerahan serta gatal. Jika risaukan anak-anak mengalami kembung perut pada waktu malam, pakaikan pakaian yang sedikit tebal dan berstoking.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr. Hjh. Azuraida Shahadan, Dr Fie Tawfek serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian insan tersayang tanpa pesan amat perit, lagi-lagi pergi secara mengejut. Namun siapa kita nak menidakkan takdir Allah. Lagi bertambah sayu, apabila isteri pergi ketika melahirkan anak.
Ujian kehilangan seperti ini memang sakit untuk ditanggung, namun kita sebagai manusia yang masih hidup di dunia ini perlu meneruskan kehidupan. Begitulah juga kisah seorang lelaki ini yang kehilangan isteri tersayang sejurus selesai melahirkan anak sulungnya.
Meninggal selepas melahirkan anak
Menerusi hantaran seorang wanita dikenali sebagai Esse Ctb di Facebook, berkongsi kisah pilu mengenai sepasang suami isteri di Indonesia yang membuatkan warganet menjadi sebak.
Keterujaan menanti kelahiran cahaya mata pertama sejak lapan bulan lalu bertukar menjadi duka apabila wanita yang dikenali sebagai Citra Fadilah Arsyad dijemput Ilahi selepas dia melahirkan anak sulungnya itu.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Perjuanganmu sebagai ibu sudah terlaksana meskipun kamu belum sempat melihat anakmu. Kamu orang baik syurga tempatmu.
8 bulan berjuang bukan waktu yang singkat dan pukul 4.00 pagi kamu pergi buat selama-lamanya.
Apa yang lebih meruntun jiwa adalah si suami dilihat begitu terkesan sekali dengan pemergian isteri tercinta dan seperti tidak percaya bahawa pasangannya sudah tiada disisinya lagi.
Dalam pada itu, suaminya dilihat sempat mengucup serta mendakap si isteri buat kali terakhir sebelum jenazah isterinya itu dikafankan. Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya ditenangkan oleh orang ramai yang berada di situ. Difahamkan, jenazah isterinya selamat dikebumikan pada petang semalam.
Semoga anakmu menjadi anak kebanggaan keluarga kamu Ila. Al-Fatihah untukmu Citra Fadilah Arsyad. Buat suami dan keluarga sabarlah. Allah lebih menyayangi isterimu.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.