“Menyusukan anak kita perlu enjoy..” Ini antara tip yang dipegang oleh ibu muda yang juga seorang influencer, Shazwanie Yazip yang berjaya menyusukan anak sulungnya sehingga dua tahun secara eksklusif dan kini sedang menyusu pula anak kedua berumur 5 bulan.
Berkongsi pengalaman penyusuannya kepada Pa&Ma, Shazwanie atau mesra dipanggil Wanie menyatakan sebagai ibu muda kadang-kadang ada juga rasa stres. Tambah lagi ketika baru menimang cahaya mata pertama sebelum ini.
“Dengan tiada ilmu tetapi memang berniat nak menyusu anak, banyak saya belajar dari anak pertama, Lashira. Walaupun waktu itu rasa hampir berputus asa, bila tengok anak menyusu, kita rasa macam satu kepuasan pula.
“Sedar tak sedar, berjaya juga menyusu Lashira sehingga usianya dua tahun sebelum mengandung anak kedua. Selepas kelahiran anak kedua, alhamdulillah setakat ini susu masih lagi meriah seperti kakaknya dulu,” katanya.
Amalkan minum susu kambing
Tambah Wanie lagi, ramai juga yang bertanya apa tip yang saya amalkan untuk susu sentiasa ada walaupun tengok saya kurus je.
“Bila orang tanya jawapan saya hanya amalkan minum susu kambing setiap hari dari mula-mula mengandung anak pertama sehinggalah sekarang. Memang ini amalan yang tak pernah saya tinggalkan dan minum tiga kali sehari iaitu pagi, petang dan malam.
“Selain susu kambing, kurma juga antara menu wajib yang saya ambil sebagai snek harian kerana ia antara yang membantu susu meriah dan berikan mood kita sentiasa happy. Bukan itu saja, sepanjang menyusu juga saya tak pernah nak diet. Mungkin ini juga yang menyebabkan pengeluaran susu sentiasa banyak.
Ads
“Nasi memang diambil setiap hari. Tak ada pantang-pantang pun. Walaupun makan banyak, mungkin sebab menyusu, jadi berat tak pernah naik mendadak. Ini je rahsia saya,” ujarnya.
Elak makan masam, kurangkan pedas
Kongsi Wanie lagi, walaupun semua makanan diambil, ada juga sesetengah makanan seperti yang masam dan pedas dielakkan. Bukan apa pernah sebelum ini ambil dua jenis makanan ini, anak cirit birit.
Jadi terpaksa beringat juga jenis makanan yang diambil sebab kesannya pada anak lepas minum susu. Jadi jika teringin sangat ambillah sikit untuk rasa.
Ads
Tak pernah buat stok susu
Sementara itu, sepanjang menyusukan Wanie menjelaskan dia tak pernah pun pam susu untuk buat stok. Semuanya diberi secara terus mengikut waktunya. Memang tak ada istilah stok susu.
“Mungkin juga sebab Wanie kerja dari rumah dan anak-anak sentiasa ada bersama. Jadi stok susu itu memang tak pernah buat. Walaupun penat anak asyik mengempang tapi seronok.
“Lenguh badan, tak cukup tidur tu biasa tapi sebab kita betul-betul bertekad semua itu jadi mudah. Pernah juga berikan anak susu Wanie yang diletakkan dalam botol tetapi anak terus menolaknya. Bila hisap hanya main-main dan meleleh di tepi bibir,” katanya.
Imun badan anak jadi kuat
Ads
Lagi satu Wanie tengok, keajaiban susu ibu ini anak-anak Wanie memang jarang sakit. Jika nampak dia tak sihat, mula nak demam, Wanie akan banyakkan dia menyusu pada hari berkenaan dan sentiasa peluk.
Mungkin ini kebetulan tapi memang Wanie bersyukur sangat-sangat. Bukan saja anak dapat menyusu, hubungan anak dengan kita pun jadi rapat.
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be! Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.
Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang lumrah ibu-ibu, walaupun sakit tetap akan melakukan kerja rumah dan tetap menjalankan tugas sebagai ibu serta isteri. Penat macam mana sekalipun para ibu tetap tidak akan berhenti dan berehat. Baginya, selepas berkahwin hidup hanyalah untuk suami dan keluarga.
Tapi ibu-ibu perlu ingat, sekuat mana pun kita usaha untuk melaksanakan tugasan kita. Kita tetap memerlukan rehat. Ambil masa dan tenangkan diri, buatlah terapi diri yang anda sukai kerana ibu-ibu juga manusia biasa. Jika bukan anda yang meraikan diri sendiri, siapa lagi kan?
It’s OK Mommy…
It’s OK Mommy untuk take a break dari melayan anak bermain dan memintanya bermain sendiri pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari memasak dan memberi anak makan apa saja yang ada di rumah, asalkan kenyang pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari sesi pengajaran akademik dan membiar anak menonton kartun dari ipadnya pada hari ini.
It’s Ok Mommy untuk take a break dari mengemas dan mencuci lalu bergolek saja senang hati layan YouTube pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari mengurus rumah dan anak-anak untuk melepak sebentar bersama kawan-kawan pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari tidurkan anak on time demi layankan movie best di Netflix pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari habit pantang nampak makanan kegemaran anak di kedai pasti nak belikan dan beli saja apa anda mahu untuk diri sendiri pada hari ini.
Tidak ada sesiapa yang akan berikan ibu cuti jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada sesiapa, TERMASUK anak- anak, boleh buat ibu gembira jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada anak yang gembira memiliki ibu yang tak hidup dengan gembira.
Pemandangan indah yang terpampang di depan mata hanya MAMPU DI NIKMATI ANDAI
KITA MEMILIH UNTUK BERHENTI SEKETIKA.
Maka ibu belajarlah untuk berhenti seketika. Kerana, urusan hidup dan tanggungjawab tidak akan pernah selesai samada ibu pilih untuk take a break atau tidak.
Anak-anak memang susah nak ke sekolah disebabkan rasa mengantuk yang kuat. Walaupun sudah diberi makan pagi tapi adakalahnya mereka nampak lesu dan tak bermaya untuk meneruskan rutin sekolah. Bagi orang dewasa mungkin pengambilan kopi jadi pilihan utama, namun bagaimana pula dengan kanak-kanak?
ANAK SELALU MENGANTUK PAGI-PAGI NAK KE SEKOLAH?
Anak-anak tak perlukan kafein daripada minuman kopi dan sebagainya untuk bagi mereka segar nak ke sekolah. BAGI MEREKA EPAL. Epal merah. Yang hijau kurang sesuai untuk perut anak waktu pagi.
• Epal adalah caffeine-free, ia mempunyai natural sugar yang memberikan kesan serupa seperti kafein pada badan.
•Khasiat vitamin daripada epal akan bertindak sebagai bahan yang akan ‘stimulate’ badan anak untuk segar dan tak buat mereka mudah mengantuk.
• Lebih kurang 13g natural sugar ini, tidak seperti kafein, yang biasanya akan mencetuskan isu seperti mood swings atau anxiety bagi sesetengah yang mengambil kopi. It’s an apple with lots of goodness. Khasiat banyak.
• Badan anak rasa bertenaga sebab tenaga daripada natural glucose tu dan ia dihadamkan dengan baik di samping baik untuk sel sel badan anak.
• Epal kaya nutrien, vitamin, phytonutrients, antioksidan dan serat yang membantu badan kekal cergas.
• Nak jadikan epal sarapan setiap hari pun bagus sangat, sebab ia ada lebih kurang 90 kalori (kalau saiz sederhana), kiranya untuk sarapan sebelum ke sekolah tu ok sangat.
• Sistem penghadaman anak juga lebih sihat dengan pengambilan epal pada waktu pagi.
Contoh menu epal yang lain untuk anak selain daripada makan begitu terus sebiji:
• Makan bersama homemade Granola, potong kecil dan hidangkan bersama.
• Makan bersama overnight oat.
• Cincang dan curahkan sedikit madu dan taburkan Chia Seeds.
• Jadikan Apple Pancake dan serve sekali bersama hirisan epal fresh sama.
• Jadikan smoothie.
Ada masanya ibu perlukan ‘me time’ untuk diri sendiri, nak rehatkan minda dan badan yang penat uruskan anak-anak saban hari. Pun begitu bila dah me time, hati teringat pula pada anak-anak dan suami yang ditinggalkan di rumah. Inilah masalah wanita bergelar ibu. Betul tak?
Inilah yang berlaku kepada Ozlynn Wati, isteri kepada pelawak, Johan Raja Lawak. Ibu kepada lima anak ini terlalu rindukan anak-anaknya ketika bercuti bersama rakan-rakan rapat. Bercuti namun hati sentiasa dengan anak-anaknya. Seronok membaca perkongsiannya di instagram miliknya.
Sebenarnya aku sendiri yang macam pompuan gila, kengkawan pergi shopping, aku dok dalam bilik dok membelek muka semua anak-anak, Tengok video ni pastu sendiri yang tersengeh-sengah macam kerang busuk.
Padahal masa nak pergi beria nawww..dah beli tiket je trus fikir apa yang aku buat ni eh. Normal kan mother-mother punya feelings ni. Kadang-kadang bila penat tu sampai boleh cakap kat diri sendiri.. haissh aku kena ada me time, aku kena pergi holiday.. aku kena lepaskan semua kat laki aku. Biar dia pulak ganti rasa dan tanggungjawap tapi bila baru je confirm jadi yang keluar mulalah rasa bersalah.
Rasa kesian kat anak dan suami, mulalah fikir anak aku makan apa?? Laki aku masak apa.. on time tak masakkan kat dorangg, mandi dah ke? Gosok gigi ke tak tah tu, baju dalam bakul tu dah basuh dan lipat ke belum, dah cuci bilik air ke, bibik aku korek idung pastu pegang puting botol anak aku tak? Ahhh semua nak pikir lelebih, padahal anak ko ok jek. Mengadakan?
Tapi itulah naluri seorang mak, ke aku je yang macam ni? Lepas tu video nih.. terus rasa sabar nak balik. Ari ni satu hari suntuk dok belek fon tak mau keluar. Kejap-kejap lagi baru fikir nak belikan dorang hadiah. Moga anak-anak mama sihat dan elok perangai bila mama tak ada dan tak menyusahkan org??.
Ozlynn dan Johan berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata yang comel-comel belaka iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.